Selamat sejahtera ,
Pakej lawatan pendidikan kelip-kelip dan Habitat Hutan Paya Laut Matang
Terima kasih kerana sudi membuat rancangan datang melakukan aktiviti disini.
Berikut ialah jadual lawatan untuk anda dan rakan-rakan
1.00 pm
Lawatan ke Kilang Arang
Peserta akan dibawa melawat ke kilang arang serta merasa pengalaman berada dalam dapur arang yang panas seperti di dalam SPA. Anda juga boleh mencuba melakukan sendiri kerja-kerja memproses arang seperti mengangkat kayu bakau, membuang kulit kayu bakau, dan menggred arang.
2.00 pm
5 gelas air nir nipah sebagai minuman selamat datang
Makan tengahari. Nasi goreng ayam, udang galah (1kg)
Minuman order mengikut kemahuan sendiri
2.50 pm
Taklimat keselamatan dan latihan menggunakan set pancing, mengenali umpan dan teknik memancing ikan.
Pelayaran dimulakan. Peserta dapat melihat kawasan sugai air tawar dan kawasan sungai air payau (tawar + masin) serta melihat hidupan liar yang ada seperti monyet, biawak, burung raja udang. Perhatian: Ini bukannya di zoo anda mesti peka memerhati hidupan liar yang ada. Mereka mungkin menunjukkan muka sekejap sahaja mungkin 2-3 saat
3.00 pm (Stesen 1)
Aktiviti memancingikan dimulakan.
Peserta akan dibawa berpindah ke beberapa stesen lagi untuk mencuba tempat baru sekiranya tidak mendapat ikan.
5.00 pm
Aktiviti menangkul ketam
Peserta akan diajar cara memasang tangkul, meletakkan umpan dan melabuhkan tangkul ke dalam air, tangkul akan dibiarkan beberapa jam supaya ketam boleh masuk ke dalamnya. Pihak kami akan menggunakan perkhidmatan nelayan tangkul ketam.
5.30 pm
Lawatan ke Hutan Pendidikan Paya Laut Matang
Peserta akan berpeluang pergi ke tandas dan berjalan kaki melalui laluan dalam hutan bakau. Peserta dapat melihat dari dekat pokok-pokok bakau, tanah lembab dah hidupan yang terdapat di situ.
5.30 pm
Makan petang juga kami sediakan.
Menu: Sandwich dan air kotak.Makan semasa melawat ke Hutan Pendidikan. . Kita makan di atas bot atau di atas jeti Hutan Pendidikan.
6.30 pm
Melawat Perkampungan Nelayan.
Semasa menyusuri sungai peserta akan dapat melihat keunikan rumah-rumah nelayan yang didirikan di atas air sepanjang sungai. Pelbagai aktiviti nelayan boleh dilihat seperti membersihkan pukat, menggred kerang dan membuat ikan masin.
Kita juga akan memancing ikan duri di sini untuk dijadikan umpan bagi burung helang merah (Brahminy Kite) menyambar ikan tersebut. Jika sambaran dibuat berhampiran dengan bot, peserta dapat mendengar bunyi sayap helang dengan begitu menarik sekali. Zoomkan kamera anda pada ikan dan cuba shoot ketika helang itu menyambar ikan. Jika dapat saya pasti itu merupakan shoot terbaik anda. (Saya pun nak bawa kamera juga)
Jika ada nelayan sedang mengumpul kerang kita akan tengok mereka melakukan pekerjaan tersebut. Kita juga akan mendekati sangkar peternakan ikan. Sekiranya ingin memakan ikan segar anda mungkin dapat membelinya terus dari pengusaha sangkar ikan tersebut. Jika nak goreng ikan tersebut saya boleh bawakan sedikit garam dan kunyit @ anda hendak memasak resepi sendiri.
7.30 pm
Melihat matahari terbenar (Sunset)
Kalau yang datang dengan pasangan hidup ini merupakan saat yang paling indah.....Kita akan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.
8.00 pm
Kita mungkin singgah sebentar di restoran untuk makan malam ini terpulang kepada anda semua. Segala kos makan adalah tanggung jawab anda. (Tidak termasuk dalam kos)
9.00 pm
Mengangkat tangkul ketam, Aktiviti melihat kelip-kelip
Cubalah nasib kita... Adakah ketam yang dapat ditangkap atau tangkul ketam kosong sahaja.
Kelip-kelip di sini terdiri dari dua spesis. Saya akan terangkan lebih lanjut semasa lawatan kita nanti. Tunggu.................................
Costing for
10 persons is RM1000
|
Friday, May 27, 2011
Itinerary Mr Lee Ping Kong and Gang
Saturday, May 21, 2011
Makan petang juga kami sediakan.
Menu: Cucur udang dan air. Cucur udang akan digoreng semasa peserta melawat ke Hutan Pendidikan. Peserta juga boleh menggoreng sendiri jika mahu. Kita makan di atas bot atau di atas jeti Hutan Pendidikan. Sos cili @ sos tomato yang mana satu pilihan anda.... atau kedua-duanya.
6.30 pm
Melawat Perkampungan Nelayan.
Semasa menyusuri sungai peserta akan dapat melihat keunikan rumah-rumah nelayan yang didirikan di atas air sepanjang sungai. Pelbagai aktiviti nelayan boleh dilihat seperti membersihkan pukat, menggred kerang dan membuat ikan masin.
Kita juga akan memancing ikan duri di sini untuk dijadikan umpan bagi burung helang merah (Brahminy Kite) menyambar ikan tersebut. Jika sambaran dibuat berhampiran dengan bot, peserta dapat mendengar bunyi sayap helang dengan begitu menarik sekali. Zoomkan kamera anda pada ikan dan cuba shoot ketika helang itu menyambar ikan. Jika dapat saya pasti itu merupakan shoot terbaik anda. (Saya pun nak bawa kamera juga)
Jika ada nelayan sedang mengumpul kerang kita akan tengok mereka melakukan pekerjaan tersebut. Kita juga akan mendekati sangkar peternakan ikan. Sekiranya ingin memakan ikan segar anda mungkin dapat membelinya terus dari pengusaha sangkar ikan tersebut. Jika nak goreng ikan tersebut saya boleh bawakan sedikit garam dan kunyit @ anda hendak memasak resepi sendiri.
7.30 pm
Melihat matahari terbenar (Sunset)
Kalau yang datang dengan kekasih ini merupakan saat yang paling indah.....Kita akan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.
8.00 pm
Kita mungkin singgah sebentar di restoran untuk makan malam ini terpulang kepada anda semua. Segala kos makan adalah tanggung jawab anda. (Tidak termasuk dalam kos)
9.00 pm
Mengangkat tangkul ketam & Aktiviti melihat kelip-kelip
Cubalah nasib kita... Adakah ketam yang dapat ditangkap atau tangkul ketam kosong sahaja.
Kelip-kelip di sini terdiri dari tiga spesis. Saaya akan terangkan lebih lanjut semasa lawatan kita nanti. Tunggu.................................
Pakej 7 jam

Sunday, May 15, 2011
Bengkel Kesedaran Eko-Pelancongan
Saturday, May 7, 2011
Lawatan MNS 6 MEI 2011
Selepas itu kami semua bertemu dengan Datuk See, Penyelaras DUN Kuala Sepetang di jeti. Sempat juga saya menunjukkan plan perancangan ekopelancongan dan jadual tempahan pelancong untuk beberapa bulan kehadapan. Beliau amat berpuas hati dengan pencapaian dan kemajuan yang dikecapi penduduk kampung.
Para peserta dibawa melihat keadaan sungai, penerokaan tanah serta flora dan fauna yang terdapat di sini.
Maye Yap menjadi model kepada pelancongan kelip-kelip Kg Dew. Beliau juga banyak menyumbangkan idea semasa perbincangan kami.
Tuntung. Sejenis reptilia yang banyak terdapat di sungai ini seolah-olah menyambut kedatangan wakil MNS.
Sunday, May 1, 2011
Lawatan Dato Hamidah Osman 28 April 2011
Dato Hamidah Osman diiring oleh wanita UMNO dan Pengarah Tourism Perak
Sebelum dibenar masuk ke jeti Dato di halang oleh pahlawan kampung dan terpaksa berbalas pantun
Hidangan mee udang galah yang sangat menyelerakan.
Persembahan dari brass band SK Kg Dew yang sangat menghiburkan,
Semua sedang asyik mendengar muzik yang didendangkan.
Khairul sedang memberi penerangan semasa lawatan ke Dapur Arang.
Entah apa yang melucukan sehingga senyum sampai ke telinga.
Dato cuba menjadi orang kampung dengan menyiapkan atap nipah.
Selepas balik dari melihat kelip-kelip Dato melengkapkan carta organisasi persatuan. Maka lengkaplah sudah pertubuhan kami
Kelip-kelip Cahaya Alam Perak (KECAP)
RM50,000 diluluskan naiktaraf kemudahan eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew
Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, ketika mengumumkan berita gembira itu berkata, masyarakat kampung itu cukup bertuah kerana dianugerahkan tarikan eko-pelancongan kelip-kelip yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan sampingan.
Katanya, selain bekerja sebagai nelayan dan terbabit dalam industri pembuatan kayu arang, penduduk boleh menambah pendapatan sedia ada dengan menjadi jurupandu pelancong atau menyewakan bot mereka untuk membawa pelancong melihat kelip-kelip yang hinggap dan menjadikan pokok barembang di tebing Sungai Sepetang sebagai habitat semulajadinya.
Katanya, kerajaan negeri yakin eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew berpotensi dikomersilkan hingga ke peringkat antarabangsa jika penduduk tempatan dan agensi bertanggungjawab seperti Tourism Malaysia dapat memberi bekerjasama dengan baik.
“Promosi secara besar-besaran antara aspek penting yang perlu difikirkan untuk memajukan eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew termasuklah dengan menerbitkan brosur yang lebih bermaklumat serta meletakkan papan tanda besar di tempat strategik bagi memudahkan pelancong berkunjung ke sini.
“Selain itu, masyarakat tempatan juga perlu bersedia menerima kehadiran pelancong dengan menjaga kebersihan persekitaran kampung serta memastikan habitat semulajadi kelip-kelip terus kekal terpelihara bagi mengelak ia diancam kepupusan,” katanya ketika berucap selepas melawat eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew, malam tadi.
Terdahulu, Hamidah bersama rombongan media turut berpeluang menikmati mee rebus udang galah dan melawat industri pembuatan kayu arang yang dimasukkan dalam pakej eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew.
Dalam perkembangan sama, Hamidah berkata, pakej eko-pelancongan kelip-kelip itu juga diharap dapat dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri untuk dipromosikan sempena Tahun Melawat Perak 2012.
Sebagai permulaan, Pesta Kelip-Kelip Kampung Dew akan diadakan sekitar Julai depan bagi mempromosikan eko-pelancongan itu yang turut boleh disaksikan di Kuala Selangor yang terletak di persisiran pantai barat Semenanjung Malaysia, katanya.
“Saya begitu terpegun melihat keunikan kelip-kelip ini yang mengeluarkan cahaya secara serentak dan ia adalah satu anugerah yang perlu dihargai, dipelihara dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.
“Selain menjaga kebersihan Sungai Sepetang ini, kawasan daratan yang terletak 30 hingga 90 meter dari tepi sungai tidak boleh diusik dengan pembangunan kerana dibimbangi kelip-kelip yang hidup di sekitar pokok barembang akan pupus,” tambahnya lagi.
Pada majlis itu juga, Hamidah turut menyaksikan majlis pelancaran persatuan Kelip-kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) yang mana Adun Trong yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin dipilih sebagai penaung kelab berkenaan.
Latihan Pengendalian Pelancong
KELIP KELIP CAHAYA ALAM PERAK | |||||
(KECAP) | |||||
Borang Pemantauan Latihan Pengendalian Pelancong | |||||
No | Item Pemantauan | Baik | OK | Tidak | |
1 | Pakaian | ||||
2 | Sambutan selamat datang | ||||
3 | Taklimat sejarah | ||||
4 | Taklimat sungai | ||||
5 | Taklimat Paya Laut Matang | ||||
6 | Taklimat Keselamatan | ||||
7 | Taklimat Flora & Fauna | ||||
8 | Taklimat Kitar Hidup Kelip kelip | ||||
9 | Taklimat Pemakanan Larva | ||||
10 | Taklimat Penghasilan Cahaya | ||||
11 | Taklimat Berkumpul Di Pokok | ||||
12 | Taklimat Eko-pelancongan | ||||
13 | Keramahan | ||||
14 | Adakah Pemandu Pelancong Merokok? | Tidak | Ya | ||
15 | |||||
16 | |||||
17 | |||||
19 | |||||
19 | |||||
Nama Pemandu Pelancong:………………………………../Tak Tahu | |||||
Nama Pelancong:……………………………………………………….. | |||||
Tarikh Lawatan:……………………………… | |||||
No Telefon:………………………………….. | |||||
Email:……………………………………………………………………… | |||||