Vortex banner

DayTour



DAY TOUR 1. Kuala Sepetang Mangrove Tour Coordinates 4°50'5"N   100°37'37"E

Mangrove Tour, Diner and Fireflies Package  
Price
- 1-5 pax  RM650 
- 6-10 pax RM130 per pax
- 11 and above RM120 per extra pax
- Tourist guide fee RM150
My Card Holder
- 1-5 pax  RM500
- 6-10 pax RM100 per pax
- 11 and above RM95 per extra pax
- Tourist guide fee RM200  
Meeting place : In front of Kuala Sepetang Police Station or
4.00 pm Tour to the fisherman village. Guest will know about their houses, boats and their way of life. Stop over a fish farm to feed fish, puffer fish, horse shoe crab and archer fish.
Birds watching and Eagle Sighting 
5.00 pm Tour to the mangrove forest. Guest will know about their special adoption to the salty water and mud. 
On how they protect the coast line and their economic value. Birds, dolphins (on luck), eagles
6.00 pm Diner at Kuala Sepetang Xin Seafood Restaurant @ Tepi Sungai Seafood Restaurant own expenses
7.30 pm Slide show about fireflies.
8.00 pm Enjoy the fascinating fireflies display.
9.00 pm  End of trip.
Kuala Sepetang River Cruise
Fun activities for children
Attacking Pirate Village of Kuala Sangga










 






DAY TOUR 2.  Kuala Sepetang Mangrove Tour and Fisherman Activities 
Price
- 1-5 pax  RM1000
- 6-10 pax RM200 per pax
- 11 and above RM180 per extra pax
- Tourist guide fee RM200

My Card Holder
- 1-5 pax  RM700
- 6-10 pax RM130 per pax
- 11 and above RM120 per extra pax
- Tourist guide fee RM250   
This is the most attractive package among children and it design to educate and experience the living of the fisherman.
Meeting place : In front of Kuala Sepetang Police Station or
2.00 pm   Meet up at hotel lobby.
3.00 pm Visit to the Charcoal Factory 
4.00 pm Tour to the fisherman village. Guest will know about their houses, boats and their way of life.
Stop over a fish farm to feed fish, puffer fish, horse shoe crab and archer fish.
Birds watching and Eagle Sighting 
4.30 pm Visiting Fish Farm. Tilapia, Horse Shoe Crab, Puffer Fish, Archer fish. Set up crab net at the fish farm.
6.00 pm Fishing
Tour to the mangrove forest. Guest will know about their special adoption to the salty water and mud. 
On how they protect the coast line and their economic value. Birds, dolphins (on luck), eagles
Crab net check
7.00 pm Diner at Kuala Sepetang Xin Seafood Restaurant @ Tepi Sungai Seafood Restaurant own expenses
8.30 pm Slide show about fireflies.
9.00 pm Enjoy the fascinating fireflies display.
10.00 pm  End of trip.













2 Days 1 Night 

Matang Mangroves Forest Reserves Package.
Mangrove chalet
1.5km boardwalk and chalets













Inclusive of 1 Night stay at wooden chalet in the forest reserves.
Guided activities with nature tourist guide.
River cruise, fireflies sighting,  seafood dinner, birds watching, charcoal factory, breakfast at local stall and ride a bicycle to fisherman town.
1 pax RM1000 per chalet
2 paxs RM900 per person, 1 chalet
3 paxs RM800 per person, 2 chalets
4 paxs RM700 per person. 2 chalets

Pakej Lawatan Sehari Ke Taiping Bandar Warisan


1. Berjalan santai di Taman Tasik Taiping. (7.00am Anda akan berjalan di laluan seperti gambar di atas ketika embun masih membasahi rumput dan cahaya mentari terbit di celah bukit dan rimbunan pohon. Ketika ini juga warga Taiping mula melakukan aktiviti senaman. Anda mungkin terjumpa kumpulan Taichi, Tarian Pedang dan pemuda berbasikal fixie)
2. Zoo Taiping 1300 binatang di dalamnya.
3. Kaki Bukit Larut dan Kolam Renang Kemahkotaan.
4. Muzium Taiping.
5. Taiping Heritage Trail.
6. Kilang Arang Kg Dew.
7. Muzium Matang Kota Ngah Ibrahim.
8. Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang.
9. Mee Udang Kuala Sepetang
10. Perkampungan Nelayan dan Stesen Kereta api Kuala Sepetang.
11. Kelip-kelip.

Terbuka kepada semua rombongan bas sekolah yang menganjurkan lawatan ke Taiping.
RM** seorang termasuk bayaran masuk, makan tengah hari dan mee udang Kuala Sepetang.
Terbuka kepada rombongan satu bas sahaja.
Pakaian yang paling sesuai ialah track bottom, TShirt dan topi. Beg galas dan keperluan peribadi.
Hujung minggu dan cuti sekolah sahaja.
Kami juga menawarkan penginapan dormitori.
Juga rombongan IPTA/IPTS, Badan Kerajaan dan Swasta dengan harga serta aktiviti yang boleh dirunding.
(Harga tertakluk kepada pakej yang dipilih)


           







Tarikh : 25 Jun 2011
Sebagai penduduk tetap Taiping, Kuala Sepetang adalah sesuatu yang biasa bagiku, Entah sudah berapa puluh kali aku ke sini. Kebiasaannya untuk bersiar-siar sambil makan mee udang yang sudah tersohor di Malaysia. Hutan Pendidikan Paya Laut juga jadi tempat rekreasi sekeluarga.
Namun pada hari ini sesuatu yang berlainan telah ku lalui. Aku letak kereta di Salleh Stall dan berjalan kaki di sepanjang pinggir sungai. Perjalanan sejauh lebih kurang 1 km itu sebenarnya memberi gambaran lang lebih jelas tentang perkampungan nelayan di sini.
Aku terjumpa papan tanda KTM
stesen pertama di Malaysia. Dari keterangan landasan ini diguna untuk membawa hasil biji timah ke British

Kebanyakkan penduduk di sini melakukan kerja di atas lantai sahaja. Pakcik ini sedang menyiang 3 ekor ikan sembilang. Dari pemerhatian saya dia memang mahir dengan pekerjaannya itu. Setiap potongan yang dibuat begitu tepat dan jitu sekali.


Pelantar ini menarik perhatianku kerana ianya begitu senang untuk dinaiki. Para pelancong yang ingin naik bot dapat melakukannya dengan mudah melalui jeti ini.
Tempat seterusnyayang aku tuju ialah Restoran Seafood Xin, restoran ini baru saja menambah ruang makan yang dapat memuatkan lebih ramai pengunjung. Dari anjung restoran ini kelihatan bot pukat sorong untuk menangkap udang (Kelihatan dua buluh panjang dan di hujungnya diikat dengan pelampung hijau)

Ketam Nyok ini akan bertukar kemerahan apabila siap dimasak nanti.

Restoran Tepi Sungai yang terletak di muara sungai menampakkan permandangan yang begitu indah sekali. Kelihatan bot-bot nelayan mudik bagi turun ke laut. Permandangan waktu senja begitu indah sekali. Restoran yang terletak di tingkat atas ini amat sesuai untuk peminat fotografi untuk mendapatkan shot sunset terbaik.

Aku terdorong ke sini setelah melihat begirtu ramai orang melalui satu lorong sempit. Rupanya ini laluan untuk menyeberang ke kampung seberang.

Seorang pakcik mengemudi sampan kayu dengan enjin 4 kuasa kuda. Dia memang mahir sekali membawa bot penambangnya. Malah pelanggannya juga mahir mengimbangkan diri semasa perjalanan. Mereka berdiri sahaja ketika bot itu bergerak menyeberang sungai.

Apa yang menarik perhatian aku selepas berbual dengan seorang yang sedang menunggu giliran menyeberang ialah bayaran yang dikenakan ialah 10 sen. Duit tambang itu hanya dilontar ke atas lantai sampan. Nampak kurang sopan tetapi keiklasan penumpang memberi tambang lebih tentu akan dapat menambah pendapatan pakcik ini.

Restoran Seafood Xin baru saja diubahsuai dengan penambahan ruang makan. Pelbagai jenis makanan laut dan yang teristimewa ialah baby crab. Menurut tuan punya restoran baby crab dan siput duri merupakan dua makanan laut yang hanya terdapat di Kuala Sepetang. Resipi goreng tepung rangup menjadikan baby crab boleh terus dimakan kesemuanya sekali. Saiz baby crab ialah sebesar kuku sahaja dan ketam ini tidak boleh membesar lagi.

Aku mengambil beberapa shot sunset tetapi dua gambar ini istimewa kerana meggabungkan elemen yang ada di restoran iaitu lampu hiasan.

Kepada sesiapa yang ingin mengikuti Heritage Walk Kuala Sepetang atau sepetang berjalan kaki di perkampungan nelayan boleh hubungi saya atau melihat kelip-kelip kampung dew ritma cahaya alam.