Sunday, September 30, 2012

Kenduri SK Desa Jasmin, Nilai Negeri Sembilan

Bas pun respect bendera
Tarikh 29 dan 30 Sept 2012
Murid 77
Guru 8
Driver 2
Homestay 7
Galeri  Sultan Azlan Shah
SK RM 1
SM RM2
Terima kasih cikgu

Mengenali Ngah Ibrahim di Muzium Matang

Muzium Matang dibina Ngah Ibrahim yang digelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan sebagai kediaman keluarganya dengan menggunakan batu-bata saja.

Apabila Ngah Ibrahim meninggal dunia pada 4 Februari 1895, kota itu diselia pentadbiran Inggeris sehingga ia dijadikan Maktab Perguruan Melayu Matang pada 1913-1922 kemudian Sekolah Melayu (1923-1941) dan Markas Tentera Jepun pada 1942 hingga 1945.
Pada 1946, ia dijadikan semula sebagai Sekolah Melayu (1946-1984) dan kini Muzium Matang.

Berkunjung ke Muzium matang, pengunjung bukan melihat muzium sebaliknya rumah lama yang masih terpelihara yang dikelilingi tembok sebagai benteng pertahanan.

Muzium Matang mempamerkan artifak berhubung kait kronologi penubuhan bangunan dan penggunaan bangunan itu sendiri bermula daripada keluarga Che Long Jaafar, Ngah Ibrahim, pemerintahan Inggeris, pendudukan Jepun, Maktab Latihan Perguruan Melayu Matang dan sekolah Melayu.

Memasuki ruang pameran di tingkat bawah, pengunjung akan disambut oleh replika gajah Long Jaafar yang bernama Si Larut.

Si Larut haiwan istimewa kerana selepas dikatakan hilang selama tiga hari, apabila ditemui, sebahagian badannya terutama kakinya dipenuhi bijih timah dan inilah permulaan era perlombongan bijih timah.

Mendaki anak tangga kayu yang masih kukuh itu, di bahagian atas pengunjung berpeluang melihat ruangan bilik tidur Ngah Ibrahim dengan katil lama yang masih seperti asal.

Pengunjung juga berpeluang melihat mahkamah yang dijadikan tempat perbicaraan pejuang Melayu yang ditahan Inggeris.

Muzium Matang dibuka setiap hari dari 9 pagi hingga 5 petang kecuali Aidilfitri dan Aidiladha. Bayaran masuk percuma.



Gaya mau ada

Pengerusi Koperasi Kilang Arang Hj Abdul Hamid

Makan tengah hari di taman mainan Kuala Kangsar
Bas menyerang Kota



Makan tengah hari di taman mainan Kuala Kangsar

Juru jual pasu sayong

Solat di Masjid Ubudiah

Solat di Masjid Ubudiah

Belajar tembak meriam di Kota Ngah Ibrahim

Wednesday, September 26, 2012

Caroline Trip

I ask them to wear a proper clothing and shoe and they come out with new shoes. Outstanding tourist. Thank you for the tips too










Aku berpendapat bahawa Ugene iaah peserta yang paling seronok sekali bagi trip ini. Lihatlah aksinya selepas aktiviti memancing. Kelihatan dia sedang menyapu kaya pada roti.

Tuesday, September 25, 2012

Jom Terokai Perak: Kuala Sepetang

Webmaster TV3
27/03/2012 00:00:00
Petaling Jaya, 10 April 2012 – Sempena menyambut Tahun Melawat Perak 2012, TV3 menampilkan sebuah program travelogue terbaru ‘Jom Terokai Perak’ dengan kerjasama kerajaan negeri Perak dan Tourism Perak. Program yang dihoskan oleh Maria Tunku Sabri ini akan membawa penonton mengembara ke setiap persegi negeri Perak Darul Ridzuan yang sememangnya kaya dengan tradisi, sejarah, pelancongan, aneka makanan, seni kebudayaan dan kraftangan.
 ‘Jom Terokai Perak’ yang akan bersiaran sebanyak 13 episod mulai 12 April ini bakal memberi idea dan menarik minat penonton untuk mengunjungi negeri Perak ataupun lebih dikenali sebagai ‘Bumi Bertuah’ kerana dikurniakan dengan pelbagai anugerah Tuhan dan tempat-tempat menarik untuk dinikmati oleh semua lapisan masyarakat. 
 Diambil sempena nama Bendahara Tun Perak yang berjaya menaikkan nama Melaka sebelum kedatangan penjajah Portugis, Negeri Perak cukup sinonim dengan keindahan 10 ikonnya iaitu Taman Negeri Royal Belum, Hutan Paya Bakau Matang, Gua Tempurung, Taman Herba Perak, Hot Spring Sungai Klah, Pulau Orang Utan, Zoo Taiping & Night Safari, Pulau Pangkor, Bandar DiRaja Kuala Kangsar dan The Limestone Wonder, Ipoh. 
Bersama hos, Maria Tunku Sabri, ‘Jom Terokai Perak’ akan mengembara dan menawarkan pengalaman manis di lokasi, antaranya, menyelami sisi kisar William Kellie Smith, seorang peneroka estet warga Scotland yang datang ke Tanah Melayu pada tahun 1890 di Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah, mendekati Hutan Hujan Khatulistiwa seterusnya mencuba sukan lasak water rafting di Sungai Kampar, saksikan keajaiban gua batu kapur yang mempunyai keluasan 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi di Gopeng, nikmati keseronokan taman tema dengan pelbagai aktiviti menarik bersama seisi keluarga seperti Adventure River, Cliff Racer, Explorebay, Jungle Wave Bay, Tambun Hot Springs, Tiger Valley dan Tube Raiders di Lost World of Tambun dan banyak lagi di Ipoh, ibu negeri Perak. 


 Kembara ‘Jom Terokai Perak’ menuju ke bandar kedua terbesar negeri Perak iaitu Taiping yang mempunyai populasi hampir 200,000 orang penduduk. Terletak di bahagian utara negeri Perak, Taiping juga merupakan destinasi tarikan pelancong yang mendapat tumpuan. Bukit Larut, dahulunya dikenali dengan nama ‘Maxwell Hill’ merupakan kawasan peranginan tanah tinggi tertua di Malaysia dan masih mengekalkan suasana kolonial dengan rumah banglo dan taman konsep Inggeris. 
 Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Ia terletak di dalam kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut. Keindahan alam semulajadi yang menawan seperti aliran anak sungai, tasik dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping. Merupakan zoo awam pertama dan tertua yang dibuka di Malaysia, zoo seluas 34 ekar ini mempamerkan lebih 180 spesis binatang. 
Masih di Taiping, perjalanan ‘Jom Terokai Perak’ diteruskan di Kuala Sepetang yang cukup popular dengan Mee Udang dan saksikan kelip kelip yang menerangi pokok berembang di Kampung Dew. Kuala Kangsar, Bandar DiRaja dan bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Penonton dapat melihat tempat-tempat menarik, contohnya, Istana Iskandariah, Masjid Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah dan banyak lagi. Di Kuala Kangsar juga penonton dapat menyaksikan industri kraftangan Labu Sayong, Keris, Tekat dan Arca Besi. 
 Menyusuri ke bahagian Barat negeri Perak, ‘Jom Terokai Perak’ akan memaparkan pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang pastinya mengkagumkan. Dalam episod pembukaan ‘Jom Terokai Perak’ ini bakal menampilkan YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor. Dahulunya, Pulau Pangkor dijadikan sebagai lokasi simpanan bijih timah dan barang dagangan lain oleh penjajah Belanda. Kesan dan peninggalannya masih boleh dilihat di Kota Belanda. Nikmati panorama indah dan suasana damai di beberapa pantai dan pulau kecil di Pulau Pangkor seperti Pantai Teluk Nipah, Pantai Pasir Bogak, Pantai Puteri Dewi, Pulau Mentangor dan Pulau Giam yang bersih untuk bermandi-manda sambil melakukan pelbagai aktiviti rekreasi serta sukan air, antaranya, snorkeling, bermain jet ski, menunggang banana bot, berkayak, menaiki kapal layar dan macam-macam lagi. Ikuti kembara Maria Tunku Sabri dalam ‘Jom Terokai Perak’ yang turut ke destinasi-destinasi tarikan lain seperti Teluk Intan, Bagan Datoh, Pasir Salak dan banyak lagi.
 Majlis Pelancaran program ‘Jom Terokai Perak’ dirasmikan oleh YAB Dato' Seri DiRaja Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Besar Perak, YB Dato’ Hamidah Osman, Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Hal Ehwal Wanita Dan Kebajikan Negeri, serta YBhg Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Media Prima Berhad.

Thursday, September 13, 2012

Pakej 3 hari 2 malam Pulau Tioman 3D 2N Package


Fullboard Package 1 Damai Resort Pulau Tioman

Twin Deluxe Chalet       2 pax     RM370/pax
Triple Deluxe Chalet      3 pax     RM360/pax
Quad Deluxe Chalet      4 pax     RM350/pax

Package include
Boat tranfer
Welcome drink
Food: 2 breakfast, lunch, diner and BBQ
Snorkeling to (Rengis Island and Marine Park)
Shopping at Tekek free duty

Program Syarikat TWC

Sunset at Kuala Sangga off Kuala Sepetang

Tarikh 4 November 2012
Masa : 2.00 pm
Bilangan peserta: 60 orang

Berikut ialah tentatif baru dan sebut harga kumpulan anda
2:00 pm  Makan nasi goreng udang @ Mee banjir udang Mak Teh / sirap 
3.00 pm Taklimat keselamatan/pelayaran ke muara sungai / mangrove 
4.00 pm Aktiviti nelayan. Setiap bot 3 pancing dan satu sauk kerang
(Pihak kami akan mengupah sampan nelayan ketam. Semua ketam milik anda) 
5.00 pm  Expedisi mencari dolphin / buat sandwish atas bot
6.00 pm Pelayaran pulang / persiapan diri / wet tissue pun memadai
7.00 pm  Makan malam sendiri di restoran seafood atau Restoran Mee Udang
8.00 pm Slide show mengenai kelip-kelip / melihat kelip-kelip 

Tarikh yang dipilih 17 Zulhijjah amat sesuai untuk memancing dan menangkul ketam.
Sesiapa yang ada pancing sendiri boleh bawa bersama
Sesiapa yang nak bawa balik ikan sila bawa cool box


Oleh kerana Syarikat puan mengambil 3 pakej sekali gus iaitu Mangrove, Fisherman & Fireflies.
Kami memberikan akan memberikan diskaun 
Bayaran makanan tidak termasuk dalam diskaun kerana saya tidak mengambil sebarang keuntungan darinya.

Lawatan ke Kilang Arang Kayu ialah sebagai tambahan dan tidak  dikenakan bayaran.

Khairul Salleh.

Tuesday, September 11, 2012

Homestay Kamunting Taiping


  

Az-Zahra Homestay, Kamunting

noraziah binti mat yusoff 23 Jul 20:28. List-ID: 16808530Manage
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Image
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Thumbnail
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Thumbnail
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Thumbnail
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Thumbnail
Az-Zahra Homestay, Kamunting  - Thumbnail
Price : RM 160
Type:-

Kemudahan : 
Master room : Katil queen, berhawa dingin, bilik air.
Bilik 2 : Katil queen & kipas
Bilik 3 & 4 : Katil Bujang & kipas

2 Bilik air, Ruang Tamu, Sofa, meja makan, Tv, Seterika, Peti Ais, Kettle, Pinggan mangkuk, Telekung, Sejadah, Extra bantal, toto dan selimut.

Keistimewaan: Parking berbumbung dan luas, berhampiran kedai makan dan kedai runcit, Berdekatan kawasan perkelahan.

Destinasi:
0.8km Kompleks Rakan Muda Kamunting
1.0km Sekolah Menengan Teknik Taiping. 
1.5KM Kawasan Perkelahan / Air Terjun Bukit Jana. 
2.0km Masjid Kemunting.
3.5km Muzium Taiping Perak 
3.8km Stesen Bas Kamunting
4.0km Zoo Taiping / Safari Night
4.1km Taman Tasik Kamunting .
4.1km SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS)
4.2km MRSM Taiping.
4.5km Pasaraya Econsave 
4.6km The Store
4.7km Bukit Larut (Maxwell Hill)
5.1km Tesco
8.3km Pasaraya Giant
18km Bukit Merah Lake Town
25km Mee Udang Kuala Sepetang
30km Bukit Merah Lake Town, Taman Tema Air, Eco Park, Pulau Orang Utan, Chairlift
40km Pusat Santuari Kuala Gula, Restoran Terapung Kuala Gula.