Bukit Larut (Maxwell Hill) Taiping Perak.
Sudah lama aku tidak mendaki Bukit Larut ini. Aku bersama Amirul (8 tahun) mengambil kesempatan cuti sekolah untuk melihat apa yang ada. Setibanya di tempat parking sudah ada tetamu yang menyambut. Sekumpulan Dusky Leaf Monkey (lotong mata putih) sedang melintas jalan dengan menggunakan talian kabel letrik. Kesemuanya lebih kurang 12 ekor dan digambar ini ialah lotong yang terakhir, mungkin ketua kumpulan, menyeberang dengan begitu lancar sekali. Pendakian hingga ke pondok rehat yang pertama sahaja. Lihatlah gambar-gambar yang sempat dirakam semasa perjalanan pergi dan balik. Juga terlihat si lotong bersama anaknya yang berwarna kuning keemasan. Kamera digital saya tidak dapat merakam gambar yang jauh.
Amirul bergolek turun bukit Dusky leaf monkey dan anaknya
Banyak pokok tua dan bernilai tinggi
Pacuan 4 roda untuk ke puncak bukit
Kaki Bukit Larut