Thursday, August 16, 2012

Recycle Reduce Reuse



3R Activities
All participants needs to bring newspaper, shopping plastic bag and 1.5 l drinking bottle

  1. Shopping bag from newspaper- kesedaran alam sekitar

Para peserta akan diterangkan penggunaan kertas yang mesra alam. Dengan membuat beg shopping mereka sendiri. Adalah diharapkan para peserta akan memahami bahawa kepentingan penggunaan beg kertas dan beg mesra alam lain dalam memelihara alam sekitar. Para peserta akan membawa pulan beg kertas yang mereka buat untuk ditunjukkan kepada ibu-bapa dan rakan-rakan di sekolah.






2. Plastic bag kite-

Gembira bermain bersama rakan-rakan dan membina perhubungan yang baik.
Penggunaan beg plastik yang mendominasikan beg mesra alam amat membimbangkan. Para peserta akan didedahkan akan mudarat penggunaan beg plastik kepada alam sekitar dan hidupan marin. Dengan mengguna semula beg plastik dan menjadikan layang-layang akan menaikkan motivasi peserta terutama sekali apabila melihat layang-layang yang dibuat dapat membuat penerbangan yang tinggi. Para peserta akan membawa balik layang-layang yang dibuat dan diharapkan agar dapat mengajar rakan-rakan yang lain membuat layang-layang beg plastik dan mengadakan pertandingan diantara mereka. Bahan yang diperlukan untuk membuat layang-layang ini ialah beg plastik, lidi penyapu 4 bilah, pita pelekat dan benang.




  
  1. Bottle Seedling _ Mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ini merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan berasa amat bangga apabila melihat benih yang disemai mula bercambah dan mengeluarkan pucuk baru. Para peserta akan membawa pulang semaian benih bunga keembung yang diajar dan merekod perkembangannya. Setelah anak pokok mencapai ketinggian 10 cm. Mereka akan menyuruh ibu-bapa mereka untuk memindahkan anak pokok ini ke pasu yang lebih besar atau ditanam di taman rumah masing-masing.




Teatre Mangrove (Lakonan)
  
Para peserta akan diberikan 4 watak utama
  1. Akar pokok bakau
  2. Batang Pokok bakau
  3. Daun pokok bakau
  4. Benih pokok bakau
Mereka akan memakai costume mengikut watak masing-masing.
Peserta lain akan bertanya apakah keistimewaan setiap watak. Watak utama akan menerangkan keistimewaan masing-masing dengan rasa bangga.
Kumpulan terbaik akan menerima hadiah dan membuat persembahan semula di majlis penutupan.

Charcoal Art

Para peserta diminta membuat lukisan mudah seperti gelas, botol ataupun bunga.

No comments:

Post a Comment