Thursday, July 30, 2009

Air Terjun Jelai Batu Kurau Waterfall



Hanya kira-kira 15km dari Taiping. Batu Kurau sudah terkenal dengan durian bermutu di seluruh Malaysia. Kebanyakan dusun terletak di Banjaran Bintang. Sungai yang mengalir dari banjaran ini membentuk banyak kawasan perkelahan air terjun yang bersih dan tidak tercemar. Sekalipun anda datang pada hujung minggu, namun tidak ramai yang berkelah. Air yang jernih dengan bunyi hutan dan unggasnya amat menenteramkan jiwa. Jika anda minat menyelam, sila bawa peralatan snorkling pasti anda akan terpesona dengan hidupan akuatiknya. Pelbagai jenis ikan seperti seluang, tengas, tilan dan labi-labi terdapat di celah-celah batu yang deras arusnya.

Monday, July 20, 2009

Taiping Freshwater Pool

Located just at the footstep of Bukit Larut (Maxwell Hill)Taiping. Dikenali sebagai Coronation Pool atau Kolam Renang Kemahkotaan. Kolam ini telah wujud pada zaman penjajahan Inggeris lagi. Aku mula berlatih berenang di sini. Pernah juga menyertai pertandingan renang yang diadakan oleh pihak sekolah.Kini semunya telah bertukar rupa dari satu bangunan yang hampir roboh, menjadi bangunan yang begitu menarik sekali.
Perubahan ketara bentuk lanscape baru setelah siap sepenuhnya Jun 2009 lalu
Jika anda dapat bertahan lama di kolam air panas, kini cubalah bertahan kesejukan air sungai Bukit Larut di sini.
Sekarang ini pihak pengurusan sedang mengadakan promosi makanan. Tempat makan pun selesa. Bayaran masuk hanya RM2.00 sahaja.

Monday, July 13, 2009

Buaya Tembaga @ Estuarine crocodile

Buaya Tembaga merupakan spesies buaya yang terbesar dan ia boleh didapati di banyak kawasan, termasuklah Timur India, Selatan China hingga Malaysia, Filipina hingga Utara Australia dan juga Kepulauan Pasifik.


Cuba cari kesalahan bahasa pengulas dari video yang anda tonton?

Estuarine crocodile, the largest of all the crocodile species, can be found in such extensive places that range from Eastern India, Southern China through Malaysia and the Philippines to Northern Australia and the Pacific Islands. This crocodile usually inhabits river estuaries and coastal regions including mangroves and remote beaches. It feeds on various vertebrates including fish, waterbirds and various mammals.



Buaya Tembaga biasanya mendiami kawasan muara sungai, pantai yang tersorok serta kawasan paya. Makanannya terdiri daripada haiwan-haiwan lain termasuklah ikan, burung dan pelbagai mamalia.

Kata orang di mana ada udang, di situ ada buaya. Memang bertepatan sekali. Reptilia yang pandai menyembunyikan diri ini akhirnya menemui jalan buntu. Kisah buaya yang terperangkap dalam pukat nelayan ini terjadi pada 20 Jun 2009. Pak Alamat (Mohamad) dan anaknya Amin hanya menaiki sampan kecil ketika berdepan dengan raksasa 120 kg ini.

Cuba bayangkan rontaan dan gelora yang dihadapi oleh dua beranak ini ketika berdepan dengannya dan sampan mereka yang sama panjang dengan buaya ini. Hasil dari pengalaman dan ilmu yang diwarisi oleh orang tuanya, Pak Alamat berjaya menewaskannya.

Menurut ceritanya Pak Alamat akan memindahkan buaya ini ke satu kawasan yang tidak mengganggu aktiviti nelayan.

Pada hari ini, terdapat beratus-ratus spesies reptilia di Malaysia; antara kumpulan terbesar adalah buaya, penyu, ular, cicak dan katak. Semua reptilia adalah berdarah sejuk, oleh itu mereka memanaskan badan dengan berjemur di bawah cahaya matahari. Tubuh reptilia dilitupi sisik yang tajam.

Ada reptilia yang bertelur dan ada yang melahirkan anak mereka. Semua reptilia mempunyai tulang belakang. Mereka biasanya bergerak di atas permukaan tanah. Kebanyakan reptilia berkaki empat kecuali ular dan beberapa jenis cicak. Saiz haiwan reptilia berbeza, dari katak yang lebih kecil daripada saiz ibu jari manusia hingga ke buaya yang panjangnya boleh mencapai beberapa meter.

Spesies ini juga mempunyai kebolehan yang mengkagumkan seperti meluncur dari pokok ke pokok atau dari pokok ke tanah.