GOPENG SUNGAI KAMPAR ACTIVITIES
Price per person
Whitewater Rafting RM 150.00
Waterfall Abseiling RM 100.00
Cave Exploration RM 50.00
Jungle Trekking RM 40.00
River Tubing RM 90.00
Rafflessia Flower Trekking AND Rajah Brooke Butterfly Sightseeing RM 90.00
Riverside Camp RM 78.00
KS Eco Tours Sdn Bhd Tel Khairul 012-5145023
JUGA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK AKTIVITI DI GUA TEMPURUNG
Kepada para pelancong yang ingin mengalami pengalaman sebenar berada di Perkampungan orang asli datanglah ke kampung orang asli Ulu Geroh. Gopeng Perak. Berikut ialah catatan saya bersama keluarga yang ke sana pada 15 mac lalu. Ianya merupakan satu pembelajaran luar bilik darjah baru bagi saya dan keluarga.
Keistimewaan yang ada di sini ialah bunga rafllesia dan rama-rama Rajah Brooke

Tiba di Gopeng jam 11 pagi. Gambar ini ialah palong besar paip air zaman British dahulu. Dapat dilihat dari jalan besar Pekan Gopeng

Papan tanda yang cantik dan menarik memberikan petunjuk jelas kepada para pelancong.

Terpaksa parking kereta di my Gopeng Resort dan memulakan perjalanan sejauh 8km. Latihan olahraga kata anakku Norhafizah



Cendawan hutan yang hidup subur di sisa kelapa sawit yang dijadikan baja.

Rama-raya hinggap di tangan Amirul menyebabkannya berjalan dengan perlahan supaya tidak mengejutkan rama-rama itu.
Selepas itu terbang ke tudung Ifah pula. Kemungkinan bau hangit Ifah mendorong rama-rama itu mendekatinya.

Jumpa spider gergasi. Sesiapa nak jadi spiderman boleh cuba menangkapnya

Jalan singkat ke Cameron Highland. Sila ikut kiri Kampung Ulu Kampar.

Setelah 1 jam perjalanan yang memenatkan, maka jumpa perkampungan orang asli.

Kenderaan lama Land Rover. Nampak macam boleh beroperasi lagi.

Pohon durian sedang berbuah, mungkin 40 hari lagi dapatlah hasilnya. Yang istimewanya buah-buahan di sini tidak diganggu monyet. Pisang berbuah dengan tandan yang panjang.

Pemuda Semai ini dalam perjalanan pulang selepas bekerja di

ladang kelapa sawit. Perhatikan pokok yang dipegangnya. Tongkat Ali Batin


Setelah penat berjalan dan dijanjikan dengan aktiviti renang Amirul tidak menunggu lama untuk menuntut janjinya.


Kanak-kanak orang asli yang pada mulanya memerhati dari jauh dan penuh rasa malu akhirnya tidak tahan godaan merasa kesejukkan air sungai.


Rama-rama Raja Brooke, Dewan Orang ramai, dapur memasak dan sessi bergambar seterusnya

Isteriku sedang memberikan sentuhannya pada masakan yang disediakan.
Amirul yang kelapar
an sempat memberikan post istimewanya.
Tarian sewang juga dipersembahkan. ribuan terima kasih kepada Insan, Ngah Teroq dan makcik2 sekelian atas layanan dan keramahan anda semua. Currently, there are only two
MNS
appointed orang asli Semai guide for Ulu Geroh Jungle Trekking. They
are Ngah Teroq and Bah Ihsan .
