Sunday, June 30, 2013
Sunday, June 23, 2013
Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan.
Sekumpulan 120 pelajar dari sekolah-sekolah terbaik Malaysia, Indonesia, Brunei, Thailand dan India mengambil bahagian dalam program "Grooming Green Society" dianjurkan oleh MCKK dan ditaja oleh Unesco, K-Perak dan UEM.
Aktiviti di Kuala Sepetang melibatkan program melawat hutan eko dan menanam bakau, melawat perusahaan Arang Kayu dan melawat perkampungan nelayan. Aktiviti ini dijalankan oleh Kuala Sepetang Eco Tourism www.kualasepetang.com.
Saturday, June 22, 2013
Ikan Loban Kg Dew, Kuala Sepetang
Ikan
apakah ini?
Tergolong dalam spesis belanak
Belanak (Valamugil seheli; familia
Mugilidae) adalah sejenis ikan laut tropika ... Ikan
belanak secara umum bentuknya memanjang agak langsing dan gepeng.
Pada mulanya ingatkan loban. Tetapi bila dilihat dari internet, ekor loban adalah menegak dan bukannya bentuk V seperti gambar ini.
Setelah selesai membeli barangan dapur di pasar Kamunting, aku melangkah ke tempat letak motosikal. Dari situ aku mendengar seseorang menegur. Dialah ialah Rosli Samad seorang nelayan sungai di Kg Dew, Kuala Sepetang. Dulu dia dapat rezeki sampingan dengan membawa pelancong melihat kelip-kelip, namun kini katanya tidak lagi berpeluang menambah rezeki melalui projek kelip-kelip. Beliau juga ialah seorang ajk penaja Persatuan Kelip-kelip Cahaya Alam Perak yang tidak menjadi.
Dia dan seorang rakannya menjual hasil tangkap ikan dari Sungai Sepetang. Terdapat siakap, lampam dan loban. Dulu aku pernah memancing loban di pantai Segari berhampiran dengan loji janakuasa. Kini bila lihat ikan seakan loban ini, aku terus membelinya 1.6kg dengan harga RM18/kg iaitu RM27
Friday, June 21, 2013
Program Kesedaran Alam Sekitar MCYDS
Guna letter head MCKK
Guru Besar, 11 Jun 2013
SJKC,
Kuala Sepetang.
Tuan,
Program Kesedaran Alam Sekitar MCYDS
Penerangan tentang Malay College Youth Development Summit (MCYDS) 21 JUN 2013
2. Tiga kumpulan peserta akan mengikuti lawatan sekitar pekan Kuala Sepetang bagi melihat cara hidup masyarakat nelayan di sini. Mereka akan ditugaskan untuk membuat analisa Strength, Weakness, Opportunity and Treat (SWOT) terhadap alam sekitar di sini.
2.1 Sessi Pertama 40 orang pada pukul 9.00am
2.2 Sessi Kedua 40 orang pada pukul 10.00am
2.3 Sessi Ketiga 40 orang pada pukul 11.00am
3. Kami memohon untuk peserta memberi penerangan selama 5 minit mengenai hasil lawatan mereka di kelas kepada murid-murid. Aktiviti yang kami lakukan ini ada perkaitan dengan P&P Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Moral.
4. Kami berharap dengan penerangan ini nanti akan memberi kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Sepetang.
Kerjasama dan tindakan positif tuan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.
Tt
Guru Besar, 11 Jun 2013
SJKC,
Kuala Sepetang.
Tuan,
Program Kesedaran Alam Sekitar MCYDS
Penerangan tentang Malay College Youth Development Summit (MCYDS) 21 JUN 2013
2. Tiga kumpulan peserta akan mengikuti lawatan sekitar pekan Kuala Sepetang bagi melihat cara hidup masyarakat nelayan di sini. Mereka akan ditugaskan untuk membuat analisa Strength, Weakness, Opportunity and Treat (SWOT) terhadap alam sekitar di sini.
2.1 Sessi Pertama 40 orang pada pukul 9.00am
2.2 Sessi Kedua 40 orang pada pukul 10.00am
2.3 Sessi Ketiga 40 orang pada pukul 11.00am
3. Kami memohon untuk peserta memberi penerangan selama 5 minit mengenai hasil lawatan mereka di kelas kepada murid-murid. Aktiviti yang kami lakukan ini ada perkaitan dengan P&P Sains, Kajian Tempatan dan Pendidikan Moral.
4. Kami berharap dengan penerangan ini nanti akan memberi kesedaran kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar bagi menarik lebih ramai pelancong ke Kuala Sepetang.
Kerjasama dan tindakan positif tuan terlebih dahulu kami ucapkan terima kasih.
Tt
Thursday, June 20, 2013
Pertandingan Menulis Karangan Pelancongan Kuala Sepetang
Kuala Sepetang Eco Track menganjurkan pertandingan menulis karangan pelancongan Kuala Sepetang untuk murid tahap 2 dan tulisan cantik pelancongan Kuala Sepetang kepada murid tahap 1.
Pertandingan mewarna pelancongan untuk prasekolah.
Tujuan pertandingan adalah untuk memupuk semangat cinta dan bangga akan Kuala Sepetang
Pertandingan boleh dijalankan semasa bulan Bahasa Malaysia atau Bulan Membaca
Maklumat mengenai isi karangan boleh didapati dari www.kualasepetang.com
Kami menawarkan 3 hadiah berupa alat tulis kepada semua kelas yang mengambil bahagian.
Isi karangan adalah mengenai
1. Tempat-tempat menarik.
2. Eko pelancongan.
3. Makanan laut
4. Kesedaran kebersihan.
5. Peluang
Hasil karangan terbaik akan dicetak dan diedarkan kepada para penduduk.
Wakil kami akan datang dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Mohd Jusri
Kuala Sepetang Eco Track
Monday, June 17, 2013
Google pagerank : 2
Fireflies picture Exposure 30 seconds |
Fireflies in Kg Dew is in the species of Pteroptyx tener. The mangrove trees called "berembang trees" by the local grow along the riverbanks of Sungai Sepetang river. These are the trees where the fireflies or "kelip kelip" in the local language congregating the adult male fireflies congregate on the leaf of the berembang tree at night to attract females. Like other bugs their life cycle is eggs, larvae, pupa and firefly. Female firefly lays their eggs on the wet soil 60 metres inland. After hatching the larvae become a predator. The larvae main food is the snails. Its bites on to the snail, then release the toxin to paralyse and digest the snail internally. After that it will suck the digested juice and leave the shell empty. As a predator the larvae consume everything they could hunt. The life cirle of the fireflies is about 6 month with most of it time as the larvae. The adult firefly lived just 2 weeks to find thier mates. After mating the male firefly will die, the female dies after lying it eggs
Firefly, one of the fascinating beetle that abound in Malaysia at one time and is now fast disappearing due to the fast pace of development. Fortunately, there are still fireflies congrageting at berembang tree to be seen in Kg Dew, Perak about 45 minutes or so drive from Penang Bridge using PLUS highway..
The best time to visit firefly is after nightfall at approximately 7:00pm to 11:00pm. It is also advisable to go when it is not full moon and not during raining evening.
Kuala Sepetang, Eco Tourism,
Mangrove Tour, Seafood, Charcoal, Dolphin, Taiping Perak Fireflies, Mee Udang, Eagles, Birds Watch, Fishing, Crab Netting, Cockles Harvesting, Soft Shell Crab, and, Fisherman Village
With the team of teacher, green badge nature guide and boat man, we offer a variety of services to our value tourist.
Who to contact
Meeting Place and Parking: at Kuala Sepetang Police Station (Best time 7.00pm and during dark night)
Kg Dew Fireflies Eco-tourism, 34650 Kuala Sepetang
Tel 012 5145023 Khairul email: amirulisa@yahoo.com.my
Ranking info
Google pagerank :
-
2
-
Alexa rank :7,932,931
Site info
- Domain :www.kualasepetang.com
Length : 17 characters -
as7.org :View www.kualasepetang.com in as7.org
-
Keywords :|
Length : 0 characters
Number : 1 keywords -
Popular Keywords :
-
Estimate Visitor per Day:12 - 17
-
Speed site:0.388 Seconds
-
Domain Age:
-
Charset :UTF-8
-
WOT :
Site contact info
-
Google Analytic :
-
Google Adsense :
Site Technical info
-
Programming Language :
-
Web server :GSE
-
Javascript library :yui |
-
IP Address :
Friday, June 14, 2013
Projek UKM Untuk Memulihara Kelip-kelip Kuala Sepetang Perak
Oleh Saiful bahri KamaruddinFoto Izwan Azman
KUALA SEPETANG, PERAK, 9 Jun 2013 – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan negeri Perak mencatat satu kejayaan besar dalam usaha melindungi alam sekitar apabila berjaya melaksanakan fasa awal projek penanaman pokok bakau untuk memelihara habitat kelip-kelip atau kunang-kunang di Kampung Dew di sini.
Kerajaan Perak secara rasminya mengumumkan kejayaan projek kelip-kelip itu di sini hari ini sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2013.
UKM dan masyarakat setempat digesa meneruskan projek itu untuk membiakkan kelip-kelip di situ dan Kerajaan Perak berharap habitat kelip-kelip di Kampung Dew akan diwartakan tidak lama lagi sebagai kawasan dilindungi.
Pengumuman itu dibuat oleh Exco Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Puan Norlee Ashikin Mohd Radzi ketika merasmikan projek itu di jeti Kampung Dew dari mana bot yang membawa pelawat boleh melihat tapak pembiakan kelip-kelip di tepi Sungai Sepetang.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UKM, Prof Dato' Dr Rahmah Mohamed; Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof Dr Shahrim Ahmad; Ketua Projek, Prof Madya Dr Norela Sulaiman; pegawai pelancongan negeri dan ketua-ketua kampung.
Masyarakat kampung telah mengambil bahagian dalam projek ini untuk menanam pokok bakau berhampiran Sungai Sepetang. Dianggarkan 90% daripada pokok bakau yang ditanam dalam makmal UKM telah berjaya dipindahkan ke tapak.
Tetamu kemudiannya dibawa melihat tempat pembiakan dengan bot.
Kelip-kelip Kampung Dew hinggap pada satu spesies pokok bakau, Pokok Berembang (sonneratia caseoraris). Sekitar seratus pokok Berembang telah ditanam lebih awal dalam usaha untuk membantu memulihara kunang-kunang itu.
Pemuliharaannya penting kerana ia adalah sebahagian daripada penyumbang besar kepada alam sekitar hutan tanah lembap dan habitat alam semesta yang lain. Larva kelip-kelip adalah pemangsa dan suka makan siput kecil hidup di kawasan tanah lembab di tepi sungai.
Kelip-kelip atau nama saintifiknya Pteroptyx Tener adalah keluarga lampyridae serangga kumbang dalam order coleoptera. Ia adalah kumbang bersayap dan biasanya digelar kelip-kelip kerana kelihatan bercahaya atau (bioluminescence) pada abdomennya untuk menarik pasangan atau mengelirukan mangsa dan pemangsa.
Kelip-kelip menghasilkan "cahaya sejuk", dengan frekuensi inframerah atau ultraungu. Ia adalah cahaya kimia yang dihasilkan dari bahagian bawah abdomen yang boleh kelihatan kuning, hijau, atau merah pucat.
Kira-kira 2,000 spesies kunang-kunang ditemui di kawasan iklim sederhana dan tropika. Mereka hidup di paya bakau atau tanah lembab dan kawasan hutan berpaya di mana larva atau ulatnya boleh mendapat sumber makanan dengan mudah.
Norlee berkata Kampung Dew adalah salah satu daripada tiga kawasan yang paling penting untuk perlindungan kelip-kelip di dunia. Yang lain adalah di Kuala Selangor dan Great Smoky Mountain National Park di Tennessee, Amerika Syarikat.
Beliau berkata jika kawasan itu digazetkan sebagai kawasan perlindungan, tindakan boleh diambil terhadap sesiapa yang mengancam kelip-kelip.
Prof Rahmah pula mencadangkan penyelidikan susulan dibuat untuk mengenal pasti kenapa kelip-kelip menyala secara bersama dan kadang kala menyala secara berirama.
Fenomena ini mungkin kerana kelip-kelip yang menyala secara bersama memberi isyarat tertentu atau menjalankan pengawanan.
Dr Norela pula berkata kelip-kelip biasanya menyala bersama jika dalam kumpulan besar. Ia mungkin berkaitan sifat pemakanan serangga itu, interaksi sosial dan ketinggian kawasan. Ia boleh hidup selama 30 hari tanpa makan. Kelip-kelip jantan mati selepas pengawanan manakala yang betina mati selepas bertelur.
Beliau menerangkan kelip-kelip sangat penting sebagai penunjuk penghidupan atau bio-indicator yang baik yang dapat memberi penunjuk kualiti alam sekitar apabila iklim berubah seperti pemanasan global. Ia mudah dilihat pada waktu malam.
Dari segi sosio-ekonomi pula, kelip-kelip penting kerana ia boleh menjadi tarikan pelancong ke negara ini. Sebab itu kelip-kelip perlu dilindungi. Apabila kelip-kelip diwartakan sebagai haiwan lindungan, kawasan paya juga dilindungi.
Kg Dew juga terkenal dengan udang GALAHnya. Ia hidup dalam air tenang Sungai Sepetang yang mengalir di kampung itu. Udang sudah lama menjadi sumber pendapatan orang kampung di situ.
Walaubagaimanapun, eko-pelancongan masih belum menjadi sumber pendapatan yang penting. Dr Norela percaya kelip-kelip di hutan bakau di situ akan membawa satu era baru untuk kemajuan ekonomi Kg Dew.
Kampung Dew, yang terletak di sebelah barat Kamunting, Taiping berhampiran dengan plaza tol PLUS Taiping Utara Exit 148 sepanjang jalanraya lama, pada asasnya adalah sebuah perkampungan nelayan yang juga terkenal dengan industri arang kayu.
Dipetik daripada UKM NEWS PORTAL
Dipetik daripada UKM NEWS PORTAL
Thursday, June 13, 2013
Testimonial
Abdul Halim Yahaya Saya dan kawan2 Persatuan Pelancongan Taiping memberi sokongan penuh terhadap segala aktiviti2 eco pelancongan di dalam kawasan LMS, terutama sekali di Kawasan Bukit Larut, Batu kurau, Matang & K Sepetang. Pihak berkuasa dan Kerajaan diminta memberi kerjasama supaya pengusaha2 pelancongan dapat bersama2 meningkatkan aktiviti2 pelancongan LMS sehingga keperingkat antara bangsa.
Tuesday, June 11, 2013
SMKA Pahang, Muadzam Shah
Assalamualaikum Cikgu Roshana Mohd,
Setelah membuat perubahan tarikh, kumpulan cikgu bertembung dengan UiTM dan saya membuat perubahan bagi menyelaraskan aktiviti.
14 Jun 2013 Check in Asrama
15 Jun 2013
7.00 am Sarapan di Cafe asrama
9.00am Waterpark
2.00pm Makan Tengah Hari di Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh
3.00pm Melawat Hutan Paya Laut
4.00pm Naik bot Kuala Sepetang (Minum petang atas bot)
8.00pm Makan malam di Doli
16 Jun 2013
8.00am Sarapan di Cafe Asrama
9.00am Jeep Bukit Larut / Minum Pagi atas bukit
10.00am Turun Bukit Larut
12.00pm Bertolak pulang ke Pahang.
Semoga perubahan ini dapat disesuaikan dengan kehendak cikgu.
Khairul Salleh
Sila tulis surat kepadaPejabat Hutan Daerah, Larut dan Matang 34000 Taiping Perak
Mohon kebenaran melawat Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang
Tarikh 15 Jun 2013
Bilangan pelajar dan guru 46 orangMasa 3.00pm
Kami berharap agar kumpulan kami diberikan penerangan oleh pegawai Jabatan Hutan
Saturday, June 8, 2013
Kenyalang
Dear Khairul
Sukacita saya maklumkan bahawa Enggang Kelingking yg Khairul laporkan bersarang di Lake Gardens pada 15 Jan 2013 telah berjaya mengeluarkan 2 ekor anak pada 14 Mac. Terima kasih kerana tidak menghebohkan berita ini pada masa itu......ini telah mengelakkan keadaan orang ramai mengganggu pembiakkan enggang tersebut.
Saya attach gambar yg menunjukkan bapa OPHB dan satu daripada anaknya.
Lim Kim Chye
Wednesday, June 5, 2013
Welcome UiTM Perlis
Alhmdulillah slmt smpai arau....dpt tgok kelip2 smbil nek bot dtemani chya bulan JE(siyes gelap),these little creatures are juz so awesome n beatiful..pastu hiking bukit larut,10.2 km der!!!smpai ats bkit jerit "i cant believe dis!!!"...trun nek jeep,lg truk dri roller coaster(huhu smpai bwh ak muntah T_T )..respek doc,sggup die hike skali ngan kitorg(tharu!!!)..What a wonderful experience Aimy Najibah bez trip everr! from taiping with !Fieldtrip pling mcabar pnah pi but gave me awesome experience!!hiking bukit larut,tngok kelip2 under moonlight,nek bot,night safari at zoo taiping,muzium taiping,taman tasik taiping n kilang kopi antong...wee!!!~~~
Sunday, June 2, 2013
Kuala Sepetang
Subscribe to:
Posts (Atom)