Wednesday, May 28, 2014

Asrama Taiping.

Asrama Taiping.
Kuala Sepetang Eco Track menawarkan penginapan asrama kepada rombongan sekolah atau IPTA IPTS yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping.

Sebuah bangunan penginapan 4 tingkat.
Boleh menempatkan 120 tetamu pada setiap masa.
Tingkat 1. Pengurusan dan Dewan makan.
Tingkat 2. Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 3 Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 4 Surau, bilik komputer Aircond, 4 bilik kuliah 20 orang setiap bilik. (Aircond) Satu bilik penginapan besar. (Aircond)


Terletak hanya 1km dari bandar warisan Taiping amat memudahkan aktiviti lawatan yang hendak dijalankan. Mula beroperasi tahun 2012 dan semua kemudahan dalam keadaan yang sangat baik. Kapisiti maksimum ialah 120 tetamu dan lengkap dengan prasarana untuk kemudahan dan keselesaan semua tetamu dan pengiring.
Antara kemudahan yang ditawarkan ialah
Kelas Pembelajaran, Pusat Komputer, Perpustakaan Terbuka, Surau, Bilik Kaunseling, Dormitori, Bilik Persalinan, Bilik fasilitator@pengiring, pusat dobi, dewan makan, dewan serbaguna dan kawalan keselamatan 24 jam cctv.
Tetamu Dormitori
1 Malam RM
2 Malam RM

Sekolah Rendah
20
38

Sekolah Menengah
20
38

IPTA/IPTS
25
45

Orang Awam
25
45

Homestay Seri Taiping
Mengikut kadar seperti dalam blog http://homestayseritaiping.blogspot.com/

Address: 30, Kampung Jambu,34000 TAIPING PERAK
Location: Perak - Taiping
Postcode: 34000
Price: RM 20
Type:Guest House and Homestay
Others: Air-Cond, Washing Machine, Internet
Other Terms & Conditions:
Ketua rombongan bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
Penghuni adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan

KS Eco Track menawarkan penginapan selesa untuk semua rombongan sekolah, lawatan ke Taiping yang ingin bermalam di Taiping

Sebuah bangunan penginapan 4 tingkat.
Boleh menempatkan 120 tetamu pada setiap masa.
Tingkat 1. Pengurusan dan Dewan makan.
Tingkat 2. Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 3 Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 4 Surau, bilik komputer Aircond, 4 bilik kuliah 20 orang setiap bilik. (Aircond) Satu bilik penginapan besar. (Aircond)
Juga terbuka kepada mereka yang tidak dapat mencari homestay di Taiping atau yang datang dalam kumpulan yang ramai yang memerlukan penginapan selesa.
Tempahan mesti dibuat awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Juga menawarkan pakej seminar ataupun bengkel untuk calon UPSR, PMR dan SPM
Dua buah gelanggang futsal dan 2 gelanggang badminton. Jadi: siapa nak main bawa bola sendiri.
Pengawal keselamatan dan cctv 24 jam
Bandar Taiping 1km
Hospital 1km
Zoo Taiping, Muzium Perak, Lake Garden 2km
Bukit Larut, Air Terjun 3km
Kuala Sepetang 15 km
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang 14km
Kuala Kangsar 30km
Labu Sayong 23km
Air Panas Perubatan 15km
Sewa bilik kuliah, bilik ICT dan bilik pengiring adalah tidak termasuk dalam pakej ini.
Logo
Kuala Sepetang Eco TOURISM
Boatride, accommodation, mangrove forest,
Ads in the shop: 22
More images available
More images available

Friday, May 23, 2014


Kelip-kelip Masjid Kuala Sepetang 
Dengar sini semua rakyat Malaysia yang cintakan alam semulajadi.
Dengan kebesaran ALLAH swt diberikan khas kepada Masjid Kuala Sepetang dengan spesis kelip-kelip seperti gambar yang disertai. Setelah puas makan mee udang, marilah kita imarahkan masjid ini dan setelah selesai berjemaah Maghrib, kita saksikan kebesaran Allah dalam mencipta alam ini.
Sungguhpun masjid ini terletak di tengah-tengah pekan Kuala Sepetang, namun habitat semak dan berair di sekelilingnya membolehkan larva spesis ini membiak dengan sihat. Terima kasih AB Aziz Opt yang mengambil gambar kelip-kelip dengan lensa makronya dan Pak Abu yang nampak seekor di semak untuk kita abadikan gambarnya kepada semua warga fb. Semoga khariah masjid ini dapat memelihara habitat spesis ini dan saya amat berharap suatu hari nanti akan naik papan tanda Masjid Kelip-kelip Kuala Sepetang. 


Thursday, May 22, 2014

Perkhemahan Belia

Assalamualaikum Azrin,
Pejabat Belia dan Sukan Manjung.

Bersama ini disertakan profil syarikat untuk perhatian anda.
Pihak kami telah menempah tarikh di atas untuk kumpulan anda
Pihak kami menyediakan penginapan chalet dan khemah di Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang

Setiap kumpulan 10 orang ahli dan 2 penyelia.

Peralatan peribadi: Pakaian dan keperluan asas. Sila bawa pinggan dan gelas sendiri.
Keperluan kumpulan.
Sebelum perkhemahan kumpulan perlu bermesyuarat untuk pilih pemimpin.
2 tikar, bekas untuk nasi, air dan lauk-pauk; Persembahan

Hari Pertama.
Membina menara dari kayu bakau.
Sila bawa gergaji dan tali sendiri.
Memasak lauk makan malam sendiri. (Nasi, Peralatan dan bahan disediakan)

Hari Kedua
Sarapan buat sendiri (Air panas & Bahan untuk buat sandwich disediakan) 
Pemeriksaan khemah/chalet
Perhimpunan
Aktiviti 1. Lawatan ke Hutan Pendidikan dengan renjer
Aktiviti 2. Lawatan ke Pusat Interpretasi dengan renjer
Aktiviti 3. Menyemai benih pokok bakau di tapak semaian
Aktiviti 4. Mencari lokan dan kerang untuk buat lauk.
Aktiviti 5. Lawatan ke Kilang arang kayu dengan renjer.
Aktiviti 6. Memasak lauk makan tengah hari.
Aktiviti 7. Memasak minum petang sendiri
Aktiviti 8. Persembahan budaya.
Aktiviti 9. Pemeriksaan khemah dan chalet
Aktiviti 10. Penilaian kumpulan terbaik.
Hadiah kami sediakan

Hari Ketiga
Buat sarapan sendiri.
Pemeriksaan khemah/chalet
Perhimpunan
Lawatan ke Pekan Kuala Sepetang dan perkampungan nelayan.


Khairul Salleh
Pengurus

Tuesday, May 20, 2014

join fireflies river tour on 31 May (13th email)

Tak jemu-jemu melayan pelanggan walau sampai ke email yang ke 13

No problem.  Thanks Khairul and have a nice day.  You have been very helpful.  I am looking forward to the fireflies tour .

Monday, May 19, 2014

Spesis baru Kuala Sepetang

Setelah sekian lama menyusuri Sg Sepetang membawa pelancong melihat kelip-kelip, kini baru berpeluang mengambil gambar spesis ini kerana kesukaran mendapatkannya.
Terima kasih atas gambar yang menarik ini. Sonny Wong spesis apa ini. Tinggal tinggi di pokok bakau minyak berkelip terang sesaat sekali dan tidak serentak, saiz sama dengan Pteroptyx tener

Sunday, May 18, 2014

SMK Taman Kenari Kulim




Akibat kekangan masa selepas turun dari Bukit Larut, ada kumpulan yang tidak dapat buat aktiviti tanam bakau. Saya mohon ribuan keampunan atas kekurangan ini.
Terima kasih Cikgu Amir

UiTM Perlis: Cendol session

Mie dan Ammar: Tak cukup satu mereka tambah lagi, kemudian tambah dengan pulut pula
Pasang niat nak belanja student makan cendol tapi duit dalam dompet tipis. Bisik dengan Cik Hadayu untuk menampung kos, nanti bila mem datang boleh bayar.
Mereka memborong sakan di Antong. Duit komisyen aku belanja mereka makan cendol

UMT Field trip

Pose yang tah apa-apa

Preschool Fireflies Trip

Thank you Yun Yun and her little students. Setiap budak disuruh mengemukakan satu soalan. Penat aku menjawabnya.

UiTM Shah Alam: Entah lawatan ke berapa?


Terima kasih pensyarah En Zarul dan Diyana

SMK Dato Paduka Raja Mahmud: Lawatan kali ke 2


Terima kasih Cikgu Umi

UiTM Perlis: Trip ke Tiga


Terima kasih pensyarah Dr Tay Faculty of Applied Science

UiTM Perlis: Trip ke 4

Terima kasih Pensyarah Tun Mohd Firdaus dan pelajar biology UiTM Perlis
16-18 Mei 2014 Jumpa lagi semester depan: Itu kata akhir Tun Mohd Firdaus

Video Dolfin Kuala Sepetang

Sila klik link
https://www.facebook.com/photo.php?v=777598425585480

Wednesday, May 14, 2014

SMK Taman Kenari Kulim

Siap siaga untuk bermain lumpur di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang mencari lokan dan kerang, menanam bakau, menyemai bakau, belajar buat arang kayu, jelajah perkampungan nelayan dan pekena mee udang. Razalee Masid
Photo: Siap siaga untuk bermain lumpur di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang mencari lokan dan kerang, menanam bakau, menyemai bakau, belajar buat arang kayu, jelajah perkampungan nelayan dan pekena mee udang. Razalee Masid






Thursday, May 8, 2014

Video Kuala Sepetang

Video pertama dengan menggunakan perisian yang dibekal dan diajar oleh PKG Kamunting, video ini berkenaan dengan aktiviti pelancongan yang terdapat di Kuala Sepetang. Dengan gambar yang terhad ini ialah hasil pertama yang dihasilkan.

Bot Baru

Kuala Sepetang Eco Tourism yang mengendalikan pelancongan di Kuala Sepetang amat terharu dengan daya usaha En Razalee dan En Hisham yamg membeli bot pelancongan baru sempena penubuhan Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Sepetang baru-baru ini. Kami amat berharap dengan adanya bot baru ini akan menggalakkan lagi industri pelancongan di Kuala Sepetang dan di Taiping amnya.

Wednesday, May 7, 2014

Asrama Penginapan Taiping

Asrama ini terletak di pinggir bandar Taiping menempatkan 2 blok untuk lelaki dan perempuan dan mencapai kapasiti 96 orang pada satu masa.
semua masih baru dan dalam keadaan bersih dan selamat.
Terbuka kepada semua rombongan yang berkunjung ke Taiping, Zoo Taiping, Muzium Perak, berdekatan dengan Kuala Sepetang dan Bukit Merah.