Monday, January 28, 2013

UiTM Pusat Asasi: Program Mentor Menti R3 dan R4

Dapat cendera hati
MELAWAT GUA TEMPURUNG
MAKAN TENGAH HARI
LAWATAN KE HUTAN ECO PENDIDIKAN KUALA SEPETANG  KILANG ARANG
NITE SAFARI              
CHALET KUALA SEPETANG      
BBQ                    
SARAPAN
MEE BANJIR UDANG MAT TEH
BUKIT MERAH WATER PARK
PAKEJ BERNILAI RM100 SEORANG TERMASUK MAKAN

Saturday, January 26, 2013

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan


Let's Visit Sepetang
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
BBq 
Heritage Trail
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Fishing at floating Chalet
Fisherman village 
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Charcoal factory
Eagles
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Beautiful sunset
Cockles harvesting
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

Tuesday, January 15, 2013

Selamat Datang UiTM Puncak Alam


TENTATIF PROGRAM
Hari Jumaat /2013)
3.00 Berkumpul dan bertolak ke Perak
5.30 Tiba di Kuala Sepetang
Solat
Minum Petang
6.00 Riadah Taman Tasik
7.30 Check in Asrama Rakan Kamunting
9.00 Zoo Taiping Night Safari
11.00 BBQ (Saya pilih pakej RM12 tapi bole request untuk menukar daging burger kepada jagung dan tambahan ikan bakar, oleh itu bajet saya RM15 seorang)

Hari Sabtu (2013)
7.30 Sarapan Pagi (Nasi Lemak+ The O)
8.30 Kuala Sepetang Eco Tour
Minum pagi (bihun+air kotak)
12.00 Gua Tempurung Grand Tour
Makan Tengahari (nasi Ayam+air)
3.00 Persalinan dan Solat
4.30 Minum Petang
5.00 Bertolak pulang ke UiTM Puncak Alam.
7.30 Tiba di UiTM Puncak Alam

Saturday, January 12, 2013

Penginapan Asrama Taiping

20 unit Bilik berdua RM30 seorang

Menawarkan penginapan di Asrama Taiping dengan kadar RM20 seorang untuk satu  malam. Terbuka kepada semua sekolah, IPTA / IPTS, serta sebarang pertubuhan atau organisasi yang ingin mengadakan lawatan ke Taiping Bandar Warisan. Bagi memastikan tempat, sila buat tempahan seawal yang boleh.
(Hanya 5km ke Bandar Taiping)
Kemudahan yang disediakan ialah
BLOK ASRAMA LELAKI
4 unit Asrama  8 orang      32 orang
2 unit Asrama 10 orang     20 orang
10 unit Bilik Berdua          20 orang (RM30)
BLOK ASRAMA PEREMPUAN
4 unit Asrama  8 orang      32 orang
2 unit Asrama 10 orang     20 orang
10 unit Bilik Berdua          20 orang (RM30)
Asrama Berhawa Dingin
Sila pasang cadar dan sarung bantal sendiri ye.....
Setiap penghuni akan dibekalkan cadar dan sarung bantal sahaja. Pasang sendiri.  Perlu dikembalikan semasa check out.
Jangan simpan barang berharga di dalam asrama.
Bilik air di luar asrama.

Kemudahan lain yang disediakan ialah
Bilik Mesyuarat
Bilik Kuliah
Bilik Komputer
Gelanggang sukan
Kafeteria

Asrama 8 orang
Tertakluk kepada tempahan awal dan kekosongan.
 4°53'53"N   100°44'4"E
  • Alamat: Jalan Bukit Jana, 34600, Kamunting, Perak
  • Kamunting
Kuliah









Aktiviti

Asrama 10 orang








Surau dan Ruang makan






Wednesday, January 9, 2013

“Aspire Never Tire”

Motto: To meet customer interests
Assalamualaikum Cikgu Fadzlah,

SMK(P) JALAN IPOHSekolah ini terletak di Batu 3 ½ Jalan Ipoh.
Kawasan sekolah terdiri daripada 9 buah blok yang dinamakan dengan nama bunga.
Moto yang digunakan adalah seperti tertera pada lencana sekolah iaitu “ Usaha Tanpa Jemu” atau “Aspire Never Tire” memandangkan sebelum ini sekolah ini merupakan sekolah aliran Inggeris ( sebelum tahun 1980).

VISI
Warga bersahsiah terpuji teras kecemerlangan.

MISI
Membangun potensi individu melalui program pendidikan yang berkualiti dan berkesan.
______________________________________________________________________

Tentatif program yang dibawah kelolaan kami ialah

19/4/2013
8.00 pm    Makan Malam
9.00 pm    Tiket Night Safari

20/4/2013
7.00 am    Sarapan
8.00 am    Mendaki Bukit Larut/jeep/trailer
12.00 th    Makan tengah hari di Bukit Larut
7.00 pm    Makan Malam
10.00 pm  Kudapan

21/4/2013
7.00 am    Sarapan
8.30 am    Dapur Arang Kayu Eco Challenge
12.00th     Mandi/salin pakaian dan makan tengah hari di RR Bukit Gantang

Post Mortem Kem Perdana 2013
1. Aktiviti mendaki sepatutnya dijalankan pada hari pertama sejurus tiba di Taiping.
2. Penginapan malam pertama di Bukit Larut.
3. Esoknya turun bukit dan berehat di penginapan kedua.
4. Malam ke Night Safari
5. Hari Ke tiga ke Dapur Arang Kayu.

 Khairul Salleh bin Ahmad.
Pengarah,
Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.




Saturday, January 5, 2013

Telaga Air Panas Perubatan Bt 9 Trong Hot Spring, Taiping Perak


Telaga Air Panas Trong  

Samsudin Hj. Ahmad

05-8553990
Kolam Air Panas,
Batu 9, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering,
Perak.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Air Panas, Batu 9, Trong 34800, Changkat JeringTaiping ini seluas 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk.

ARKIB : 27/08/2008

Telaga Air Panas Perubatan



SAMSUDIN (kiri) mengambil air panas dari salah sebuah kolam di situ untuk diberikan kepada pengunjung.


TAIPING 26 Ogos - Walaupun tidak terkenal seperti 48 kolam air panas lain di negara ini, namun Telaga Air Panas Perubatan (TAPP) di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering di sini terbukti setanding dengan kolam air panas sedia ada.
Malahan, boleh dikatakan telaga tersebut mungkin lebih baik dan menarik jika dibandingkan dengan beberapa kolam air panas lain berikutan pelbagai kemudahan disediakan termasuk landskap indah yang penuh warna-warni.
Antara kolam air panas yang popular di Malaysia ialah Wet World Pedas, Negeri Sembilan; Kampung Air Hangat, Langkawi; Resort Air Panas, Kampung Yok Lin, Ipoh; Kuala Woh, Tapah, Perak; Air Panas Parit Gerisik, Johor; Air Panas Setapak dan Gombak di Selangor dan Air Panas Poring di Sabah.
Apa yang menakjubkan pengunjung, air di tiga buah kolam di sini dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit berjangkit.
Tidak hairanlah sekiranya kolam air panas itu dinamakan TAPP sejajar dengan fungsi dan kelebihannya mengubati pelbagai penyakit.
Mengikut catatan sejarah, kolam air panas itu telah wujud sejak 100 tahun lalu dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bagaimanapun, ia hanya dimajukan untuk menerima kunjungan ramai secara komersial pada Januari 2002 lalu oleh salah seorang ahli keluarga generasi keempat; Samsudin Ahmad, 63.
Sebelum itu, kolam air panas berkenaan dijaga oleh Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua) dan Ahmad Mydin (generasi ketiga).
Samsudin berkata, beliau telah membelanjakan kira-kira RM6,000 pada peringkat awal untuk memajukan kolam air panas berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini jumlah itu meningkat lebih RM140,000, sebahagian besarnya dari wang persaraan beliau ketika berkhidmat di salah sebuah bank di Ipoh, Perak.
"Masih banyak lagi keperluan dan kemudahan asas yang harus disediakan untuk keselesaan pengunjung.
"Insya-Allah semuanya dapat disediakan secara berperingkat dan bergantung kepada sumber kewangan yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Katanya, buat masa ini, beliau baru menyiapkan lima bilik mandi tertutup untuk kegunaan pengunjung berendam dalam takungan yang disalirkan air panas dari kolam sedia ada.
Beliau berkata, apa yang menarik, tiga kolam di situ mengandungi air panas yang berlainan tahap suhunya.
Samsudin berkata, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa.
''Bagi kemudahan pelanggan saya juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita.
''Pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan resdung, mandi luluh dan mandi herba dengan bayaran yang berpatutan,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin berkunjung ke situ boleh menghubunginya dengan menelefon 012-5040196 atau 05-8553990 atau terus sahaja ke Batu 9, Jalan Trong, 34850 Cahangkat Jering, Taiping.
Katanya, TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm#ixzz2H4cKE3SJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 












Aktiviti sauk kerang Kuala Sepetang

 
Keluarga Pn Fauziah dari KL dan Puan Khoo dari Penang
Aktiviti nelayan iaitu menyauk kerang dan memancing amat menggembirakan si kanak-kanak.

Puan Fauziah bertanya samada perlu memakai pakaian basah untuk aktiviti menyauk kerang kerana katanya semasa di Terengganu dulu mereka mengagau kerang.

Di Kuala Sepetang lebih mudah dan sesiapa saja boleh merasai bertapa mudahnya untuk mendapatkan kerang.

Dengan hanya menggunakan penyauk ikan saja dan sauklah dipermukaan lumpur anda akan dapat merasai ketetukan kecil kerang yang berlanggar dengan bingkai sauk.



Tuesday, January 1, 2013

Lawatan dari Penang

   
Encik Khairul,
Setelah berbincang dengan cikgu sekolah  semalam, mereka mencadangkan agar kami terus ke Kuala Sepetang setelah check-out dari hotel kerana cuaca terik terutamanya pada pukul 2.00 - 5.00 petang. Ini bermakna, dari bandar Taiping, kami akan tiba di Kuala Sepetang pada pukul 8.45 pagi.
Hari Ketiga 27/2/2013
8.00 pagi           Check-out dari hotel.
9.00 - 12.00 tgh  Program Lawatan Kuala Sepetang
12.00 - 12.30 tgh Pusat Eko Pelajaran
12.30 -  1.00 tgh  Makan tgh
1.00 - 1.30 ptg Kilang arang
2.00 - 3.00 ptg Muzium Perak                   
5.30 ptg Dijangka tiba di SMJK Union.
Cikgu-cikgu yang lain juga mencadangkan lawatan ke Bukit Larut pada hari ketiga dibatalkan kerana program selama 3 hari sudah terlalu padat.
Sekiranya, Encik Khairul boleh menyusun program pada waktu pagi, maka bolehlah saya cetak program untuk diedarkan kepada pelajar pada hari Sabtu ini. 
Sekian, terima kasih.

Paparan Statistik Blog pada 1 Januari 2013

Paparan halaman hari ini
31
Paparan halaman semalam
260
Paparan halaman bulan lepas
8,670
Sejarah paparan halaman sepanjang masa
90,635
Dari hanya 25,000 hits pada awal tahun 2012 kini
90,635