Assalamualaikum,
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana membenarkan adik saya berniaga di sini dan saya pula membawa rombongan untuk makan mee banjir udang.
Tujuan saya adalah untuk mempromosikan Kuala Sepetang dalam bidang eko pelancongan dan pelancongan makanan. Apabila ramai pelancong datang, maka ramai orang yang akan mendapat faedahnya.
Sebelum ini saya telah cuba untuk mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang dapat diberikan kepada pelanggan. Mulanya saya mencadangkan agar borang pesanan dijalankan agar semua hasil jualan akan dapat dikira dengan betul.
2. Menambah pekerja pada waktu puncak agar pelanggan tidak menunggu lama untuk mendapatkan pesanan mereka. Jika perkhidmatan kita cekap, pelanggan hanya mengambil masa 30 minit untuk selesai urusan pesanan, menjamu selera dan membuat bayaran. Ini bermaksud dalam sejam setiap kerusi akan diguna oleh dua orang pelanggan.
3. Melantik seorang pengurus yang kerjanya hanya memantau stok (udang, mee dll sentiasa mencukupi dengan jangkaan bilangan pelanggan) pekerja, kebersihan dan melayan pelanggan. (Suzana @Melur)
Saya percaya jika 3 perkara di atas dapat dilaksanakan Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh akan kembali mendapat keyakinan pelanggan dengan pengurusan yang cekap dan projek seterusnya dapat dirancang.
Projek Jangka Panjang (Ambil contoh KFC Simpang)
Saya ingin melihat pada tahun 2020 nanti Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh berwajah baru dengan pengubahsuai sepenuhnya.
1. Bangunan baru 2 tingkat dengan balkoni di tingkat atas yang mempunyai ruang makan yang luas.
2. Bangunan bawah tidak terlindung dan pemandu dapat melihat pelanggan sedang makan ketika melalui jalan.
3. Kawasan parking diluaskan lagi dengan tambahan sebuah jejantas yang menyambungkan dengan balkoni restoran.
4. Ruang dapur yang selesa untuk pekerja dengan pengudaraan yang betul.
5. Laluan berbumbung ke surau. Tingkat atas lelaki dan tingkat bawah untuk perempuan.
6. Tandas yang moden.
Saya dapati semua cadangan saya sebelum ini tidak diendahkan dan ini mendorong saya untuk menulis dengan niat agar Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh terus cemerlang dan legasi Mak Teh dapat diteruskan oleh anak/cucu.
Saya memohon maaf sekiranya cadangan dan ulasan saya menyinggung perasaan sesiapa, sesungguhnya semua yang saya inginkan ialah demi persahabatan yang baik dengan anda semua dan ingin kita sama-sama maju dalam bidang eko pelancongan dan pelancongan makanan.
Khairul Salleh www.kualasepetang.com