Showing posts with label homestay. Show all posts
Showing posts with label homestay. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Chalet Hotel Sport Fishing Teluk Bahang Penang

Hotel Chalet Sport Fishing terletak di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang. 5 km dari Batu Feringgi dan merupakan jalan mati paling utara di Pulau Pinang.  SMS @ Whatapps 012 514 5023

Berdekatan dengan Taman Negara Pulau Pinang National Park.
Mempunyai 38 bilik. Semua bilik air cond.
Bilik Standard  Twin Bed RM108 2 paxs
Bilik Superior Twin Bed RM140 3 paxs
Bilik Deluxe King Bed RM130 2 paxs

Amat sesuai sebagai penginapan keluarga dan rombongan sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.

Amat bersesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti reunion, hari keluarga dan sukan.

Kemudahan lain ialah dewan mesyuarat dan dewan makan.
Tempat untuk BBq juga disediakan.

Tetamu boleh membeli ikan segar dari jeti nelayan yang terletak bersebelahan dengan chalet.

Pertandingan memancing boleh di anjurkan dari atas jeti persatuan, jeti kayu dan jeti USM.

Aktiviti sukaneka pantai juga boleh dianjurkan untuk kumpulan anda.

Berenang di pantai berdekatan chalet dan hotel amat tidak digalakkan kerana terkesan dengan air kumbahan dari manusia.

Jika hendak berenang dan berkelah adalah dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bot ke Pantai Muka Head ataupun Monkey Beach.

Di sana terdapat perkhidmatan sukan air dan berkuda. Juga terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.




 Budak kecil pun dapat ikan.

Semangat nak memancing dan lupakan mereka yang pergi ke Penang Hill.

Ikan ini nelayan tu offer aku free saja.
Siapa yang rajin menyiang ikan semasa percutian?
 Permandangan jeti dari pantai chalet.
Pantai Monkey Beach Muka Head.
45 minit hiking dari chalet dan hotel. 10 minit dengan bot 
Aktiviti berkuda 







Monday, May 11, 2015

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan di Taiping



Let's Visit Sepetang
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
BBq 
Heritage Trail
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Fishing at floating Chalet
Fisherman village 
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Charcoal factory
Eagles
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Beautiful sunset
Cockles harvesting
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

Wednesday, May 28, 2014

Asrama Taiping.

Asrama Taiping.
Kuala Sepetang Eco Track menawarkan penginapan asrama kepada rombongan sekolah atau IPTA IPTS yang mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiping.

Sebuah bangunan penginapan 4 tingkat.
Boleh menempatkan 120 tetamu pada setiap masa.
Tingkat 1. Pengurusan dan Dewan makan.
Tingkat 2. Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 3 Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 4 Surau, bilik komputer Aircond, 4 bilik kuliah 20 orang setiap bilik. (Aircond) Satu bilik penginapan besar. (Aircond)


Terletak hanya 1km dari bandar warisan Taiping amat memudahkan aktiviti lawatan yang hendak dijalankan. Mula beroperasi tahun 2012 dan semua kemudahan dalam keadaan yang sangat baik. Kapisiti maksimum ialah 120 tetamu dan lengkap dengan prasarana untuk kemudahan dan keselesaan semua tetamu dan pengiring.
Antara kemudahan yang ditawarkan ialah
Kelas Pembelajaran, Pusat Komputer, Perpustakaan Terbuka, Surau, Bilik Kaunseling, Dormitori, Bilik Persalinan, Bilik fasilitator@pengiring, pusat dobi, dewan makan, dewan serbaguna dan kawalan keselamatan 24 jam cctv.
Tetamu Dormitori
1 Malam RM
2 Malam RM

Sekolah Rendah
20
38

Sekolah Menengah
20
38

IPTA/IPTS
25
45

Orang Awam
25
45

Homestay Seri Taiping
Mengikut kadar seperti dalam blog http://homestayseritaiping.blogspot.com/

Address: 30, Kampung Jambu,34000 TAIPING PERAK
Location: Perak - Taiping
Postcode: 34000
Price: RM 20
Type:Guest House and Homestay
Others: Air-Cond, Washing Machine, Internet
Other Terms & Conditions:
Ketua rombongan bertanggungjawab terhadap anak buahnya.
Penghuni adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan

KS Eco Track menawarkan penginapan selesa untuk semua rombongan sekolah, lawatan ke Taiping yang ingin bermalam di Taiping

Sebuah bangunan penginapan 4 tingkat.
Boleh menempatkan 120 tetamu pada setiap masa.
Tingkat 1. Pengurusan dan Dewan makan.
Tingkat 2. Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 3 Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 4 Surau, bilik komputer Aircond, 4 bilik kuliah 20 orang setiap bilik. (Aircond) Satu bilik penginapan besar. (Aircond)
Juga terbuka kepada mereka yang tidak dapat mencari homestay di Taiping atau yang datang dalam kumpulan yang ramai yang memerlukan penginapan selesa.
Tempahan mesti dibuat awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Juga menawarkan pakej seminar ataupun bengkel untuk calon UPSR, PMR dan SPM
Dua buah gelanggang futsal dan 2 gelanggang badminton. Jadi: siapa nak main bawa bola sendiri.
Pengawal keselamatan dan cctv 24 jam
Bandar Taiping 1km
Hospital 1km
Zoo Taiping, Muzium Perak, Lake Garden 2km
Bukit Larut, Air Terjun 3km
Kuala Sepetang 15 km
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang 14km
Kuala Kangsar 30km
Labu Sayong 23km
Air Panas Perubatan 15km
Sewa bilik kuliah, bilik ICT dan bilik pengiring adalah tidak termasuk dalam pakej ini.
Logo
Kuala Sepetang Eco TOURISM
Boatride, accommodation, mangrove forest,
Ads in the shop: 22
More images available
More images available

Monday, August 12, 2013

Homestay Dekat Simpang Taiping

Harap maaf dah dijual 25 April 2016
Keterangan
Sebuah rumah teres corner lot 3 bilik dengan 6 tempat tidur dan yang terletak di belakang tidak jauh dari Plaza Tol Kamunting Exit 148. Mempunyai Gazebo dan taman di kawasan rumah.
Bilik 1 Katil Queen dan aircond
Bilik 2 Katil Queen dan aircond
Bilik 3 Katil Double Decker.
Alamat
No 63, Lorong Aman 4, Taman Jebong Aman,
34700 Simpang, Taiping Perak.
Taiping, PERAK.
(Mercu Tanda: Tol Kamunting atau JPJ Taiping)
Hari Biasa Harga RM170 semalam 
Harga RM330 dua malam
Cuti Sekolah Harga RM180 semalam 
Harga RM350 dua malam
Cuti Umum Harga RM200 semalam 
Harga RM380 dua malam.
(Tambahan RM30 jika datang dengan 2 kenderaan keluarga)
Hormati Jiran dan Tertakluk kepada undang-undang Syariah dan Civil.


Berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo, Muzium, Taman Tasik, Bukit Larut
Tempat perkelahan air terjun Bukit Jana, 5km Taman Suria,
Bukit Merah dan Kuala Sepetang.
Penginapan keluarga untuk penjaga murid sekolah berasrama penuh SERATAS, MRSM, SMK Taman Tasik
(Kami mensasarkan pengunjung tinggal dua malam kerana ada kemudahan dapur yang lengkap)
Deposit RM100 ke akaun MBB 108056486884 (108-056-486-884) Khairul Salleh bin Ahmad
SMS ke 012-5145-023 Nama tetamu, tarikh penginapan, tarikh deposit dibayar dan jumlah untuk direkodkan dalam tempahan homestay.
Logo
Kuala Sepetang Eco TOURISM
Boatride, accommodation, mangrove forest,
Ads in the shop: 17
More images available
More images available

Sunday, May 19, 2013

Homestay Taman Tasik Taiping

Type:Guest House and Homestay

Homestay Taman Tasik Taiping  - ImageSebuah rumah banglo papan dalam kawasan Taman Tasik Taiping
20 katil
Berhadapan dengan Majlis Perbandaran Taiping
20m Taman Tasik
600m Zoo Taiping dan Night Safari
400m Muzium Taiping dan Penjara
100m Majlis Perbandaran Taiping
200m Bandar Taiping
1km Bukit Larut
15km Kuala Sepetang

Khairul 012 5145023

Tuesday, April 23, 2013

Perancangan kita: Perancangan lebih baik oleh-Nya



Assalamualaikum,

Baru balik dari membawa pelancong pertukaran USM-Iran dan jumpa dolfin
Saya sedang menyediakan satu bentuk sijil bagi pendaki gunung hijau dan bukit larut. Harga belum ditetapkan lagi tetapi bentuknya seperti fail dilampirkan.

Berapa lagi homestay cikgu. Saya perlu tahu segera?

Tentatif seperti permintaan cikgu pada  email Friday, 5 April 2013 10:48 AM
Sarapan sekali sahaja ke? atau nak makan sendiri di luar.

24 Mei 2013
Muzium Ngah Ibrahim Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang Kuala Sepetang
Naik bot ke perkampungan nelayan (30 minit)
Aktiviti nelayan :memancing, menangkul ketam, menyauk kerang dan mencari dolfin (jumpa pada 11 April 2013)
Makan - Nasi ayam dan air perisa buah
Bot melawat kelip-kelip (2 jam)
Taiping - Night Safari
Singgah di Mc Donald Lake Garden Taiping
Check-in Homestay

25 Mei 2013
Makan - Sarapan nasi lemak dan teh 0
Taiping - Mendaki Bukit Larut bersama Nature Tour Guide
Makan - Minum pagi jam 10am, bihun dan air kotak
Makan - Nasi tomato, ayam masak merah, jelatah, air perisa buah
Makan - Minum petang 4.00 pm, sandwich dan air minuman botol
Taiping - Kolam renang (air sungai) Kemahkotaan
Makan - BBQ ayam, sosej, 1/2 daging burger, kentang goreng dan air berkarbonat

26 Mei 2013
Taiping Heritage Trail
Kuala Sepetang - Dapur Arang Kayu Eco Challenge


Sunday, February 24, 2013

MAWADDAH RESORT, CHALET AND TRAINING VILLAGE


MAWADDAH RESORT, CHALET AND TRAINING VILLAGE
Lot  8256 dan 8257, Kg Perak, 34500 Batu Kurau, Taiping, Perak

Sebuah kem motivasi yang boleh memuatkan 160 peserta pada satu-satu masa.

Terletak di tepi jalan utama



Kawasan kem seluas 5 ekar.

Terdapat 7 Chalet untuk urusetia
Terdapat 5 Unit Asrama Dilengkapi Kipas, Bilik air dan tandas, Katil double decker. (Maksimum 110 pelajar)
Terdapat 6 Unit Chalet Rumbia. Setiap unit boleh menempatkan 4 orang dewasa atau 6/7 pelajar.

Berpengalaman menganjurkan pakej motivasi, kem kepimpinan pelajar, team building, Lawatan pendidikan ke kawasan sekitar Taiping, Zoo Taiping, Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping, Kuala Sepetang, Bukit Merah dan Kuala Kangsar. Juga Menyediakan

Perkhidmatan Penceramah / Motivator / Ustaz
(Harga pakej hanya akan dihantar kepada pihak yang ingin maklumat)
Sila SMS atau email pertanyaan ke amirulisa@yahoo.com.my
dengan maklumat 
1. Organisasi
2. Tarikh
3. Bilangan peserta

Pakej termasuk
Penginapan asrama
Makanan 6 x
Dewan
Surau
Tawaran sah kepada peserta motivasi seramai 80-160 orang
Tempahan sah setelah pihak kem menerima deposit
Pakej Aktiviti RM20 seorang: 7 aktiviti seperti gambar di bawah

Jenis Kemudahan lain yang disediakan
Chalet VIP 2 unit berkembar
RM140
Aircon dan kipas
Katil Queen,
Bilik Air
Astro
(Sesuai untuk 2 orang dewasa)





Chalet  Keluarga A 2 unit
RM170
Aircon dan kipas
2 katil queen
2 tilam tambahan
Bilik air
Astro
(Sesuai untuk 6 orang sekeluarga)






Chalet  Keluarga B 3 unit
RM150
Kipas
2 katil queen
2 tilam tambahan
Bilik air
Astro
(Sesuai untuk 6 orang sekeluarga)

Asrama 5 Unit
Dilengkapi
Kipas
Bilik air dan tandas
Katil double decker
(Maksimum 110 pelajar)







Chalet Rumbia 6 Unit M40
Setiap unit boleh menempatkan 4 orang dewasa atau 6/7 pelajar

 Dewan Sebaguna
Sistem PA
LCD
Sofa
Rostrum
Whiteboard
Mozek
Kapisiti 350 peserta serentak













Chalet VIP