Thursday, April 19, 2012

Pelancongan Bot Kuala Sepetang

Kuala Sepetang memang cukup terkenal dengan Hutan Paya Laut Matang yang diurus dengan baik oleh Jabatan Hutan Negeri Perak. Membekalkan kayu bakau untuk industri arang kayu dan kayu jaras untuk kerja-kerja jerucuk tanah.

Kuala Sepetang juga terkenal dengan makanan laut yang lazat dan segar. Terdapat restoran makan laut dan restoran mee udang. Antar yang terkenal ialah Restoran Xin dan Restoran Tepi Sungai. Mee Udang Banjir Mak Teh, Mee Udang Mak Jah, Salleh Stall dan Mee Udang Pak Hashim.

Kepada para pelancong yang berkunjung ke Kuala Sepetang, kami menawarkan perkhidmatan bot untuk menerokai hutan paya laut, melihat burung, kelip-kelip dan aktiviti nelayan yang boleh dianjurkan seperti memancing, menyauk kerang dan menangkul ketam.
Kami juga menyediakan perkhidmatan bot untuk melihat kelip-kelip Kuala Sepetang

Saturday, April 14, 2012

Kuala Sepetang Heritage Trail

Gudang Keretapi 1885
Masjid
Cockles cleaning
View from the bridge

1. Balai Polis Lama Kuala Sepetang.
2. Tapak SK Laksamana dan Rumah Sakit British
3. Kuil Buddha Kuala Sepetang.
4. Pusat Pekan Kuala Sepetang.
5. Papan tanda Stesen Keretapi.
6. Pemborong Udang.
7. Bot Penambang Kampung Seberang.
8. Tempat Pembersihan dan Penggredan Kerang
9. Restoran Makanan Laut Tepi Sungai
10. Bangsal/gudang lama keretapi
11. Jeti asal Kuala Sepetang.
 

Rail lama
Taiping

Simpang Halt
Port Weld



Perak Food Trail: Mee Udang dan Seafood Kuala Sepetang

Pekan Kuala Sepetang unik kerana merupakan sebuah pekan bersejarah kerana menempatkan stesen keretapi pertama di Malaysia iaitu dibuka pada tahun 1885. Kini Kuala Sepetang merupakan pekan nelayan dan industri Kilang arang. Di sini juga letaknya hutan paya laut Matang yang merupakan hutan yang diuruskan secara  terbaik di dunia.

Terdapat 4 buah restoran yang biasa menerima kunjungan pelanggan di Kuala Sepetang iaitu
1. Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh      0165615786
2. Restoran Mee Udang Mak Jah                   058581400
3. Restoran Mee Udang Pak Hashim
4. Salleh Stall

Bagi penggemar makanan laut pula saya mencadangkan
restoran yang mempunyai pandangan laut yang cantik
1. Restoran Seafood Tepi Sungai           05 8581169
2. Restoran Sea food Xin                      016-5519384 

3. Restoran Seafood Chin Huat             012-5960186
Masyarakat setempat selalu makan di sini.

Maklumat lanjut tentang tempat-tempat tersebut boleh didapati dari link halaman Seafood

Thursday, April 12, 2012

Catatan gempa bumi 11 April 2012

4.40pm Gegaran kuat selama 5 minit dirasai oleh keluargaku di Taman Jana Setia 2, Kamunting. Semua penduduk yang terlibat gegas keluar. Kelihatan cermin tingkap dan pagar bergoyang.

5.00pm Hafizah melayari internet untuk mengetahui perkembangan gempa bumi. Ianya berlaku di laut hitam berdekatan Samutera. 8.9 skala Ritcher. Aku menelefon rakan sekerja di Kuala Sepetang untuk mengetahui keadaan di sana dan mereka juga menyatakan ada juga berlaku gegaran.

6.10pm Aku bersama Azli berkereta ke Kuala Sepetang untuk menguruskan tempahan yang telah dibuat.

6.30pm Khairul Afendi menelefon dan menasihati agar tidak turun ke laut serta memerhatikan tingkahlaku binatang seperti burung, dan haiwan ternakan.

7.00pm Jumpa En Yusof yang membuat tempahan. Beliau merupakan pelancong istimewa kerana membawa satu nota berkaitan pelancongan kelip-kelip yang dipetik dari blog ini. Jarang rasanya dapat pelancong yang membuat persediaan yang begitu rapi sepertinya, Pn. Ros dan Liyana. Kami berbual di kedai kopi dan En Yusof juga memberitahu tentang perbidalan orang Sumatera mengenai tsunami yang antaranya menyebut tentang kelaku binatang. Burung berterbangan, gajah lari ke bukit dan sebagainya.

Aku juga bergegas jumpa ketua rombongan melihat kelip-kelip kumpulan cina yang datang dengan bas. Demi keselamatan semua pakej lawatan dibatalkan.

Pihak polis Kuala Sepetang membuat pengumuman amaran tsunami dengan kereta peronda. Semestinya datang dari Taiping.

7.30pm Aku meninggalkan Kuala Sepetang bersama dengan 7 ekor ketam nipah gred A seberat sekilo RM15

10.00pm Dapat maklumat amaran tsunami ditarik balik.

Sunday, April 8, 2012

Cadangan pelantar jalan kaki (Boardwalk) Sg Sepetang, Kuala Sepetang, Taiping PERAK.


Cadangan pelantar jalan kaki (Boardwalk)
Sg Sepetang Flora dan fauna: Berembang, Bakau Minyak, Dataran Lumpur untuk memerhati burung, tanaman anak bakau dan pentas memerhati anak bulan dan bintang.
Rasional: Satu tempat persinggahan pelancong yang membuat lawatan ke Sungai Sepetang. Boleh digunakan pada waktu siang dan malam bagi tujuan penerangan dan pendidikan ekologi hutan paya laut. Mempunyai dataran lumpur yang luas dan sesuai untuk penanaman benih berembang, gedabu, perepat dan bakau kurap. Dataran lumpur menjadi kawasan mencari makan burung botak, kedidi dan persinggahan burung hijrah.

Kekuatan: 
1. Berada di tengah laluan antara Kg Dew dan Kuala Sepetang.
2. Terdapat banyak koloni kelip-kelip.
3. Kawasan dataran lumpur tempat burung-burung mencari makan.
4. Kawasan nelayan sungai menangkap udang galah.
5. Habitat buaya tembaga.
6. Bintang penuh di langit penyeri malam.

Kelemahan:
1. Jurumudi tidak berpengalaman akan kandas di dataran lumpur ketika air surut.
2. Pertambahan kolam ternakan udang akan mengganggu habitat.
3. Kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan .
4. Tidak digunakan mengikut prosedur yang betul
5. Terdedah kepada vandalisme

Peluang.
1. Bakal menjadi pusat penerangan dan pendidikan hutan paya laut.
2. Tempat menanam benih anak bakau yang baru untuk Jabatan Perhutanan.
3. Boleh diurus oleh pemain pelancongan dari Kg Dew dan Kuala Sepetang.
4. Satu SOP perlu digubal dan dipatuhi semua pihak yang terlibat.
5. Memerhati buaya satu tarikan baru (Satu-satunya di Semenanjung Malaysia)

Kekangan
1. Sikap tamak pemain pelancongan.
2. Tidak mengikut SOP.
3. Vandalisme.
4. Kos penyelenggaraan yang tinggi. (Jika dibuat dari kayu)


Thursday, April 5, 2012

F.M.S.R - Taiping - Port Weld Railway Line Kuala Sepetang Heritage Trail

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld (Kuala Sepetang adalah nama asal sebelum dinamakan semula). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesyen Taiping sebagai stesyen keretapi pertama di negara ini. 
Tujuan utama British membina landasan kereta api dari Taiping ke Port Weld ialah bagi mengangkut bijih timah yang banyak di kawasan Larut, Taiping dan Matang. Kawasan hutan paya laut yang luas pula membekalkan bahan kayu api untuk enjin jentera wap keretapi dan pam air di kawasan lombong bijih timah. Sebelum adanya landasan kereta api, bijih timah diangkut melalui Sungai Larut dan terus ke Pulau Pinang. Menerusi Pelabuhan Pulai Pinang, bijih timah akan dieksport ke Britain.
Sungai Larut tidak lagi sesuai dengan jumlah bijih timah yang banyak. Perang Larut berlaku antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San menyebabkan pengangkutan sungai Larut tidak cukup selamat. Muara Sungai Larut juga semakin cetek untuk kapal-kapal masuk dan rapat ke tepian.

Enjin yang digunakan dalam pembinaan landasan Port Weld-Taiping
PERAK (nama awal) adalah lokomotif pertama sekali diperkenalkan dalam sistem rangkaian keretapi di Tanah Melayu. Lokomotif berkuasa wap ini dibawa masuk melalui 'The Crown Agents' (Straits Settlements) , di datangkan dari England oleh pembuatnya 'Ransomes and Rapier, pada 18 May 1881 untuk Keretapi Kerajaan Negeri Perak (Perak State Railway). 


Rumah-rumah awal sekitar tebing sungai Port Weld
 Pembinaan landasan keretapi Taiping - Port Weld adalah permulaan kepadaperubahan utama yang mengubah landskap Semenanjung Tanah MelayuIa juga telah membawa kepada kemasukan pertama masyrakat keturunan Indiaterutamanya Tamil serta keturunan Sri Lanka ke Perak. (p/s: sejarah ni ada dlm Novel Interlok). Sir Frederick Weld sekali lagi berada di Taiping pada tahun 1883 bagi melihat dan memeriksa sendiri perkembagan kawasan ini. Beliau menghabiskan masa melawat landasan keretapi Port Weld, melihat perjalananpembinaan dan juga menaiki trak. Beliau juga telah melaksanakan rancanganuntuk membina talian telegraf di sepanjang jalan yang menghubungkanTaiping dengan Seberang PeraiIa hampir siap dan selepas itu kereta api disepanjang jalan yang sama akan dibina. Jika pembinaan landasan pertama ialah Port Weld, Stesen Keretapi Ipoh dicatatkan sebagai laluan keretapi penumpang pertama Malaya iaitu pada 17 Julai 1896. Keretapi ini membawa rombongan sultan Perak yang berlepas dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Conference of Chiefs of the Federated Malay States. 
 




  • Landasan dibuka pada : 1 Jun 1885
  • Pembukaan rasmi : Sir Hugh Low, Residen British Perak
  • Pembiayaan : £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
  • Status : sudah dibongkah WW II
  • Panjang landasan : 13.1 Km
* Difahamkan, setiap landasan milik KTM Berhad (KTMB) mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna, semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTMB.*
Mungkin di bawah laluan lori ini terdapat landasan lama keretapi Port Weld
Alamat lama



































Gambar dirakam pada Jun 1885 apabila landasan sepanjang 8 batu dibuka secara rasmi dari Taiping ke Port Weld.










Stesyen Simpang Stesyen / Perhentian (Halt)
TAIPING 0.0 Km - SIMPANG 4.0 Km - MATANG ROAD 8.0 Km - PORT WELD 13.1 Km. 

Kini menjadi sebuah kuil yang besar di simpang halt

Taiping Station 1885
Stesyen Port Weld

Ini saja yang tinggal

Tiada usaha memelihara nilai sejarah laluan keretapi pertama negara.


Gudang KTM pada hari ini
Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.

* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB.


Balai Polis Lama Kuala Sepetang
Gambar Daripada : KTMRFC

DRAF RANCANGAN KAWASAN KHAS MATANG KUALA SEPETANG


Sementara bagi Matang dan Kuala Sepetang pula, RKK perlu disediakan memandangkan prospek kawasan ini yang tinggi dari segi pelancongan dan kedudukannya yang signifikan dalam sejarah negara.  Kawasan ini mempunyai pelbagai aset semulajadi, sejarah dan budaya dan oleh itu amat berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan dan sumber ekonomi.  Matang sebagai bandar purba mempunyai sejarah yang berkait langsung dengan tokoh melayu Ngah Ibrahim. Kuala Sepetang dahulunya adalah Port Weld yang merupakan sebuah pelabuhan penting dan mempunyai landasan keretapi pertama di negara ini.  Di samping itu Kuala Sepetang juga mempunyai kedudukan yang sangat menarik di muara Sungai Sepetang di dalam kawasan Hutan Paya Laut Matang yang merupakan warisan semulajadi yang penting.

Prospek yang ada di kedua-dua kawasan perlu dimajukan dan isu-isu utama perlu diselesaikan melalui penyediaan RKK bagi kedua-dua kawasan berkaitan.