Saturday, March 30, 2013

Kelebihan Melancong Dalam Negara

Orang asli pun dapat menambah pendapatan
Melancong dalam negara akan dapat meningkatkan semangat cintakan negara. Hal ini terjadi kerana dengan mengunjungi tempat-tempat yang bersejarah, seseorang itu akan dapat melihat, memahami, dan menghayati bagaimana generasi yang terdahulu membangun dan mempertahankan negara.
Kemesraan dan budaya masyarakat
Memberikan tumpuan melancong di negara sendiri akan dapat membangunkan industri pelancongan. Hotel-hotel dan tempat-tempat pelancongan pastinya akan dapat dibangunkan, dan seterusnya dapat menawarkan pekerjaan kepada rakyat. Tanpa sokongan pelancong-pelancong tempatan, industri pelancongan kita pasti malap, lebih-lebih lagi dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang.
Melancong dalam negara secara tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang. 
Kita juga akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan. 
Pelancong dapat mempelajari budaya kita

No comments:

Post a Comment