Showing posts with label program kesedaran alam sekitar. Show all posts
Showing posts with label program kesedaran alam sekitar. Show all posts

Friday, May 31, 2013

SMK Tun Sharifah Rodziah Alor Setar



Perubahan ini dibuat bagi menyelaras tempat aktiviti
3 Jun di Kuala Sepetang
4 Jun di Bukit Larut/Night Safari
5 Jun di Taiping
Tempahan daripada: SMK Tun Sharifah Rodziah, Alor Setar, Kedah.






Tarikh: 3-5 Jun  2013
Masa Aturcara 3 Jun 2013
4.00 pm Lawatan Hutan Paya Laut
5.00 pm



Aktiviti menyemai benih bakau dalam polibag
6.00 pm Kuala Sepetang River Cruise/Heritage Trail
7.00 pm Makan Malam & Solat Maghrib 
8.00 pm Pertunjukan Slide dan Lawatan Kelip-kelip
10.00 pm Mee Udang Banjir Mak Teh
11.00 pm Check in ASRAMA/Tidur
Masa Aturcara 4 Jun 2013
6.00 am Solat Subuh
7.00 am Senaman pagi dan sarapan
8.00 am Naik jeep ke Bukit Larut 1036M dan sambung mendaki 
Gunung Hijau 1448M (Minum pagi Bungkus)
12.00 TH Makan Tengah hari di Bukit Larut
3.00pm Turun dengan jeep hingga Pondok Rehat 3 dan berjalan kaki
5.00 pm Pertolongan cemas
6.00 pm BBQ (Ayam, kentang, jagung dengan sos black pepper dan minuman)
7.00 pm Solat Maghrib
8.00 pm Night Safari (Mengenali binatang Noctunal)
10.00 pm  Singgah di Mc Donald 24 hours Taman Tasik
11.00 pm Rehat/tidur
Masa Aturcara 5 Jun 2013
6.00 am Solat Subuh
7.00 am Senaman pagi dan sarapan
8.00 am Program kitar semula 3R (Bawa botol plastic 1.5l)
9.00 am Minum pagi/Check out
10.00 am Taiping Heritage Trail (Percuma untuk SMKTSR)
12.00 th Makan Tengah hari.




Tuesday, April 23, 2013

Perancangan kita: Perancangan lebih baik oleh-Nya



Assalamualaikum,

Baru balik dari membawa pelancong pertukaran USM-Iran dan jumpa dolfin
Saya sedang menyediakan satu bentuk sijil bagi pendaki gunung hijau dan bukit larut. Harga belum ditetapkan lagi tetapi bentuknya seperti fail dilampirkan.

Berapa lagi homestay cikgu. Saya perlu tahu segera?

Tentatif seperti permintaan cikgu pada  email Friday, 5 April 2013 10:48 AM
Sarapan sekali sahaja ke? atau nak makan sendiri di luar.

24 Mei 2013
Muzium Ngah Ibrahim Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang Kuala Sepetang
Naik bot ke perkampungan nelayan (30 minit)
Aktiviti nelayan :memancing, menangkul ketam, menyauk kerang dan mencari dolfin (jumpa pada 11 April 2013)
Makan - Nasi ayam dan air perisa buah
Bot melawat kelip-kelip (2 jam)
Taiping - Night Safari
Singgah di Mc Donald Lake Garden Taiping
Check-in Homestay

25 Mei 2013
Makan - Sarapan nasi lemak dan teh 0
Taiping - Mendaki Bukit Larut bersama Nature Tour Guide
Makan - Minum pagi jam 10am, bihun dan air kotak
Makan - Nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, air perisa buah
Makan - Minum petang 4.00 pm, sandwich dan air minuman botol
Taiping - Kolam renang (air sungai) Kemahkotaan
Makan - BBQ ayam, sosej, 1/2 daging burger, kentang goreng dan air berkarbonat

26 Mei 2013
Taiping Heritage Trail
Kuala Sepetang - Dapur Arang Kayu Eco Challenge


Monday, April 15, 2013

Kuala Gula 2D 1N Package


Kuala Gula Package
Adult Price: RM220/head
Child Price: RM110 without bed/head

Day 1
10.30 am Visit Charcoal factory 
12.00  Lunch at floating Restaurant
1.00 pm Visit soft crabs farm
2.00pm Check in Resort.
4.00 pm Boating: Birds Watching & Fisherman Activities
7.00 pm Seafood Dinner
8.30 pm Fireflies Tour. The jetty is 20km from resort.

Day 2
7.00 am  Breakfast
8.00 am Visit Waterbird Interpretation Complex
9.00 am Walk to fisherman village and see them working
12.00 Check out Resort
1.00 pm Lunch
If you love fishing, please bring along you fishing gear.

Saturday, March 30, 2013

Kelebihan Melancong Dalam Negara

Orang asli pun dapat menambah pendapatan
Melancong dalam negara akan dapat meningkatkan semangat cintakan negara. Hal ini terjadi kerana dengan mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah, seseorang itu akan dapat melihat, memahami, dan menghayati bagaimana generasi yang terdahulu membangun dan mempertahankan negara.
Kemesraan dan budaya masyarakat
Memberikan tumpuan melancong di negara sendiri akan dapat membangunkan industri pelancongan. Hotel-hotel dan tempat-tempat pelancongan pastinya akan dapat dibangunkan, dan seterusnya dapat menawarkan pekerjaan kepada rakyat. Tanpa sokongan pelancong-pelancong tempatan, industri pelancongan kita pasti malap, lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang.
Melancong dalam negara secara tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang. 
Kita juga akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan. 
Pelancong dapat mempelajari budaya kita

Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan cari makan: Mee Banjir Udang Mak Teh

Sejarah:
Mee Banjir Udang Mak Teh merupakan pengasas keagungan mee udang di Kuala
Sepetang yang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Menjadi lebih terkenal lagi
apabila terbit dalam pelbagai program Majalah 3 TV3, RTM, NTV7, ASTRO dan
rencana dalam pelbagai penerbitan massa.

Sos pekat secukup rasa menjadi pelengkap kepada timbunan udang yang menutup
mee.
Terdapat dalam 3 saiz udang dengan harga antara 7-17 Ringgit Malaysia.

Rombongan yang menempah secara berkumpulan akan diberikan air berperisa
percuma.

Juga terdapat pelbagai menu lain seperti nasi goreng udang & ayam, sate dan
western food.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Kuala Sepetang semesti mencuba kelazatan
mee banjir udang mak teh.

Juga menyediakan perkhidmatan penginapan, bot untuk menjelajah hutan paya
laut, dolfin dan kelip-kelip.


Price: RM 12

Monday, September 3, 2012

Program Kesedaran Alam: Penanaman Benih Anak Bakau


Sessi 1
MASA PERKARA
8.00 am BERTOLAK DARI PTSB
11.30 am Check in homestay untuk 1 malam. 
12.00 tgh
Makan TGH (Nasi Ayam, Air, Buah)
1.00 pm Solat Jumaat
3.00 pm Taklimat/lawatan hutan eko oleh Wakil En Khairul
5.00pm Minum Petang + Kuih
5.30pm Shalat dan Persediaan BBQ
7.00 pm Shalat dan Rehat 
8.00 pm BBQ (pihak pelajar sediakan sendiri bahan dan keperluan)
7.00 am
Sarapan pagi
7.30 am Tanam Bakau , lumba-lumba, menangkul ketam, sauk kerang
12.00 tgh Mkn TGH Nasi kampung
2.00 pm Dapur Arang Kayu Eco Challenge.
5.00 pm Cenderahati (PTSB Sediakan)
5.30 pm Bertolak Balik ke PTSB
6.00 pm Mee Udang Bayar sendiri

Sessi 2
MASA PERKARA
7.00 am BERTOLAK DARI PTSB
10.00 am
Taklimat/lawatan hutan eko oleh Wakil En Khairul
12.30 tgh Makan TGH (Nasi Ayam, Air, Buah) dan Shalat
2.00 pm











Tanam Bakau , lumba-lumba, menangkul ketam, sauk kerang

Wednesday, August 22, 2012

Program Kesedaran Alam Sekitar Hutan Paya Laut




Program Kesedaran Alam Sekitar
Hutan Paya Laut
15 September 2102
Di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak

Nama:___________________________________________
Kumpulan:_______________________________________
Pembimbing:_____________________________________
Telefon Penjaga:__________________________________

Objektif:
Program ini secara amnya bertujuan memberi kesedaran kepentingan hutan paya laut kepada geografi, ekonomi dan sosioekonomi. Adalah diharapkan diakhir program ini nanti para peserta akan dapat memahami peranan yang dimainkan oleh hutan paya laut kepada ekonomi dan seterusnya berusaha untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang tidak ternilai ini.

Kaedah:
Melalui kaedah permainan, syarahan, latihan dalam kumpulan, main peranan, dan lakonan para peserta diajar tentang alam sekitar dan kepentingan penjagaannya dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti lapangan luar bilik darjah ini akan mencetuskan suasana pembelajaran yang paling berkesan dalam menyampaikan mesej yang bakal diterima oleh para peserta.

Melalui teknik litar, para peserta diagihkan kepada kumpulan kecil yang diiringi oleh seorang pembantu. Mereka akan bergerak dalam kumpulan dan melakukan setiap tugasan yang diberikan. Setiap kumpulan mempunyai ketua masing-masing dan mereka akan dilatih bagaimana untuk mengucapkan selamat kepada fasilitator yang mengendalikan tugasan yang akan mereka jalankan.

Fasilitator akan menjalankan aktiviti untuk setiap kumpulan di stesen yang ditetapkan. Mereka juga akan menguji pemahaman peserta dan memeriksa nota atau latihan yang diberikan. Fasilitator juga akan memilih peserta dan kumpulan terbaik dengan pemberian token untuk dicalonkan bagi menaikkan motivasi para peserta dan mereka berpeluang mendapat hadiah .
Hadiah
  1. Kumpulan terbaik
  2. Peserta lelaki terbaik
  3. Peserta perempuan terbaik
  4. Kumpulan pilihan fasilitator terbaik (Lakonan, Tanaman, Seni Arang, Layang-layang)
  5. Ketua kumpulan terbaik
  6. Pembantu kumpulan terbaik
Diakhir program para peserta atau kumpulan menang yang akan menunjukkan lakonan atau hasil tangan yang dibuatnya.

Stesen 1: Hutan Paya Laut
Namakan 2 hutan paya laut yang terdapat di Malaysia

1.__________________________________________________________

2. __________________________________________________________
Nyatakan kepentingan hutan paya laut

1.__________________________________________________________

2.__________________________________________________________

3.__________________________________________________________

4.__________________________________________________________

5.__________________________________________________________

Stesen 2: Membuat layang-layang dari beg plastik yang telah digunakan.
Bahan-bahan
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
Cara membuatnya.

Stesen 3: Lawatan ke Kilang Arang Kayu
Namakan 5 proses untuk membuat arang kayu.

Proses 1: _______________________________________________
Proses 2:_______________________________________________
Proses 3:_______________________________________________
Proses 4:_______________________________________________
Proses 5:_______________________________________________

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tanur.
________________________________________________________
________________________________________________________
Lukisan tanur saya

Stesen 4: Seni Arang
Nyatakan kegunaan arang kayu
1.___________________________________________________
2.___________________________________________________
3.___________________________________________________
4.___________________________________________________
5.___________________________________________________
6.___________________________________________________

Apakah tajuk lukisan arang anda.

____________________________________________________
Berapakah markah yang anda dapat:______________________

Stesen 5: Menyemai benih bunga keembung
Sila lukis bekas semaian yang anda buat.

Stesen 6: Penyesuaian pokok bakau terhadap air masin dan lumpur.
Keistimewaan daun bakau
_________________________________________________________
Keistimewaan kayu bakau
_________________________________________________________
Keistimewaan akar pokok bakau
Keistimewaan benih bakau

Stesen 7:Lukisan beg surat khabar yang saya buat
Stesen 8: Teater Hutan Paya Laut
Watak saya:________________________________________________
Ceritakan tentang watak anda
Autograf
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Thursday, August 16, 2012

Recycle Reduce Reuse



3R Activities
All participants needs to bring newspaper, shopping plastic bag and 1.5 l drinking bottle

  1. Shopping bag from newspaper- kesedaran alam sekitar

Para peserta akan diterangkan penggunaan kertas yang mesra alam. Dengan membuat beg shopping mereka sendiri. Adalah diharapkan para peserta akan memahami bahawa kepentingan penggunaan beg kertas dan beg mesra alam lain dalam memelihara alam sekitar. Para peserta akan membawa pulan beg kertas yang mereka buat untuk ditunjukkan kepada ibu-bapa dan rakan-rakan di sekolah.






2. Plastic bag kite-

Gembira bermain bersama rakan-rakan dan membina perhubungan yang baik.
Penggunaan beg plastik yang mendominasikan beg mesra alam amat membimbangkan. Para peserta akan didedahkan akan mudarat penggunaan beg plastik kepada alam sekitar dan hidupan marin. Dengan mengguna semula beg plastik dan menjadikan layang-layang akan menaikkan motivasi peserta terutama sekali apabila melihat layang-layang yang dibuat dapat membuat penerbangan yang tinggi. Para peserta akan membawa balik layang-layang yang dibuat dan diharapkan agar dapat mengajar rakan-rakan yang lain membuat layang-layang beg plastik dan mengadakan pertandingan diantara mereka. Bahan yang diperlukan untuk membuat layang-layang ini ialah beg plastik, lidi penyapu 4 bilah, pita pelekat dan benang.




  
  1. Bottle Seedling _ Mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ini merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan berasa amat bangga apabila melihat benih yang disemai mula bercambah dan mengeluarkan pucuk baru. Para peserta akan membawa pulang semaian benih bunga keembung yang diajar dan merekod perkembangannya. Setelah anak pokok mencapai ketinggian 10 cm. Mereka akan menyuruh ibu-bapa mereka untuk memindahkan anak pokok ini ke pasu yang lebih besar atau ditanam di taman rumah masing-masing.




Teatre Mangrove (Lakonan)
  
Para peserta akan diberikan 4 watak utama
  1. Akar pokok bakau
  2. Batang Pokok bakau
  3. Daun pokok bakau
  4. Benih pokok bakau
Mereka akan memakai costume mengikut watak masing-masing.
Peserta lain akan bertanya apakah keistimewaan setiap watak. Watak utama akan menerangkan keistimewaan masing-masing dengan rasa bangga.
Kumpulan terbaik akan menerima hadiah dan membuat persembahan semula di majlis penutupan.

Charcoal Art

Para peserta diminta membuat lukisan mudah seperti gelas, botol ataupun bunga.