Friday, March 30, 2012

Passport Pelancongan Perak: Kuala Sepetang Eco Tourism


Pakej Kelip-kelip Kuala Sepetang  
Bermula jam 6.00 pm (Dua jam)
Harga: RM300 satu bot besar 10 penumpang
Percuma: Lawatan ke Perkampungan Nelayan, Melihat burung dan Melawat Hutan Paya Laut


Pakej  B Kelip-kelip Kuala Sepetang 
Bermula jam 8.00 pm (Dua jam)
Harga: RM300 satu bot besar 10 penumpang
Percuma: Lawatan ke Kilang Arang


Baru sahaja buat kertas kerja Taiping Tourist Treasure Hunt terus dapat surat untuk menyertai program di bawah. Saya akan berbincang dengan beberapa pemain pelancongan lain di Kuala Sepetang seperti Kelip-kelip, Mee Udang, Restoran makanan laut dan Kilang Arang untuk bersatu menjalankan aktiviti di Kuala Sepetang.

TAWARAN PENYERTAAN PROMOSI PELANCARAN PASPORT PELANCONGAN PERAK SEMPENA TAHUN MELAWAT PERAK 2012 DI KARNIVAL PROGRAM PELANCONGAN PELAJAR(3P) 

Adalah saya dengan segala hormatnya merujuk mengenai perkara yang tersebut di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak telah melancarkan Tahun Melawat Perak 2012 dan mensasarkan kehadiran pelancong seramai lima juta orang ke negeri ini. Sehubungan dengan itu, bagi marancakkan lagi Tahun Melawat Perak 2012, maka, Y.B Dato’ Exco Pelancongan Perak telah melahirkan Pasport Pelancongan Perak,  bertujuan mendapat gambaran dan info berkaitan Ikon Pelancongan Perak dan tempat - tempat menarik yang sesuai  untuk dikunjungi pengunjung di negeri ini.  Selain itu juga, pasport tersebut menyediakan ruangan untuk dicop oleh pihak operator ikon pelancongan setelah pemegang passport melawat tempat-tempat tersebut.
                                                                                                                                          
3.         Justeru itu, passport tersebut bakal dilancarkan secara rasminya oleh Y.B Dato Exco Pelancongan Perak semasa Majlis Perasmian Karnival Program Pelancongan Pelajar (3P) pada 7 April 2012 di Pusat Transformasi Luar Bandar, Gopeng. Oleh yang demikian,  pentadbiran ini dengan berbesar hati menjemput pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk mengambil bahagian di dalam menjayakan penggunaan passport ini dengan memberikan potongan harga  atau ‘diskaun’.  Promosi bagi potongan harga tersebut oleh pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan akan dicetak di dalam passport tersebut.

4.         Bersama - sama ini dikepilkan sesalinan contoh Passport Pelancongan Perak dan Borang Cadangan Potongan Harga atau Diskaun Premis yang ingin diberi oleh pihakY. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan, Kerjasama dari pihak Y. Bhg. Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan dalam menjayakan pelancongan di Negeri Perak didahului dengan ucapan terima kasih.
           
Sekian.

Thursday, March 29, 2012

Sungai Sepetang Stake holders to save natural environment


alt
CAP urges the Perak state government, the District and Land Office of Larut, Matang and Selama, the Department of Environment (DOE), the Department of Forestry, the Department of Wildlife and National Parks (DWNP) and the Department of Irrigation and Drainage (DID) to investigate and take immediate action to address the pollution problems in Sungai Sepetang, near Taiping.
Press Release - 7 March 2012

Outcome from Sungai Sepetang Stake holder Meeting held on 22 March 2011 at District Office is to reject all new aquaculture application with remark "Fireflies Zone". To gazetted the fireflies zone as nature park. Next meeting will include Kerian District Office.
 The problem arising from the shrimp farming project near the river here is not only destroying the mangrove forests and polluting the river but also threatens the livelihood of 100 fishermen, bird life and breeding sites of several species of firefly.  The fireflies’ population here has dwindled due to disturbance from rays of light emanating from the lamps installed in the aquaculture farms.

According to fishermen met by CAP, the problem has been ongoing for the past 15 years. Several complaints have been made to the authorities but no action was taken.

A fisherman, Yusof Ishak, 60 said that fish and prawn catch has declined and some fish species have become extinct because wastes from the shrimp ponds were discharged into the river. Among the endangered species in this river are catfish, grouper, snapper and dolphin.

 He claimed that previously when the river was not polluted, fishermen could earn more than RM70.00 per day, but now they only manage to get RM20.00 a day.

He stated that the fishermen here are worried about their fate and future as shrimp farming projects are mushrooming along Sungai Sepetang and the mangrove forests here are being destroyed. This would bring about serious environmental and socio-economic problems here.

The fishermen in Sungai Sepetang will be setting up an action committee to fight their cause and protect the environment in this area.

CAP urges a thorough investigation by the government. "We want to know whether a study on the environmental and socio-economic impacts was done before the project was approved and the status of the land and mangrove forests (about 100 hectares) involved. The findings should be revealed to the public."

Press Release - 7 March 2012

Wednesday, March 28, 2012

Kertas Kerja: Taiping Tourist Treasure Hunt 2012

Tourism Perak Sdn Bhd telah menganjurkan beberapa acara seperti memancing udang galah dan pesta Teluk Intan bagi mempromosikan VPY2012.
Saya ingin mencadangkan agar satu program sama diadakan di Taiping  bagi tujuan yang sama.

Anjuran: Tourism Perak, MPT dan semua pemain pelancongan yang disenaraikan
Tarikh: 1, 2, dan 3 Jun 2012

Acara terbuka kepada semua rakyat Malaysia melalui borang yang disiarkan dalam akhbar.
Bertujuan agar pelancong menghabiskan masa sehari atau dua di Taiping.
Jika terdapat banyak pemenang. Mereka boleh menebus hadiah pada lain-lain tarikh dalam tahun 2012. Ertinya mereka akan datang 2 kali ke Taiping.
Mempunyai kereta sendiri dan datang dalam kumpulan keluarga atau rakan-rakan 4 atau 5 orang.
Beberapa pemain pelancongan di Perak mengambil bahagian.
Contoh
1. Kilang Kopi Antong.
2. Kilang Arang Kg Dew atau Kilang Arang  Mr. Chuah Kuala Sepetang
3. Muzium Timah Matang
4. Muzium Taiping
5. Kolam Renang Kemahkotaan.
6. Kuala Sepetang Seafood Restaurant Chin Huat, Xin dan Tepi Sungai dan Restoran Mee Udang Mak Teh, Mak Jah, Pak Hashim dan Salleh Stall (Pilih satu)
7. Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang.
8. Gua Kelawar Batu Kurau.
9. Kolam Air Panas Trong
10. Taman Tasik Taiping. (Dapatkan cop di kaunter tiket Zoo)
11. Taiping Heritage Trail (Peserta mesti menunjukkan sekurang-kurangnya 10 gambar warisan di Taiping tidak termasuk Muzium Taiping)

Para peserta perlu hadir sekurang-kurangnya 7 lokasi yang dinyatakan dan akan mendapat hadiah
1. Masuk percuma ke night safari atau
2. Tengok kelip-kelip dari Kg Dew atau
3. Tengok kelip-kelip dari Kuala Sepetang

Satu surat tawaran diberi kepada para pemain pelancongan di Taiping dan satu mesyuarat akan dipengerusikan oleh Tourism Perak dan MPT sebagai tuan rumah.

Spread of words

Tarikh 27 Mac
Peter and Kelly from UK
By Spread of words

Tuesday, March 27, 2012

Mesyuarat Pihak Berkepentingan Sg Sepetang

Salam YB Dato' Hamidah dan Tuan DO Hj Harun Rawi,

Sungai Sepetang Stakeholders Meeting.
Pertama-tama dulu pihak MNS & KECAP ingin mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian pihak YB Dato' mempengerusikan mesyuarat dan pihak Tuan DO yg menjadi Tuan Rumah.

Pada hemat kami mesyuarat julung kali ini adalah amat berjaya dan memenuhi hasrat supaya semua "stakeholders" diperkasakan dan jika kawasan Zon Kelip2 (Fireflies Zone) di Sg Sepetang diukur dan diwartakan, ianya akan menjadi penentu supaya khazanah warisan alam Negeri Perak Darul Ridzwan dipelihara utk anak cucu kita.

Pihak saya sedang berbincang dgn pihak pakar GIS UTM untuk memberi "quotation" atau sebutharga utk melaksanakan kerja pengukuran & pemetaan zon penampan (riparian zone) Sg Sepetang. Apabila siap sebutharga nanti, pihak saya akan menghantar melalui e mail kepada YB dan Tuan DO.

Sekian, wassalam.

Prof Dr Maketab Mohamed
MNS President