Vortex banner

Thursday, March 6, 2008

Siakap merah Di Sungai Sepetang dari Kampung Dew


Udang galah memang merupakan penghuni tetap di sungai Kg Dew ini. Jadi jangan ketinggalan mencuba nasib anda di sini.

Nizam menggunakan teknik troling umpan udang pasar berjaya mendapat ikan pertama dianggarkan sekilogram.
Aku pula mendapat ikan sekilo ini dengan teknik bottom berumpankan ikan belanak.

Kenangan dari trip memancing siakap merah inilah yang mencetuskan idea membeli sampan sendiri seperti gambar di atas dan lunaslah hasrat untuk memancing siakap, siakap merah dan udang galah sepuas-puasnya.
Lebih mengasyikkan lagi ialah terjumpa koloni kelip-kelip yang indah dan ini terus menukar hobi memancing kepada membawa pelancong. Sekarang saya telah bertemu dengan pelancong dari serata cerok dunia dan menambahkan lagi pengetahuan dalam pengendalian pelancong dan anatomi kelip-kelip itu sendiri.
Latar belakang gambar ini ialah deretan pokok berembang yang menjadi tempat kelip-kelip mempamerkan kelipannya bagi menarik perhatian pasangan.