Showing posts with label Kuala Sepetang Eco Tourism. Show all posts
Showing posts with label Kuala Sepetang Eco Tourism. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Convent IPOH


Assalamualaikum Cikgu Ayu, 
    
Tarikh:  13 April 2013
Masa: 8 pagi
Bil peserta:  80 murid dan 8 guru

Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
1. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
2. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
3. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
4. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)
Oleh kerana peserta datang dengan 2 bas. Saya mencadangkan agar dibuat dalam 2 kumpulan agar penerangan akan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Kumpulan 2
Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
2. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
1. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
4. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
3. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)

Biasanya kami menerima bayaran selepas semua aktiviti selesai dijalankan.
Diharap pihak sekolah dapat mengambil insuran perjalanan berkelompok.
Bagi minum pagi jam 10 harap pihak sekolah dapat menyediakan sekurang-kurangnya roti dan air minuman.
Fail gambar bot yang dijadual digunakan















Wednesday, April 17, 2013



Unit Pelancongan.

Kolej Komuniti Sungai Siput.

Ribuan terima kasih kerana berminat mengalami dan mempelajari pengurusan pelancongan yang kami tawarkan.
Bersama ini disertakan nota minta untuk pilihan. Sila buat pilihan dan jumlah bayaran untuk seorang akan didapati.

Maklumat tetamu
Bil: 14 orang
Tarikh lawatan: 17 April 2013
Kursus PENGENDALIAN PELANCONGAN

Tentatif Program
1.00 pm
    Makan tengah hari  _ Sila ambil bil dan jangan lebih budget RM10.00
2.00 pm    Dapur arang kayu eco challenge di Koperasi Azam Kg Dew.
Tunggu di tempat rehat Plaza Toll 148 Taiping Utara Pemandu pelancong En. Osman 0124
Telefon dia semasa ambil order makan.
3.30 pm
   Lawatan ke Pusat Eko Pelajaran hutan paya laut. Pemandu pelancong: En. Nasaruddin 0195
Telefon dia setelah habis Eco Challenge
4.30 pm   Aktiviti bot bersama saya. Saya akan jumpa anda semua di 
Pusat Eko Pelajaran.
9.00 pm    BBQ di homestay.

Khairul Salleh
Kuala Sepetang Eco Track

Unit Pelancongan: Seramai 13 pelajar dan tenaga pengajar mengambil bahagian dalam aktiviti sepetang di Kuala Sepetang dimulai dengan lawatan ke kilang arang kayu, hutan eko pelajaran paya laut, aktiviti nelayan dan mangrove trip. Dengan hasil laut mereka meraikannya dengan majlis BBQ di homestay yang disewa.
Terima kasih Pn Iza, Cik Rosne, Encik Farid dan En Fendi serta para pelajar Amalina, Nadiha, Aishah, MAya, Emylia, Shahidah, Shahidat,, Harun Din dan pemandu En. Zaidi

Friday, March 8, 2013

Pakej Lawatan ke Perak 2013

Pakej Lawatan ke Perak 2013

Masa Aturcara Tindakan
1 Mei 2013
4.00 pm Check in Kuala Sepetang Chalet K-SET
5.00 pm Lawatan Hutan Paya Laut K-SET
6.00 pm Aktiviti menyemai benih bakau dalam polibag K-SET
7.00 pm Makan Malam & Solat Magrib berjemaah K-SET
8.00 pm Pertunjukan Slide dan Lawatan Kelip-kelip K-SET
10.00 pm Pertolongan cemas K-SET
11.00 pm BBQ (Ayam, kentang, jagung dengan sos black pepper dan minuman) K-SET
12.00 pn Tidur SKJP2
Masa Aturcara Tindakan
2 Mei 2013
6.00 am Solat Subuh SKJP2
7.00 am Senaman pagi dan sarapan K-SET
8.00 am Naik jeep ke Bukit Larut 1036M dan sambung mendaki  K-SET
Gunung Hijau 1448M (Minum pagi Bungkus) K-SET
12.00 TH Makan Tengah hari di Bukit Larut K-SET
Rehat di Chalet K-SET
5.00 pm Kuala Sepetang River Cruise K-SET
7.00 pm Solat Maghrib SKJP2
8.00 pm Makan Malam Mee Udang Banjir Mak The K-SET
9.00 pm  Night Safari (Mengenali binatang Noctunal) K-SET
11.00 pm Singgah di KFC 24 hours Simpang SKJP2
Masa Aturcara Tindakan
3 Mei 2013
6.00 am Solat Subuh SKJP2
7.00 am Senaman pagi dan sarapan K-SET
8.00 am Program kitar semula Reduce, Reuse dan Recycle K-SET
10.00 am Minum pagi/Check out K-SET
11.00 am Kuala Sepetang Heritage Trail K-SET
12.00 th Makan Tengah hari. K-SET

Penginapan, tiket jeep, bot dan (waterpark RM28 hanya hingga 31 Mac 2013)
(Penginapan telah ditempah dan perlu deposit RM200)
Juga termasuk bayaran tour guide dan perkhidmatan.
Muzium Perak percuma jika pakai uniform sekolah.
Saya akan dapatkan maklumat jika boleh pakai t-shirt sekolah.
Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan sijil dan cenderahati dari Tourism Perak. Surat pemohonan sijil akan kami hantar setelah mendapat pengesahan.
Setiap aktiviti dimulai dengan taklimat keselamatan.
Sila dapatkan insurans perjalanan berkelompok
Beberapa surat rasmi  memerlukan letterhead dan t/tangan Pengetua. Surat kami akan draf.
Disiplin murid adalah  tanggungjawab guru tetapi kami akan membantu.
Jaket keselamatan adalah satu kemestian. WAJIB PAKAI

Khairul Salleh 012-5145 023
Pengarah,
Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Lot  7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.

Saturday, January 5, 2013

Telaga Air Panas Perubatan Bt 9 Trong Hot Spring, Taiping Perak


Telaga Air Panas Trong  

Samsudin Hj. Ahmad

05-8553990
Kolam Air Panas,
Batu 9, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering,
Perak.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Air Panas, Batu 9, Trong 34800, Changkat JeringTaiping ini seluas 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk.

ARKIB : 27/08/2008

Telaga Air Panas Perubatan



SAMSUDIN (kiri) mengambil air panas dari salah sebuah kolam di situ untuk diberikan kepada pengunjung.


TAIPING 26 Ogos - Walaupun tidak terkenal seperti 48 kolam air panas lain di negara ini, namun Telaga Air Panas Perubatan (TAPP) di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering di sini terbukti setanding dengan kolam air panas sedia ada.
Malahan, boleh dikatakan telaga tersebut mungkin lebih baik dan menarik jika dibandingkan dengan beberapa kolam air panas lain berikutan pelbagai kemudahan disediakan termasuk landskap indah yang penuh warna-warni.
Antara kolam air panas yang popular di Malaysia ialah Wet World Pedas, Negeri Sembilan; Kampung Air Hangat, Langkawi; Resort Air Panas, Kampung Yok Lin, Ipoh; Kuala Woh, Tapah, Perak; Air Panas Parit Gerisik, Johor; Air Panas Setapak dan Gombak di Selangor dan Air Panas Poring di Sabah.
Apa yang menakjubkan pengunjung, air di tiga buah kolam di sini dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit berjangkit.
Tidak hairanlah sekiranya kolam air panas itu dinamakan TAPP sejajar dengan fungsi dan kelebihannya mengubati pelbagai penyakit.
Mengikut catatan sejarah, kolam air panas itu telah wujud sejak 100 tahun lalu dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bagaimanapun, ia hanya dimajukan untuk menerima kunjungan ramai secara komersial pada Januari 2002 lalu oleh salah seorang ahli keluarga generasi keempat; Samsudin Ahmad, 63.
Sebelum itu, kolam air panas berkenaan dijaga oleh Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua) dan Ahmad Mydin (generasi ketiga).
Samsudin berkata, beliau telah membelanjakan kira-kira RM6,000 pada peringkat awal untuk memajukan kolam air panas berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini jumlah itu meningkat lebih RM140,000, sebahagian besarnya dari wang persaraan beliau ketika berkhidmat di salah sebuah bank di Ipoh, Perak.
"Masih banyak lagi keperluan dan kemudahan asas yang harus disediakan untuk keselesaan pengunjung.
"Insya-Allah semuanya dapat disediakan secara berperingkat dan bergantung kepada sumber kewangan yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Katanya, buat masa ini, beliau baru menyiapkan lima bilik mandi tertutup untuk kegunaan pengunjung berendam dalam takungan yang disalirkan air panas dari kolam sedia ada.
Beliau berkata, apa yang menarik, tiga kolam di situ mengandungi air panas yang berlainan tahap suhunya.
Samsudin berkata, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa.
''Bagi kemudahan pelanggan saya juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita.
''Pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan resdung, mandi luluh dan mandi herba dengan bayaran yang berpatutan,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin berkunjung ke situ boleh menghubunginya dengan menelefon 012-5040196 atau 05-8553990 atau terus sahaja ke Batu 9, Jalan Trong, 34850 Cahangkat Jering, Taiping.
Katanya, TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm#ixzz2H4cKE3SJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 












Saturday, December 29, 2012

Homestay Seri Taiping 3

Hari Biasa                   Harga RM200 semalam   RM230 dua kereta 

 Peta Homestay Seri Taiping 3 in a larger map
Alamat
No 6, Jalan 1, Taman Jana Setia,
34600 Kamunting,
Taiping, PERAK.
(Mercu Tanda: Hotel SSL Traders)
Keterangan (2 aircond)
Sebuah rumah teres 3 bilik dengan 10 tempat tidur dan 2 bilik air yang terletak di belakang Hotel SSL Traders, Kamunting.
Homestay ini juga berdekatan dengan Homestay Seri Taiping 1 dan  Homestay Seri Taiping 2.
Berdekatan 5km dengan tempat-tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo, Muzium, Taman Tasik, Bukit Larut
1 km Tempat perkelahan air terjun Bukit Jana, 5km Taman Suria,
Bukit Merah dan Kuala Sepetang.
Penginapan keluarga untuk penjaga murid sekolah berasrama penuh SERATAS, MRSM, SMK Taman Tasik
(Kami mensasarkan pengunjung tinggal dua malam kerana ada kemudahan dapur yang lengkap)
Deposit RM100 ke akaun MBB 108056486884 (108-056-486-884) Khairul Salleh bin Ahmad
SMS ke 012-5145-023 Nama tetamu, tarikh penginapan, tarikh deposit dibayar dan jumlah untuk direkodkan dalam tempahan homestay.

Ruang Tamu
Set sofa 6 tempat duduk
2 kipas siling dan 2 lampu kalimantang
TV
Ruang baring tikar buluh yang boleh menempatkan tilam tambahan.
Hiasan gambar-gambar tempat pelancongan Tourism Malaysia.
3 kerusi malas plastik
1 seterika elektrik dan papan seterika
4 gang trailing socket untuk charge telefon
1 jam dinding
1 bakul sampah kering

Bilik Tidur Utama
1 katil queen dengan tilam spring dan 2 bantal
Dua tilam bujang tambahan
1 kipas siling
1 aircon
Hiasan gambar tempat pelancongan Tourism Malaysia.
Ampaian
1 tuala
Sejadah
Bilik air tandas duduk, sinki, shower dan cermin muka

Bilik Tidur Kedua
2 katil bujang diletak selari dan boleh memuatkan 3 tempat tidur.
Kipas Meja
Lampu Kalimantang
Ampaian

Bilik Tidur Ketiga
Katil Queen, Katil bujang dan 1 tilam tambahan
Aircond
Lampu Kalimantang
Kipas Meja
Ampaian

Dapur.
Alatan memasak dua penunu
Meja makan dengan enam kerusi
Kabinet
1 Peti Sejuk
1 periuk nasi elektrik 2.8 l
1 jug elektrik
10 pinggan  melamin
7 gelas melamin
7 cawan melamin
2 mangkuk melamin
2 besen plastik
1 kuali
2 periuk aluminium
Sudu 10, garfu 10, pisau 2, sudip, senduk 3, lesung batu, alas memotong.
Bekas garam dan kunyit
1 bakul sampah basah

Bilik air kedua
Tandas cangkung
Kolah air
Mesin basuh semi auto

Saturday, November 10, 2012

KUALA SEPETANG RIVER CRUISE


KUALA SEPETANG ECO TOURISM 
RIVER CRUISE 2013
www.kualasepetang.com 
PACKAGE
SCHOOL
IPTA
PUBLIC
Fisherman village
Variety of boats
Kampong Seberang
Mangrove forest
Cockle farm                    (30 minutes)
Eagle feeding
Seafood Restaurant
Prawn Fisherman
Birds Watch
Charcoal Factory

RM 10
SK, SRJK


RM 12
SMK
SMJK




RM14

RM15
Adult

 RM10
Child

Min
RM80 
Kuala Sangga Day trip         (2 hours)
Dolphin, fishing and Cockles Harvesting
RM20
RM25
RM30 Min RM200
Fireflies Trip and Educational Slideshow
RM20
RM25
RM30 Min RM200
Day trip and Fireflies         (4 hours)
RM40
RM50
RM60 Min RM400
   

Sunday, September 30, 2012

Kenduri SK Desa Jasmin, Nilai Negeri Sembilan

Bas pun respect bendera
Tarikh 29 dan 30 Sept 2012
Murid 77
Guru 8
Driver 2
Homestay 7
Galeri  Sultan Azlan Shah
SK RM 1
SM RM2
Terima kasih cikgu

Mengenali Ngah Ibrahim di Muzium Matang

Muzium Matang dibina Ngah Ibrahim yang digelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan sebagai kediaman keluarganya dengan menggunakan batu-bata saja.

Apabila Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895, kota itu diselia pentadbiran Inggeris sehingga ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang pada 1913-1922 kemudian Sekolah Melayu (1923-1941) dan Markas Tentera Jepun pada 1942 hingga 1945.
Pada 1946, ia dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946-1984) dan kini Muzium Matang.

Berkunjung ke Muzium matang, pengunjung bukan melihat muzium sebaliknya rumah lama yang masih terpelihara yang dikelilingi tembok sebagai benteng pertahanan.

Muzium Matang mempamerkan artifak berhubung kait kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Che Long Jaafar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan sekolah Melayu.

Memasuki ruang pameran di tingkat bawah, pengunjung akan disambut oleh replika gajah Long Jaafar yang bernama Si Larut.

Si Larut haiwan istimewa kerana selepas dikatakan hilang selama tiga hari, apabila ditemui, sebahagian badannya terutama kakinya dipenuhi bijih timah dan inilah permulaan era perlombongan bijih timah.

Mendaki anak tangga kayu yang masih kukuh itu, di bahagian atas pengunjung berpeluang melihat ruangan bilik tidur Ngah Ibrahim dengan katil lama yang masih seperti asal.

Pengunjung juga berpeluang melihat mahkamah yang dijadikan tempat perbicaraan pejuang Melayu yang ditahan Inggeris.

Muzium Matang dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang kecuali Aidilfitri dan Aidiladha. Bayaran masuk percuma.



Gaya mau ada

Pengerusi Koperasi Kilang Arang Hj Abdul Hamid

Makan tengah hari di taman mainan Kuala Kangsar
Bas menyerang Kota



Makan tengah hari di taman mainan Kuala Kangsar

Juru jual pasu sayong

Solat di Masjid Ubudiah

Solat di Masjid Ubudiah

Belajar tembak meriam di Kota Ngah Ibrahim