Showing posts with label night safari taiping. Show all posts
Showing posts with label night safari taiping. Show all posts

Saturday, August 31, 2013

Cadangan Tahun Melawat Malaysia 2014: Pelancongan Taiping

Chalets
Bagi menyemarakkan lagi kemajuan dan pembangunan industri pelancongan di daerah ini.  Tambahan lagi, tahun 2014 merupakan 'Tahun Melawat Malaysia'.

Wajah gembira dapat melihat dolphin
Oleh itu, semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung dalam agenda pelancongan di daerah Larut Matang perlu saling bantu-membantu dan berusaha untuk menarik lebih ramai pengunjung ke produk masing-masing. 


Apa yang boleh MPT dan semua pemain pelancongan Taiping bantu ialah menyediakan satu risalah pelancongan terkini dalam bentuk pdf. Meminta email setiap pelancong atau kumpulan rombongan yang ingin maklumat pelancongan Taiping dan menghantar fail pdf itu kepada mereka. Dengan cara ini para pelancong akan dapat banyak maklumat pelancongan baru dan lama serta memudahkan mereka membuat pilihan lawatan, penginapan dan makanan. 
Adalah menjadi hasrat kami semua agar para pelancong dapat menghabiskan  masa yang lebih lama di Taiping iaitu sekurang-kurangnya 2 hari 1 malam.

Thursday, May 9, 2013

Convent IPOH


Assalamualaikum Cikgu Ayu, 
    
Tarikh:  13 April 2013
Masa: 8 pagi
Bil peserta:  80 murid dan 8 guru

Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
1. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
2. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
3. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
4. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)
Oleh kerana peserta datang dengan 2 bas. Saya mencadangkan agar dibuat dalam 2 kumpulan agar penerangan akan dapat diberikan dengan lebih berkesan.

Kumpulan 2
Susunan tempat lawatan dan anggaran masa
2. Lawatan menyusuri sungai menaiki bot  1 jam
1. Kuala sepetang heritage trail 1 jam
4. Pusat Eko Pelajaran Hutan paya Laut 1 jam
3. Kilang arang    30 min
5. Pakej makan Mee Banjir Udang Mak Teh 30 min
6. Muzium Ngah Ibrahim   30 min
7. Kilang labu sayung (Jamilah Kraf Nan 0175653356 Sebelah Masjid Kuning Kampung Kuala Dal. Saya telah sms beliau)

Biasanya kami menerima bayaran selepas semua aktiviti selesai dijalankan.
Diharap pihak sekolah dapat mengambil insuran perjalanan berkelompok.
Bagi minum pagi jam 10 harap pihak sekolah dapat menyediakan sekurang-kurangnya roti dan air minuman.
Fail gambar bot yang dijadual digunakan















Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan cari makan: Mee Banjir Udang Mak Teh

Sejarah:
Mee Banjir Udang Mak Teh merupakan pengasas keagungan mee udang di Kuala
Sepetang yang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Menjadi lebih terkenal lagi
apabila terbit dalam pelbagai program Majalah 3 TV3, RTM, NTV7, ASTRO dan
rencana dalam pelbagai penerbitan massa.

Sos pekat secukup rasa menjadi pelengkap kepada timbunan udang yang menutup
mee.
Terdapat dalam 3 saiz udang dengan harga antara 7-17 Ringgit Malaysia.

Rombongan yang menempah secara berkumpulan akan diberikan air berperisa
percuma.

Juga terdapat pelbagai menu lain seperti nasi goreng udang & ayam, sate dan
western food.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Kuala Sepetang semesti mencuba kelazatan
mee banjir udang mak teh.

Juga menyediakan perkhidmatan penginapan, bot untuk menjelajah hutan paya
laut, dolfin dan kelip-kelip.


Price: RM 12

Tuesday, December 4, 2012

Karnival Pelancongan Taiping


Aku menanti acara dimulakan dengan doa yang disampaikan agar festival ini memberi manfaat kepada penduduk Taiping. YDP MPT Shahrom Abdul Malek pula berjanji akan membantu pengiat-pengiat pelancongan samada individu atau kumpulan di sekitar Taiping dalam bentuk yang mampu, manakala YB Dato Hamidah Osman mengumumkan kejayaan mencapai sasaran 5 juta pelancong ke Perak 2012. Selepas perasmian sempat melawat Pusat Maklumat Pelancongan Taiping, Pengalaman Hutan Hujan Tropika dan hutan tanah pamah Malaysia dalam zoo. Cari passport pelancongan perak tetapi petugas memaklumkan bahawa passport itu belum ada lagi.

Pusat maklumat pelancongan Taiping yang menyediakan kios interaktif amat menarik lagi dan diharap pada masa hadapan akan pihak zoo akan menyediakan kios di tempat kaunter tiket kerana pengunjung biasanya berkumpul di situ sebelum membeli tiket. Pusat maklumat itu juga seharusnya mempunyai layar besar untuk slideshow dan taklimat atau apa saja dalam bentuk kuliah kepada kumpulan yang inginkan penerangan lanjut atau khusus.

Pagi ini bersama Norafifah, Norhafizah Salleh, Noraa Salleh dan Amirul pergi ke perasmian Festival Taiping yang di adakan di Pavilion Zoo Taiping. Letak kereta di parkir Casurina Inn dan berjalan kaki melalui taman permainan Bank Rakyat ( Taman Adudu, kata Amirul dipetik dari bentuk kapal angkasa dalam siri Boboyboi) Berjalan kaki dalam suasana pagi amat selesa dengan disambut oleh kicauan burung dan sekumpulan Dusky Leaf Monkey yang sedang menjamu selera dengan pucuk daun muda. Oleh kerana masih awal, ketiga anakku masuk dalam zoo dahulu.