Tanah Merah - Taiping - Kuala Sepetang - Bukit Merah
26 & 27 April 2012
26 & 27 April 2012
Berhenti rehat di Puncak Banjaran Titiwangsa, merasai kedinginan dan kesegaran udara yang nyaman.
Satu kumpulan lagi bersama En Wan yang saya bawakan khas dari Kuala Lumpur untuk menjelajah Hutan Eko Pelajaran Paya Laut Matang dan menjamu selera di Resoran Mee Udang Mak Jah. Peserta diberikan Pek Aktiviti dan taklimat tentang penyesuaian kepada persekitaran berlumpur dan berair masin. Bagaimana tumbuhan meneruskan kemandirian spesis masing-masing.
Sedapnya makan mee Udang Kuala Sepetang
Saya amat terpegun dengan jati diri orang Kelantan yang tetap mengatakan mee udang di Kg Teh, Kelantan lebih sedap lagi.
Aktiviti hari pertama diakhiri dengan lawatan ke Night Safari, Taiping.
Seronoknya tengok mereka semua bergambar dengan saudara-saudara yang lama tidak berjumpa seperti seladang, orang utan, buaya, badak air.
Peserta bermalam di empat buah homestay di Taman Jana Setia, Kamunting, Perak. Dari riak muka dapat ditelah bahawa mereka semua tidur nyenyak malam tadi.
Tempat kami bersarapan pagi berdekatan dengan kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan, Lain kali nak mandi pagi di sini lah.
Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Kilang Arang Kayu Kampung Dew. Ingat 5 proses itu
1. Memasukkan kayu bakau
2. Api besar
3. Api kecil
4. Penyejukan
5. Punggah kayu arang
Saya memohon maaf kerana ketika melawat ke kilang beras petugas yang memberi penerangan tidak dapat menyampaikan maklumat kepada kesemua peserta. Moral of the story ialah mesti ada pembesar suara dan akan melatih petugas ini dalam memberi penerangan yang lebih menyeluruh.
Selepas itu terus pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah, En. Khairul sudah menunggu kedatangan kami dengan tag tangan tiket masuk ke taman tema air itu. Kenapa tak ada gambar aktiviti extreme Ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pah Fatimah, Cikgu Wan Latifah, Pemandu Bas, Peserta yang mesra dan seluruh warga SMKDPR2 yang telah menjayakan misi ini.
Kuala Kangsar, Taiping, Kuala Sepetang & Bukit Merah
Butiran |
Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar |
Istana Kenangan Kuala Kangsar |
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar |
Minum petang (sendiri) di gerai-gerai pesisir Sg Perak |
Check in homestay untuk 1 malam. RM16 seorang |
Night Safari 50% |
BBQ (Chicken with french fries and corn & soft drink) |
Sarapan pagi Nasi Lemak bungkus dan air teh 0. |
Santai Taman Tasik |
Bukit Larut Tambang Jeep |
Kolam renang Kemahkotaan. Kaki Buit Larut |
Minum Pagi sendiri di Bazar Bandar Taiping |
Taiping Heritage Trail. |
Makan Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Saiz Kecil |
Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Kuala Sepetang |
Bot aktiviti nelayan: Menangkul ketam, memancing, menyauk |
Makan malam nasi ayam termasuk air dan buah |
Bot Melawat kelip-kelip. |
Sarapan pagi Bihun Goreng, 2 kuih dan teh 0 |
Dapur Arang Kayu Eco Challenge. (Lawatan sahaja RM3) |
Minum Pagi di SK Kg Dew |
Lawatan ke sawah padi. Semanggol |
Lawatan ke Tasik Bukit Merah |
Lawatan ke Pusat Ternakan Ikan Arowana, Bukit Merah |
Bukit Merah Waterpark (Normal price RM32) |
Cendera hati |
Hehehe , tade gambar extreme sbb photographer pi naik chirlift . hehehek :)
ReplyDeleteterbaik en khairul . we luv you !
ReplyDeleteterbaek.....
ReplyDeletesepetang memori yang indah di kuala sepetang...
perkhidmatan en khairul adalah yang terbaek....
kalau u all nak ke kuala sepetang, jgan risau, contact je en khairul... dia akan uruskan segala2nya.... thaxs ...5 star la en. khairul....
terbaek.....
ReplyDeletesepetang memori yang indah di kuala sepetang...
perkhidmatan en khairul adalah yang terbaek....
kalau u all nak ke kuala sepetang, jgan risau, contact je en khairul... dia akan uruskan segala2nya.... thaxs ...5 star la en. khairul....
Dapat ole-ole kepok leko, T-Shirt & Batik Kelantan. Dompet yang cicir telah selamat tiba pada pemiliknya.
ReplyDeleteMay I know which homestay did you stayed at RM16 per pax? TQ
ReplyDelete