Sunday, March 31, 2013
Jom Berlakon Bersama TV Hijrah
28 Mac 2013
Per: Amirul
Pengarah Kuala Sepetang Eco Track Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir, Kamunting Baru Tambahan, 34600 KAMUNTING, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
PER: PROGRAM ‘DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA’ TERBITAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TV AL-HIJRAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan menerbitkan sebuah program kembara untuk musim kedua yang memfokuskan kepada “eco-tourism, adventure & nature” sebagai destinasi utama dengan meneroka ke destinasi-destinasi hijau, menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan dan kecintaan kepada alam.
3. Di samping itu ia turut memaparkan tempat-tempat pelancongan bercirikan Islam seperti masjid-masjid dan juga monumen-monumen sejarah berkaitan Islam. Program ini juga tidak ketinggalan memaparkan tempat-tempat makan yang terkenal, unik dan lazat yang boleh dijadikan panduan kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.
4. Untuk makluman Tuan, destinasi yang dicadangkan di Perak adalah menikmati pengalaman percutian keluarga . Sehubungan dengan ini, pihak TV Al-Hijrah memohon kerjasama dan tajaan daripada pihak Kuala Sepetang Eco Track yang merangkumi pemandu pelancong, serta aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat penggambaran adalah seperti berikut:
Tarikh Penggambaran : 11 Mei 2013 ( Sabtu )
Bilangan Krew : 10 Orang (Krew + Host + Artis Jemputan )
Aktiviti : ‘Mangrove Cruise’ , Sauk Kerang dan lain-lain aktiviti
5. Sebagai pulangan pihak kami akan memberi promosi kepada Kuala Sepetang Eco Track seperti berikut :
1. Temuramah dengan wakil penaja
2. Establish visual/ skrip tentang hotel / pakej di dalam program
3. Host mention
4. Paparan Logo di akhir rancangan
6. Pihak kami amat berharap mendapat sokongan tajaan daripada pihak tuan dalam melancarkan perjalanan penggambaran ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Farah (Penolong Penerbit) di talian 014-230**** dan email farah@tvalhijrah.com
7. Di lampirkan bersama merupakan jadual aktiviti di Kuala Sepetang. Di atas segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
TV AL-HIJRAH
………………………………….
NOOR HARLIDA ABU BAKAR
Penerbit Kanan
019-258****
Jadual Aktiviti Kuala Sepetang
10.00 pagi Check out hotel
11.00 pagi Melawat hutan pendidikan
12.00 th Makan Tengahari di Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh
1.00 pm Rehat di surau Jabatan Hutan
3.00 pm Melawat Kilang Arang Chuah
4.30 pm Rehat di masjid Kuala Sepetang
5.00 pm Aktiviti menangkul ketam, menyauk kerang, memancing, memberi helang makan, memerhati burung dan lain-lain.
7.00 pm Aktiviti Tamat
Saturday, March 30, 2013
Kelebihan Melancong Dalam Negara
Orang asli pun dapat menambah pendapatan |
Kemesraan dan budaya masyarakat |
Melancong dalam negara secara tidak langsung kita dapat menyekat pengaliran wang keluar negara. Ini sudah tentu akan meningkat dan menyuburkan ekonomi negara. Lebih-lebih lagi dalam kelembapan ekonomi yang sedang melanda sekarang.
Kita juga akan dapat mengenali budaya rakyat negara kita dengan lebih dekat lagi. Contohnya, bagi mereka yang tinggal di Sabah atau Sarawak bolehlah mereka melancong ke negeri-negeri di semenanjung manakala oarang semenanjung pula sebaliknya. Dengan hal yang demikian akan wujudlah perpaduan nasional yang kita harap-harapkan.
Pelancong dapat mempelajari budaya kita |
Wednesday, March 27, 2013
Family Package: 4 hari 3 malam
Keluarga En R sedang memberi ikan arowana makan cengkerik |
Pastikan aktiviti melancong dijalankan pada separuh hari sahaja bagi membolehkan anak-anak kecil memperolehi rehat yang secukupnya.
Program lawatan
Hari Pertama:
Check in Taiping Golf Resort, mandi sungai di Burmese pool, makan di Kuey Tiaw Doli, Night Safari.
Hari Kedua :
8.00 am Naik Jeep ke Bukit Larut, (dibatalkan kerana anak-anak amat kepenatan. Mereka menghabiskan masa pagi hari itu dengan mandi kolam renang)
Petang: Check in Sepetanginn, Mee Udang, Hutan Pendidikan, Kilang Arang,
Rehat di hotel:
5.00pm Fisherman activities
8.00pm Fireflies trip
Hari Ketiga:
10.00 am Lawatan ke Muzium Matang,
Lawatan Sawah Padi, Lawatan Ternakan Arowana Bukit Merah,
Check in: Suria Apartment
Petang: Riang Ria Taman Tema (Waterpark, EcoPark)
Friday, March 22, 2013
Tuesday, March 19, 2013
Kuala Sepetang and Taman Tasik Taiping Photo shoot 7 September 2013
Taiping Lake Garden Tame Birds and Animals Easy To Photograph
Kuala Sepetang and Taman Tasik Taiping Photo shoot 7 September 2013
Day 1
2.00-4.00pm Check in Sepetanginn, KUALA SEPETANG
5.00-10.00pm Mangrove Park & Charcoal Factory, fisherman village & Fireflies Trip KUALA SEPETANG (Micro photography: 3 species)
11.00 pm Mee Banjir Udang
Day 2
8.00-10.00am Birds Race: Lake Garden TAIPING
Farewell
RM100 per head
Pagi ini jogging di Jalan Kedamaian Taman Tasik Taiping, sekalipun begitu ramai orang yang sedang jogging, gerai jualan, muzik aerobic tapi hidupan liar tidak terkesan langsung. Sangat sesuai untuk sessi fotografi dengan pencahayaan pagi yang lembut dan terang. — with Rashana Az Zahra and Mohd Azmi at Taiping Lake Garden. (5 photos) — with Lim Kim Chye and 8 others.
Thursday, March 14, 2013
Program Lawatan 4 hari 3 malam Taiping Bandar Warisan
Program Lawatan 4 hari 3 malam Taiping Bandar Warisan, Kuala Sepetang & Bukit Merah
19-21 Mac 2013
Penginapan:
Taiping Resort (malam pertama) 2 bilik standard
Sepetanginn (malam kedua) 2 bilik standard
Suria Apartment Bukit Merah (malam ketiga) 1 apartment 2 bilik
Program lawatan
Hari Pertama:
Check in Taiping Golf Resort, mandi sungai di Burmese pool, makan di Kuey Tiaw Doli, Night Safari.
Hari Kedua : 8.00 am Naik Jeep ke Bukit Larut,
Petang: Check in Sepetanginn, Mee Udang, Hutan Pendidikan, Kilang Arang,
Rehat di hotel:
5.00pm Fisherman activities
8.00pm Fireflies trip
Hari Ketiga:
10.00 am Lawatan ke Muzium Matang,
Lawatan Sawah Padi, Lawatan Ternakan Arowana Bukit Merah,
Check in: Suria Apartment
Petang: Riang Ria Taman Tema (Waterpark, EcoPark)
Pakej aktiviti dan makanan yang dinyatakan di atas
Friday, March 8, 2013
Pakej Lawatan ke Perak 2013
Penginapan, tiket jeep, bot dan (waterpark RM28 hanya hingga 31 Mac 2013)
(Penginapan telah ditempah dan perlu deposit RM200)
Juga termasuk bayaran tour guide dan perkhidmatan.
Muzium Perak percuma jika pakai uniform sekolah.
Saya akan dapatkan maklumat jika boleh pakai t-shirt sekolah.
Pihak kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan sijil dan cenderahati dari Tourism Perak. Surat pemohonan sijil akan kami hantar setelah mendapat pengesahan.
Setiap aktiviti dimulai dengan taklimat keselamatan.
Sila dapatkan insurans perjalanan berkelompok
Beberapa surat rasmi memerlukan letterhead dan t/tangan Pengetua. Surat kami akan draf.
Disiplin murid adalah tanggungjawab guru tetapi kami akan membantu.
Jaket keselamatan adalah satu kemestian. WAJIB PAKAI
Khairul Salleh 012-5145 023
Pengarah,
Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir,
Kamunting Baru Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul Ridzuan.
Friday, March 1, 2013
Persatuan Pelancongan Kuala Sepetang
Ahli:
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang
Restoran Makanan Laut Kuala Sepetang
Restoran Mee Udang Kuala Sepetang
Kilang Arang Kayu Kuala Sepetang
Pengusaha-penguasa bot pelancongan Kuala Sepetang
Penginapan Sepetang Inn, Kuala Sepetang
Matlamat:
1.
Memajukan industri pelancongan di Kuala Sepetang,
Taiping, Perak & Malaysia.
2.
Mewujudkan rangkaian pelancongan yang saling bekerjasama.
3.
Menyediakan perkhidmatan terbaik untuk Tahun
Melawat Malaysia 2014.
Subscribe to:
Posts (Atom)