Sunday, July 26, 2015

Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang


Pakej dan Program lawatan, penerangan dan aktiviti kepada rombongan sekolah, universiti dan swasta. Lepasan UPSR, PMR, SPM, Biology Trip.

Pakej A: Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang. 1 jam
1. Taklimat dan praktikal pokok bakau
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut
3. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang Jabatan Perhutanan Negeri Perak.
4. Mangrove forest walk 1.5km
5. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau
6. Melawat Tapak Semaian


Pakej B: Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang. 3 jam                                                 
1. Pengenalan Hutan Pusat Eko Pelajaran.  
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut.  
3. Taklimat dan praktikal pokok bakau. Dari spesis Avicennia, Soneratia, Rhizophora dan Brugeria di lokasi pokok berkenaan.
4. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang.
5. Mangrove forest walk 1.5km. Peserta boleh mengumpul spesimen yang terjatuh dari pokok. Bunga, buah bakau dan lain-lain.  
6. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau  
7. Aktiviti mencari benih bakau di kawasan Hutan Pendidikan. Kasut Wellington akan disediakan.  
8. Aktiviti menyemai benih bakau di tapak semaian  
9. Aktiviti Melawat kilang arang kayu. Peserta mempelajari bagaimana proses pembikinan arang kayu yang mengambil masa sebulan untuk siap. 10. Sijil Penyertaan dan sessi fotografi.

Pakej C: Program Kesedaran Alam (telah ditamatkan 2019)
Pakej ini merupakan penambahbaikan kepada pakej sedia ada.
Aktiviti akan ditambah dan peserta akan diberikan satu passport. Kali ini peserta boleh mengambil laluan masing masing dan pergi ke stesen yang dipilih. Di setiap stesen akan ada stesen cop dan peserta mendapat cop.
(PAKEJ PALING AWESOME) 1. Taklimat dan praktikal pokok bakau
2. Taklimat dan praktikal hutan paya laut
3. Taklimat dan praktikal pengurusan Hutan Paya Laut Matang 
4. Mangrove forest walk 1.5km

Pemberian Passport Mangrove di stesen 4 dan selepas taklimat peserta pergi mendapatkan cop
5. Pemerhatian Haiwan dan Burung di Hutan Bakau
6. Melawat Tapak Semaian
7. Aktiviti mencari dan menyemai benih bakau
8. Aktiviti Melawat kilang arang kayu
9. Sijil Penyertaan


Di Taiping Perak.
Setiap peserta dikehendaki membawa buku nota. Buku skrap lagi bagus kerana boleh kumpul sampel dan lekatkan. 
Tajuk Nota & Muka surat
1. Pusat Eko Pelajaran.
2. Hutan Paya Laut
3. Pokok bakau
4. Bakau Minyak @ Rhizophora
5. Bakau Tumu @ Bruguiera
6. Bakau Gedabu @ Sonneratia
7. Bakau Api-api @ Avicennia
8. Hutan Paya Laut Matang
9. Pengurusan Hutan Paya Laut Matang.
10. Penanaman bakau
11. Jarangan 1.
12. Jarangan 2.
13. Tebangan
14. Dari hutan ke kilang arang
15. Cara buat tanur arang
16. Masuk kayu
17. Api besar
18. Api kecil
19. Tutup api
20. Keluar arang
21. Kedai cenderahati arang

Stesen 1 Bas A muka surat 1-7. Nama guide:
Stesen 2 Bas B muka surat 8-14. Nama guide:
Stesen 3 Bas C muka surat 15-21. Nama guide:

Sila bawa baju persalinan dan peralatan membersihkan diri.

Program ini juga sesuai untuk syarikat dan badan koporat menjalankan CSR Khidmat masyarakat. Syarikat kami telah berjaya menjalankan program dengan Kerajaan Myanmar, J-Corp, Selangor Dredging, Tradewind Corporation, DBKL, PKNS, KLCC

Syarat-syarat dan caj kemudahan di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang.
1. Dilarang membuang sampah merata-rata. Sampah yang dibawa masuk perlu dibawa keluar. Tong sampah terletak di hadapan Muzium Matang.
2. Hendaklah menjaga kebersihan dan guna dengan cermat segala kemudahan yang disediakan.
3. Ganti rugi akan dituntuk terhadap apa-apa kerosakan yang berlaku pada kemudahan yang disediakan.
4. Penggunaan bahan api hendaklah dikawal bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
5. Tidak dibenarkan menebang dan memusnahkan pokok atau merosakan anak-anak pokok.
6. Keselamatan diri para peserta, harta benda adalah menjadi tanggungjawab tuan sendiri dan bukan dibawah tanggungjawab jabatan.
7. Jimatkan "Penggunaan" air dan elektrik.
8. Pastikan suis lampu/peralatan elektrik dan paip air ditutup sebelum meninggalkan chalet/ kemudahan lain yang telah digunakan.
9. Waktu masuk "check-in 2:00 petang dan waktu keluar "check-out" 12:00 tengahari.

Terima kasih Pelajar dan Pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh




Penerangan untuk aktiviti menyemai benih bakau

Aktiviti menyemai benih bakau
Treking 1.5km
Anak bakau yang dah besar

Contoh Sijil Penyertaan
Aktiviti di Kilang Arang Kayu.

Urusan pengangkutan seperti bas rombongan ETS dan KTM boleh diuruskan.
Penginapan seperti di asrama, chalet, homestay ataupun hotel.
Makanan dan minuman juga boleh ditempah melalui kami.