Monday, October 31, 2011

Micheal Cheng Testimonial



At the Charcoal factory
Date: 18 October 2011,
Time: 5.00 pm
Mangrove and Charcoal Tour,

Hello,
Thanks for the email, and also a great big thanks for your hospitality during our stay in Sepetang
We thoroughly enjoyed ourselves on your tour, just unfortunate about the bad weather,.
We will recommend your tour to all of our friends and will certainly revisit you whould we return.
Thanks again.
Micheal- UK


To: amirulisa@yahoo.com.my
Sent: Friday, 21 October 2011 9:51 PM
Subject:  Charcoal Kiln Visit.

Fried Mee in Salleh Stall Kuala Sepetang
Hi En Khairul

We will bring the group to Kuala Sepetang.
It is good experience to visit.

Regards
Penang

Friday, October 21, 2011

Kuala Sepetang KG DEW FIREFLIES ECO-TOURISM See 133 Trees Synchronized Lights In Nature


Kampung Dew Fireflies Eco Tourism
Pakej Lawatan
Pakej A: Kelip-kelip 12 km, 2 jam
Bermula jam 8.00 pm—10.00pm
RM** Bot Kecil max 3 penumpang (We stopped the tour for small boat for a while. 21 July 2012)
RM300 Bot Besar max 10 penumpang
Pakej B: Hutan Paya Laut dan Kelip-kelip 20 km 4 jam
Bermula jam 6.00pm + Melawat Perkampungan Nelayan
RM*** Bot Kecil max 3 penumpang (We stopped the tour for small boat for a while. 21 July 2012)
RM600 Bot Besar max 10 penumpang
Pakej C: Lawatan Dapur Arang, Aktiviti Nelayan,
Hutan Paya Laut & Kelip-kelip 20 km
Bermula jam 2.00pm + Melawat Perkampungan Nelayan
RM1000 Bot Besar max 10 orang
+ makan udang galah 1 kg + air nira nipah + minum petang
email amirulisa@yahoo.com.my
Lawat blog: http://fireflyzone.blogspot.com

Dapur Arang Eco Challenge 2011
Lawatan sendiri: Percuma
Lawatan dengan Pemandu Pelancong: RM30 max 10 pelancong
Dapur Arang Eco Challenge Terbuka kepada peserta rombongan
RM10 seorang min 10 pelancong
Rumah Bertandang RM7 Peserta disaji minuman petang, berehat, solat sementara menunggu aktiviti melihat kelip-kelip


Friday, October 14, 2011

Lawatan Majalah LIBUR, Kajian UKM, SMK Dato Haji Talib Karim, Alor Gajah, dan SMK Sri Permata PJ



Tarikh : 14 & 15 Oktober 2011
Ribuan terima kasih kepada wartawan majalah LIBUR Muhamad Shahril dan fotographer JAZ di hadapan rumah bertandang Che Yah,

Saintis UKM Dr Norela Sulaiman, En. Zabidi dan rombongan.

Guru dan murid SMK Sri Permata PJ

Guru dan murid SMK Dato Haji Talib Karim
Peserta dari SMK Sri Permata PJ
Riuh-rendah kerana baru habis PMR
Tambah power pada flash untuk gambar ini.
Posing habis di tepi sawah
Sessi penerangan sedang dijalankan
Beranikah anda memegang belut ini
Teknik penangkapan belut menggunakan bubu

Sunday, October 9, 2011

Jala Udang galah Kampung Dew, Sungai Sepetang, Taiping

Udang galah: Mata merah dan masih hidup lagi.
Tarikh: 8 Oktober 2011
Masa: 8.30 pm
Nama Pelancong: Mr Ng dari Ipoh
Pemandu bot: Chen

Mr Ng menginap di Fleminton Hotel meminta tolong saya menunjuk arah ke Kampung Dew. Sampai di Jeti, Chen siap sedia menunggu. Semasa sedang asyik memerhati kelip-kelip terjumpa deng Don yang sedang menjala udang galah di Sungai Sepetang berhampiran dengan Kampung Dew. Dia menunjukkan udang galah
Lazat: Hingga ke titisan kuah yang terakhir
yang dijalanya. Aku memesan udang galah yang dijalanya. Ketika balik semua udang itu aku ambil. Mahal juga harganya RM40 sekilo semuanya dua kilo lebih tetapi dikira 2 kg saja. Sekilo aku menjualkannya pula kepada Azizah yang telah memesan lama sebelum ini. Seronok dia dapat tengok udang galah yang masih hidup. Kena berhati-hati ketika membersihkan kepala udang kerana udang diberi makan umpan beras peram. Aku biasanya akan mengopek perisai kepala, membersikan sisa makanan dan perut kemudian memasang semula perisai tersebut seperti seolah-olah tidak membersihkan perut udang. (Teka-teki: Binatang apakah tahi di kepala? UDANG)
Aku pula menjadikan mee segera satu hidangan mahal dengan memasaknya di dalam periuk tanah dengan segala iringan sayur dan perasa yang akan menjadikan mee segera hidangan yang berharga.

Saturday, October 1, 2011

Kawasan Perkelahan Sungai Larah, Bukit Gantang

Tarikh: 1 Oktober 2011 Sabtu
Hari ini kami akan melawat Norafifah yang belajar di Sekolah Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. Pagi lagi isteriku Maria sibuk di dapur memasak sambal udang dan lauk yang lain.
Hari ini juga sekolah di depan rumah SK Taman Jana mengadakan Hari Usahawan. Peluang ini aku gunakan untuk menjual basikal Norhafizah yang lama tidak digunakan. Norhafizah sekarang menggunakan basikal BMX merah yang dimenangi dari pertandingan NILAM SK Sultan Yussuf AMD tahun 2010.
Basikal biru ini pula ialah hadiah dariku sempena Hari Anugerah SK Sultan Yussuf AMD 2009 di mana Norhafizah mendapat banyak hadiah kecemerlangan pendidikan. Dapat jual dengan harga RM 60 di mana RM 10 didermakan kepada sekolah. Dibeli oleh En. Azri Jurulatih Sukan Pulmat.
Kami sampai ke asrama SMK Raja Permaisuri Bainun jam 12 tengah hari dan terus menjamah bekalan yang dibawa. Kisahnya semua penghuni asrama makan di kantin kerana Dewan Makan disita berikutan kes keracunan makanan. Oleh kerana terlalu asyik makan hingga terlupa nak ambil gambar.

Aku telah berjanji dengan Amirul untuk berkelah di Sungai Larah, di kaki Bukit Berapit. Kalau dari tol Kuala Kangsar, ikut jalan lama menghala Utara, turun dari Bukit Berapit 1 km dari jejantas keretapi sebelah kiri. Boleh nampak dari jalan. Kawasan ini merupakan laluan sungai di bawah lebuhraya PLUS. Ada tiga tingkat air terjun di sini dan tiga tingkat lagi air terjun di seberang lebuhraya.
Dalam keadaan yang panas terik, adalah amat melegakan dapat menyejukkan diri dengan kedinginan air yang mengalir dari banjaran gunung. Hilang rasa mengantuk yang amat mencengkam semasa memandu di lebuhraya tadi.

Ketika sampai aku dapat memerhatikan rama-rama cantik yang menghisap larutan dari kawasan berpasir. Bahagian atas kepak berwarna putih tetapi bahagian bawahnya lebih menyerlah warna kuning, putih dan garis hitamnya.



Terlihat juga sarung serangga dan pepatung yang begitu jinak sekali
Memang lain suasananya memandu di lebuhraya dan jalan biasa. Jalan biasa lebih sejuk dengan pokok-pokok tinggi di kiri dan kanan jalan. Kami singgah di pekan Taiping untuk menikmati Lee Chee Kang di Bangunan Larut. Minuman ini memang menyejukkan badan dan lazat sekali.