Wednesday, July 25, 2012

Tentatif Lawatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim


Day 1 September 2012

10:00am       Muzium Arkeologi Lenggong

12:00noon    Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Istana Kenangan
Makan tengah hari sendiri di gerai pesisir Sungai Perak dekat bot penambang.

2:00pm        Check in Homestay Pakai pakaian lusuh

4:00pm        Mee Banjir Udang Mak Teh.

5:00pm        Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Kuala Sepetang
5:30pm        Bot aktiviti nelayan: Menangkul ketam, memancing, menyauk kerang, memerhati burung dan banyak lagi.                   

http://fireflyzone.blogspot.com/2011/12/pelancongan-aktiviti-nelayan-di-kuala.html

7:30pm        Makan malam nasi ayam termasuk air dan buah                   http://fireflyzone.blogspot.com/2012/05/institute-of-biological-science.html

10:00pm      BBQ (Chicken with french fries and corn and soft drink)
Day 2 September 2012

Pakai pakaian lusuh

7:00am         Sarapan pagi Nasi Lemak bungkus dan air teh 0.

9:00am         Dapur Arang Kayu Eco Challenge.
http://fireflyzone.blogspot.com/p/charcoal-tour.html

11:00am       Minum Pagi di SK Kg Dew

12:00noon    Lawatan ke Pusat Ternakan Ikan Arowana, Bukit Merah                  

Mandi, solat makan tengah hari di RR Gunung Semanggol.

2:00pm        Rehat di Homestay4:00pm        Muzium Matang
5:00pm        Kuala Sepetang Heritage Trail

http://fireflyzone.blogspot.com/2012/04/kuala-sepetang-heritage-trail.htmlhttp://fireflyzone.blogspot.com/2012/04/kuala-sepetang-dahulunya-dikenali.html

7:00pm        Makan Malam sendiri di Kuala Sepetang

8:00pm        Bot Melawat kelip-kelip.
Day 3 September 2012

Pakai pakaian lusuh

Sarapan pagi di tapak pasar malam Kamunting: sendiri

9:00am         Explorasi Gua Kelambu, Batu KurauMinum pagi di warung tepi gunung: sendiri1

2:00noon    Muzium Taiping
1:00pm        Taiping First Galeria RM5 seorang (Guided Tour)
Selamat Tinggal.


Amirul firefly

Kuala Sepetang Eco Tourism IP0373243-P

Sunday, July 22, 2012

Lawatan Lapangan ke Kampung Orang Asli Ulu Geroh, Gopeng Perak


Kepada para pelancong yang ingin mengalami pengalaman sebenar berada di Perkampungan orang asli datanglah ke kampung orang asli Ulu Geroh. Gopeng Perak. Berikut ialah catatan saya bersama keluarga yang ke sana pada 15 mac lalu. Ianya merupakan satu pembelajaran luar bilik darjah baru bagi saya dan keluarga.
Keistimewaan yang ada di sini ialah bunga rafllesia dan rama-rama Rajah Brooke
Tiba di Gopeng jam 11 pagi. Gambar ini ialah palong besar paip air zaman British dahulu. Dapat dilihat dari jalan besar Pekan Gopeng






Papan tanda yang cantik dan menarik memberikan petunjuk jelas kepada para pelancong.






Terpaksa parking kereta di my Gopeng Resort dan memulakan perjalanan sejauh 8km. Latihan olahraga kata anakku Norhafizah


Cendawan hutan yang hidup subur di sisa kelapa sawit yang dijadikan baja.

Rama-raya hinggap di tangan Amirul menyebabkannya berjalan dengan perlahan supaya tidak mengejutkan rama-rama itu.


Selepas itu terbang ke tudung Ifah pula. Kemungkinan bau hangit Ifah mendorong rama-rama itu mendekatinya.



Jumpa spider gergasi. Sesiapa nak jadi spiderman boleh cuba menangkapnya





Jalan singkat ke Cameron Highland. Sila ikut kiri Kampung Ulu Kampar.






Setelah 1 jam perjalanan yang memenatkan, maka jumpa perkampungan orang asli.






Kenderaan lama Land Rover. Nampak macam boleh beroperasi lagi.






Pohon durian sedang berbuah, mungkin 40 hari lagi dapatlah hasilnya. Yang istimewanya buah-buahan di sini tidak diganggu monyet. Pisang berbuah dengan tandan yang panjang.













Pemuda Semai ini dalam perjalanan pulang selepas bekerja di ladang kelapa sawit. Perhatikan pokok yang dipegangnya. Tongkat Ali Batin







Setelah penat berjalan dan dijanjikan dengan aktiviti renang Amirul tidak menunggu lama untuk menuntut janjinya.



Kanak-kanak orang asli yang pada mulanya memerhati dari jauh dan penuh rasa malu akhirnya tidak tahan godaan merasa kesejukkan air sungai.









Rama-rama Raja Brooke, Dewan Orang ramai, dapur memasak dan sessi bergambar seterusnya


Isteriku sedang memberikan sentuhannya pada masakan yang disediakan.
Amirul yang kelapar
an sempat memberikan post istimewanya.


















Tarian sewang juga dipersembahkan. ribuan terima kasih kepada Insan, Ngah Teroq dan makcik2 sekelian atas layanan dan keramahan anda semua

























Currently, there are only two MNS appointed orang asli Semai guide for Ulu Geroh Jungle Trekking. They are Ngah Teroq 017 569 1227 and Bah Ihsan 012 400 7564. You will find it hard to get through the number due to the poor reception at their village.

Tuesday, July 17, 2012

Program Kesedaran Alam: Hutan Paya Laut


1. Pendahuluan

Pendedahan dan pendidikan mengenai penjagaan alam sekitar di peringkat usia muda sangat penting kerana kanak-kanak merupakan barisan pelapis dan pemimpin masa hadapan yang akan memastikan alam sekitar kita ini terpelihara, tidak tercemar dan dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Dengan adanya program kesedaran alam sekitar seperti ini, generasi muda akan dapat mengetahui dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menerapkan amalan hijau seterusnya dapat mempraktikkan peranan memelihara bumi kita.


Kitaran hidup alam semula jadi amat penting dalam memastikan kelestarian alam ini. Setiap pokok yang ditebang perlu ditanam semula bagi mengekalkan kawasan hijau yang terdapat di muka bumi ini. Dewasa ini pula kanak-kanak terlalu terdedah dengan teknologi moden dan lebih suka duduk di rumah dan bermain komputer. Kurikulum di sekolah pula terhad dan lebih tertumpu kepada kemahiran akademik daripada membuat kajian lapangan.

Sehubungan dengan itu, Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) mengemukakan kertas cadangan “Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut” sebagai satu sumbangan bagi membantu para peserta mengetahui, memahami dan mengamalkan kitar semula bagi menanam kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.

2. OBJEKTIF PROGRAM
Di akhir program ini para peserta diharap dapat
a. Mengetahui konsep kitar semula
b. Menanam kesedaran betapa perlunya kitar semula
c. Mengamalkan ilmu kitar semula dalam kehidupan seharian.
d. Menyebarkan ilmu yang diperolehi di kalangan keluarga dan rakan-rakan.

3. KANDUNGAN PROGRAM
Program yang dijalankan memberi penekanan kepada:
a. Memahami diri dan kumpulan. 
b. Faktor-faktor yang menyebabkan pencemaran alam.
c. Asas-asas pengekalan alam sekitar.
d. Kepemimpinan dan komunikasi
e. Permainan dan Kesenian
f. Mendekati kerjasama berpasukan


Untuk 10 peserta berumur 6 hingga 14 tahun
MASA BIL KANDUNGAN
10:00am-10:30am 1    Pendaftaran/Pembahagian Kumpulan/Memperkenalkan fasilitator
10:30am-11:00am 2 Perasmian dikendalikan sepenuhnya oleh SYARIKAT
3 Tea Break
11:30am-4:30pm 4 Pit Stop Games/Educational 
Station 1: Mangrove Forest
Station 2: Mangrove Trees
Station 3: Mangrove seedling and reproduction
Station 4: Mangrove animals
Station 5: Making your own omelet 
Station 6: Fisherman
Station 7: Charcoal Factory
Station 8: Charcoal Art
Station 9: Telematch
Station 10: Mangrove Theatre
Packed Lunch at each station at 12:00 noon
Nap for 15 minutes in an air condition chalets
Station 11: Boat Ride to Mangrove Forest and Fisherman Village 
Station 12: Mee Udang
Station 13: Planting a tree
8:00pm-10:00pm Station 14: Fireflies
4:30pm-5:00pm 5  Majlis Penutup
Cenderahati 
Alat tulis

4. METADOLOGI

Program ini akan dijalankan secara interaktif di mana terdapat keseimbangan di antara syarahan dan penglibatan peserta. Bagi mengendalikan peserta yang ramai, peserta akan diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap aktiviti dijalankan secara berstation.  Para peserta akan bergerak dalam kumpulan dan melakukan aktiviti di setiap station yang mereka lawati. Secara khususnya teknik latihan yang akan digunakan ialah seperti berikut: 
  • Syarahan
  • Perbincangan pelbagai hala
  • Latih-amal kumpulan
  • Permainan Simulasi
  • Persembahan dan Ulasan.







5. PENERIMAAN KERTAS CADANGAN
  • Pengesahan bertulis mengenai penerimaan (atau jika terdapat pindaan) terhadap kertas cadangan ini hendaklah dibuat kepada K-SET seberlum program ini dapat dijalankan. Pengesahan tersebut hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari bekerja atau dari tarikh program hendak dijalankan.

6. TENAGA PENGAJAR

Fasilitator yang akan mengendalikan program ini ialah Green Badge Nature Guide, Guru, Zoo Renjer dan tenaga pengajar yang dilantik oleh K-SET.

7. KETERANGAN LANJUT
Untuk keterangan lanjut / sebarang maklumbalas / pertanyaan, sila hubungi
Pengarah,
Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.
(U/P: Cik Lisa bt Amirul)
Email: amirulisa@yahoo.com.my

Monday, July 16, 2012

Call to look after fireflies- METRO


By FOONG THIM LENG

THE firefly colonies along Sungai Sepetang in Taiping are being threatened by agricultural and industrial activities.

Malaysian Nature Society (MNS) senior conservation officer Sonny Wong said a Universiti Kebangsaan Malaysia study revealed that about 3km of the 32.5km river was located in the Matang Forest Reserve while the rest of it flowed into state and private land where prawn farms and plantations were located.
The firefly colonies can be found about 8km downstream from Kampong Dew.
Wong said the river could be easily polluted by waste water from the farms and plantations.
”The firefly species found in the man-grove of Sungai Sepetang is the 'pteroptyx tener', the same species found in Sungai Selangor.
”The adult fireflies flashing together every night on a 'berembang' tree when they mate is a mesmerising sight to watch,” he said in an interview.
Mesmerising attraction: Wong giving a talk on fireflies at Sungai Sepetang during the MNS 70th anniversary roadshow in Ipoh.
Sungai Sepetang, Wong said, was one of the congregating firefly zones (CFZs) in Malaysia, adding that some form of regulation was needed to protect the river’s firefly colonies.
”MNS is currently documenting the major CFZs in Malaysia for the Government to know where to protect and promote the fireflies as well as the mangrove habitats which are fast disappearing in the country.
”The mangroves in a CFZ act as a nursery for young fish and marine life, protect the coast from tsunamis and erosion, create food sources and provide charcoal,” he said,
Wong said the fireflies were an important eco-tourism product which could bring in revenue to the local community, state, and country just like the Sungai Selangor firefly watching industry.
“The fireflies of Sungai Sepetang are not the only attraction around here.
“Tourists can also visit the historical sites around Taiping, museums, charcoal factories, mangroves, fishing villages and also enjoy the local food.
”The fauna found here include migratory birds and crocodiles which tourists would love to watch,” he said.
Wong said the existence of fireflies was a good indicator of a clean river.
”In Japan, fireflies are protected by law. Their firefly watching period is only three months in summer.
”The drains or former streams are rehabilitated to become firefly habitats and are protected and looked after by the community.
”The Japanese like to watch fireflies and they come all the way to Malaysia to do this but locals here do not know the existence of fireflies in their own backyard and lack awareness in firefly protection,” he said.

Shrimp ponds posing a threat to firefly colony


Shrimp ponds posing a threat to firefly colony






View Larger Map





CALL FOR HELP: Villagers want govt to act quickly

TAIPING: ON a moonless night, most fishermen would not risk going to the river without a torchlight.
But for those in Kampung Dew, near here, it is the best time to enjoy the luminescence from thousands of fireflies on the trees lining the banks of Sungai Sepetang.
Fisherman Yusop Ishak, or Wahab as he is fondly known as, recalled a time when the natural glow from the insects was so bright that it was redundant to rely on any equipment for light.
"It was not necessary to hold a torchlight or lantern to manoeuvre in the river.
"It was bright enough for us to see what catch we had netted in our traps.
"But that was more than 50 years ago."
The 60-year-old, who was born and bred in the village, said the scene remained the same today, albeit with a slightly lower luminosity.
"The firefly population was at its peak back then and the residents have been carefully trying to preserve their number.
"We know there are at least some 140 trees here which are frequently lit up with the glow of the insects."
However, Yusop has noticed that the number of fireflies has been dropping since last year following the establishment of commercial shrimp ponds in the area.


Read more: Shrimp ponds posing a threat to firefly colony - General - New Straits Timeshttp://www.nst.com.my/nation/general/shrimp-ponds-posing-a-threat-to-firefly-colony-1.101603#ixzz20mDMDQd3

Sunday, July 15, 2012

Perak Optimis Capai Sasaran Peningkatan 60 Peratus Pelancong- Perak News


Perak Optimis Capai Sasaran Peningkatan 60 Peratus Pelancong

 | January 20, 2012 0 Comments
Pemilihan 2012 sebagai Tahun Melawat Perak sememangnya tepat dan kena pada waktunya memandangkan negeri ini kini sedang mengalami transformasi pembangunan dan ekonomi yang begitu rancak sekali.
Pembangunan pesat ini boleh dirasai penduduk terutama wargakota Ipoh yang ketika ini terpaksa berhadapan dengan kesesakkan lalu lintas di sana sini sejak tiga tahun kebelakangan ini yang merupakan petanda tahap pembangunan yang dialami sesebuah bandaraya.
Konotasi seperti ‘bandaraya pencen’ yang sering dikaitkan dengan Ipoh bakal menjadi kenangan lalu berikutan kewujudan banyak kawasan komersial baru dan bangunan tinggi yang sudah sedikit sebanyak mengubah landskap Ipoh menjadi bandaraya metropolitan.
Paling ketara adalah kemunculan beberapa hotel-hotel baru bertaraf antarabangsa di sekitar negeri Perak dan bajet hotel yang tumbuh bak cendawan selepas hujan terutamannya di bandaraya Ipoh.
Kewujudan hotel bertaraf antarabangsa ini amat sesuai sekali kerana ia berlaku pada waktu negeri ini mengalu-alukan kedatangan pelancong sekaligus memastikan Perak bersedia menerima kebanjiran pengunjung dalam dan luar negara.
Beberapa hotel-hotel yang menyediakan kemudahan antarabangsa telah bercambah dengan pesat dan terkini dalam senarai ialah Hotel Riverside yang terletak di pusat Bandaraya Ipoh.
Hotel tersebut yang sudah mula beroperasi secara tidak rasmi menyediakan kemudahan penginapan bertaraf antarabangasa, sepertimana Hotel Impiana Casuarina, Hotel Heritage dan Hotel Tower Regency di Ipoh, serta Hotel Flemington dan Hotel Traders di Taiping.
Ianya akan diikuti dengan Tune Hotel Ipoh yang dijangka beroperasi pada Mac ini dengan kemudahan 242 bilik yang terkenal menawarkan harga penginapan termurah melalui tempahan internet.
Dengan tarikan keindahan alam semulajadi, sejarah, kebudayaan dan pelbagai makanan lazat dan murah, Kerajaan Negeri amat optimis bahawa sasaran peningkatan 60 peratus pelancong sempena TMP 2012 mampu dicapai.
Dan dengan usaha promosi besar-besaran yang dijalankan sebelum ini, ia sudah pasti dapat menarik ramai pelancong tempatan dan luar negara untuk menikmati semua tarikan yang ada.
Baru-baru ini satu majlis gilang gemilang telah diadakan bagi menyambut ketibaan TMP dengan pelancarannya dibuat tepat jam 12 tengah malam bersempena dengan kedatangan 1 Januari, 2012.
Lebih 5,000 hadir di Stadium Indera Mulia untuk bersama-sama Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Diraja Dr Zambry Abd Kadir melancarkan TMP. Turut dilancarkan pada malam itu adalah Fiesta Pelancongan Perak dan Ambang 2012.
Pelancaran itu melakar sejarah baru dalam pembangunan industri pelancongan Perak yang dijangka menerima kehadiran lima juta pelancongan tahun ini.
Turut hadir isteri beliau, Datin Seri Saripah Zulkifli; Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Mat Nayan.
Berucap pada majlis itu, Menteri Besar berkata, 2012 bakal menyaksikan satu detik penting bagi negeri ini iaitu bermulanya TMP 2012.
Dr Zambry turut menyeru setiap lapisan rakyat supaya menunjukkan identiti dan keramahan mereka sepanjang TMP bagi menjadikan Perak antara negeri yang terkenal dalam pelancongan dunia.
“Wajah-wajah rakyat Perak yang akan kita tunjuk kepada para pelancong. Kita tonjolkan keramahan dan identiti rakyat Perak.
“Kita tidak hanya menunjukkan kehebatan bangunan-bangunan yang kita ada kerana orang akan ingat keramahan serta budi baik yang kita tonjolkan,” katanya.
Beliau berkata, berdasarkan kerjasama yang ditunjukkan oleh semua rakyat, beliau yakin sasaran lima juta pelancong pada TMP 2012 dapat dicapai.
Dr Zambry berkata, kerajaan negeri telah membuat segala persiapan dan sudah bersedia untuk menyambut kehadiran pelancongan sepanjang TMP.
“Perak juga akan meneruskan agenda yang telah dilakar dalam wawasan Perak Amanjaya dan berharap matlamat untuk mencapai negeri maju dapat dicapai,” katanya.
-Peraknews

Enam Kluster Dikenalpasti Bagi Tujuan Promosi TMP 2012- Perak News


Enam Kluster Dikenalpasti Bagi Tujuan Promosi TMP 2012

 | November 25, 2011 0 Comments
Promosi bagi Tahun Melawat Perak (TMP) 2012 akan dipergiat mengikut enam kluster melibatkan 10 ikon yang telah ditetapkan di seluruh negeri, kata Exco Pelancongan Datuk Hamidah Osman.
Katanya enam kluster tersebut merangkumi Ipoh (Gopeng, Batu Gajah, Kampar), Taiping (Matang, Kuala Gula, Kuala Sepetang, Larut), Kuala Kangsar (Sungai Siput), Royal Belum-Lenggong, Pulau Pangkor – Lumut dn Teluk Intan (Kampung Gajah, Perak
Tengah).
“Kluster pelancongan ini dirancang dalam bentuk pamplet meliputi jejak warisan, pelancongan dan alam sekitar yang merangkumi informasi melibatkan destinasi menarik, makanan, tempat tinggal dan pengangkutan.
“Sepuluh ikon pelancongan negeri pula meliputi bandar raya Ipoh, Zoo Taiping, Kuala Kangsar, Hutan Royal Belum, Pulau Orang Utan Bukit Merah, Air Panas Sungai Klah, Gua Tempurung, Hutan Paya Bakau Matang dan Taman Herba,” katanya.
Beliau menjawab soalan lisan Datuk Rusnah Kassim (BN-Hulu Kinta) dalam Sidang DUN, hari ini yang meminta penjelasan tempat-tempat yang akan dipromosi oleh negeri sempena Tahun Melawat Perak 2012.
Bagaimanapun, ketika menjawab soalan tambahan , beliau mengakui masih terdapat kelemahan di peringkat hadapan (frontliners) melibatkan petugas-petugas di Pusat Penerangan Pelancongan (TIC) di negeri ini dalam menyampaikan maklumat terutamanya kepada pelancong.
Sehubungan itu katanya, satu kursus intensif selama sehari telah dijalankan melibatkan golongan tersebut termasuk pihak hotel, pemandu teksi dan penyedia produk pelancongan selain mewujudkan 10 kiosk interaktif di pusat-pusat awam termasuk di stesen kereta api dan lapangan terbang.
Selain itu katanya, setiap di hotel di negeri ini juga bakal diwajibkan untuk menghidang menu utama terkenal Perak seperti limau Tambun dan kopi putih Ipoh supaya ia dapat terus dipromosi dan dikenali oleh pengunjung terutamanya pelancong asing.
“ Tidak kena rasanya jika menu limau Tambun tidak dihidangkan kepada setiap pelancong yang datang memandangkan ianya telah menjadi ikon negeri Perak sejak sekian lama,” katanya.
-peraknews

Sunday, July 8, 2012

Testimonial


Encik Amirul,

Thanks for your professional explanations and kindness, we really appreaciate it! We will sure to come visit to Sepetang again, for the feeding eagles and cute dolhpins. Keep on your effort to promote the fireflies sightseeing and protection of the mangrove trees environment. Here are the 3 photos taken on that day, take care and cheers!

Cendy Ho
Kuala Sepetang Tour Operator

http://seriastana-norh.blogspot.com/2012/09/from-taiping-with-love-4_19.html
lepas kami pi muzium, kami try cendol kat taiping..ok gak la..
pastu dok confuse samada nak balik homestay terus or nak pi cari makan sebelum pi tengok kelip2 kat kg dew.. plan mai plan pi..kami decide nak pi pasar malam.. makan pun kat pasar malam tu..besaq  jugak..pasar malam ni terletak kat tepi stesen bas..betui tak tau, ingat2 lupa dah ni..
dalam dok kalut2 nak jumpa en khairul untuk pi tengok kelip2, sempat lagi shopping carpet kat pasar malam tu, beli sorang satu..
dalam masa 10 minit kot, tertengok, terberkenan, terpilih dan terbeli..ha ha ha
rm100 shaggy carpet size kecil..tak dapat lagi kot harga tu kat mana2 setakat ni.. haishhh..perempuan oh perempuan..
jumpa en khairul dari eco tourism taiping..dia cerita dari awal sampai akhir kisah kelip2 ni.. macam masuk lecture school bio plak aku rasa..kami jumpa kat kfc ja pun..
en khairul ni pun dalam salah sorang lelaki yang gentlemen bagi kami..take note ye, bagi 'kami'...ada la insiden2 yang kami rasa dia adalah gentlemen..he he

pastu kami gerak ke kampung dew atas direction dari en khairul..

sesampai jak kat tempat kelip2 tu, ada famili cina baru balik dari trip depa..macam confident gak..
kami naik bot dan dibekalkan safety jaket..masa mula2 tu ok lagi..bila dah makin jauh..mak aiiiiii...kecut perut pulak aku rasa...*aku dan kami rasa*..

Kelip-kelip Kg Dew,
worth untuk mencuba..
pengalaman yang tak boleh dilupa..

serius... 
alam ciptaan Allah dan makhlukNya adalah sangat indah..pengalaman ni mungkin jarang aku dapat..

confirm kalau ajak aku skali lagi dengan kawan2 pempuan ja aku gerun gak...kalau nak pi, better bawak lelaki la dalam kumpulan tu.. 

masa dok kat atas bot tu, memang aku baca segala apa yang boleh baca..dok dalam sungai, pastu tak tau ada boya ka hapa ka kat dalam sungai tu..sambil dok nikmati kelip2 , sambil takut kot2 ada apa2 kat celah2 pokok berembang tu.....
pakcik yang bawak kami tu cakap, dulu2 lagi banyak,..tapi masa tu sapa yang nak promote pelancongan kelip2 ni kan..
 
malam tu bulan mengambang.. kalau bulan mengambang, kurang la skit effect dari kelip2 tu..


Sedikit fakta berkenaan kelip2 ni
Produk eko-pelancongan ini hanya terletak dua kilometer (km) dari susur keluar tol Taiping Utara, iaitu kira-kira 45 minit hingga satu jam tempoh perjalanan dari Ipoh.
Selepas 30 minit perjalanan dengan menaiki bot dari jeti Kampung Dew, kelibat cahaya yang dihasilkan oleh si kelip-kelip ini mula kelihatan menerangi pokok berembang yang dikenali dengan nama saintifiknya Sonneratia Caseolaris.
Pokok berembang yang banyak terdapat di kiri dan kanan tebing sungai itu sudah sekian lama menjadi habitat buat kelip-kelip di sini yang tergolong dari spesis Pteroptyx Tener.
Pengelipan ini bertujuan untuk menarik pasangan untuk mengawan dan selalunya kelip-kelip betina hinggap pada hujung daun pokok dan mengelip dengan merendahkan abdomen berhampiran daun
bagi menarik perhatian kelip-kelip jantan.
Kelip-kelip kebiasaannya ditemui pada waktu senja iaitu pada lalang ataupun daun pokok manakala pengelipan berlaku kira-kira satu jam selepas matahari terbenam.
Kadar kelipan pula adalah tiga kali sesaat dan pada permulaan, ia akan mengambil masa 15-20 minit untuk ‘memanaskan badan’ sebelum mengelip.


Sesiapa yang berminat untuk menyertai pakej eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew boleh menghubungi Khairul Salleh Ahmad (0125145023) atau melayari http://fireflyzone.blogspot.com untuk keterangan lanjut.