Friday, July 22, 2011

Pesta Kelip-kelip Kamung Dew: Pertama di Malaysia 24 Julai 2011

Tarikh: 24 Julai 2011 Kawasan Parlimen Bukit Gantang meriah dengan dua peristiwa serentak iaitu Pesta Makan Durian di Dataran Bukit Gantang dan Pesta Kelip-Kelip di Kampung Dew.
Hasil kerjasama erat bersama MNS, MPT dan agensi kerajaan lain majlis yang julung kalinya telah berjaya dilangsungkan dengan begitu meriah sekali.
b
Penduduk kampung memulakan langkah pertama dengan melakukan gotong-royong membersihkan kawasan Pesta pada 17 Julai 2011. Kesungguhan penduduk kampung menjalankan gotong-royong amat membanggakan, nasihat Yb Dato Hamidah Osman semasa lawatan beliau pada 28 April 2011 diterima dan diterjemahkan pada hari tersebut.
Syarikat pengeluar air mineral Spritzer pula menyumbangkan 8 papan tanda besar bagi memudahkan pengunjung sampai ke tempat ini. Tiga pada tahun 2010 manakala 5 lagi sejurus sebelum pesta berlangsung.

Acara pertama dimulakan dengan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak 6 hingga 11 tahun. Semuanya bersungguh-sungguh memberikan sentuhan terbaik masing-masing. Hubungan yang baik apabila sanggup berkonsi warna yang dibawa dengan rakan-rakan yang lain. Seramai 30 kanak-kanak mengambil bahagian dan sebanyak 15 hadiah telah diagih-agihkan kepada pemenang.
Ketibaan tetamu kehormat penyelaras DUN Kuala Sepetang Dato See Tian Seng disambut dengan paluan kompang. Beliau telah diiringi oleh Pengerusi Kecap En. Mohd Noor b Salleh, Pengarah Zoo Taiping & Night Safari serta Presiden MNS Prof. Dr. Makateb Mohamad. Ucapan dari Pengerusi Kecap, Prof Dr maketab dan Dato See Tian Seng berkisar kepada ekopelancongan yang bakal menjana pendapatan tambahan kepada penduduk kampung, pemuliharaan alam sekitar dan kemajuan yang bakal dilaksanakan di Kampung Dew.
Selepas upacara pelancaran pesta dan pelancaran logo Kecap, semua tetamu dibawa melawat pameran yang disediakan oleh Kecap, MNS, Zoo Taiping dan Sahabat Hutan Bakau. Acara berakhir dengan jamuan makan dan melihat kelip-kelip di sebelah malamnya.
Ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan mohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan semasa pengurusan. Tahun depan kita akan berjumpa lagi dengan acara pesta yang lebih meriah lagi.

Sunday, July 10, 2011

Thank You PTPL Seremban

Ribuan terima kasih kepada En Ahmad dan En. Syawal serta rombongan kerana menyertai aktiviti Dapur Arang Eco-challenge di Kg Dew pada 9 Julai 2011. Harap dapat berkongsi foto dari laman fb.

PTPL Seremban KP(JPS)5195/IPTS/471/B(34)

No.34, Jalan Tuanku Munawir,
70000 Seremban, Negeri Sembilan.
Tel: 06-764 8686
Fax: 06-767 8877
email: seremban@ptpl.edu.my

Friday, July 8, 2011

Kelip-kelip Kampung Dew Fireflies

Sungai Sepetang yang mengalir dari Banjaran Bintang melalui Kg Dew hingga ke kawasan tanah lembab Paya Bakau Matang seterusnya hingga ke laut lepas sangat istimewa kerana mempunyai kepelbagaian ekosistem. Kawasan hulu sungai menjadi kawasan tadahan air dan sumber air bersih. Banyak kawasan perkelahan menarik seperti Bukit Jana
Kepelbagaian Biologi Kepelbagaian Pelancongan
Di hulu Kg Dew, sungai ini mengalir ke tanah lembab air tawar. Pohon nipah yang tumbuh subur di kawasan ini menyumbang kepada sektor ekonomi penduduk kampung dengan mengusahakan perusahaan atap dan minuman air nira nipah yang sangat diminati kerana kemanisan dan rasanya yang unik. Pelbagai ikan air tawar juga terdapat di sini seperti patin, keli, jelawat, terubol, lampam dan duri.
Kanak-kanak merupakan pewaris ekopelancongan kami
Satu kilometer hingga 10 km dari Kg Dew pula Sungai Sepetang mula dipengaruhi oleh pasang surut air laut. Keadaan air yang mula payau kerana bercampur dengan air masin pula mula menukar ekosistem sungai ini. Keadaan ini amat sesuai untuk kehidupan udang galah dan kelip-kelip. Penduduk kampong kebanyakannya bekerja sebagai pekerja kilang arang dan bersawah padi mencari rezeki tambahan sebagai nelayan sungai dengan menjalankan aktiviti menjala udang galah dan menyewa sampan kepada pemancing. Selain udang galah, sembilang, siakap dan siakap merah menjadi idaman pemancing untuk mendapatkannya. Pokok nipah mula berkurangan dan selangi oleh sejenis pokok bakau iaitu pokok berembang. Kawasan ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk kehidupan dan pembiakan kelip-kelip.
Kelip-kelip di sini terdiri dari 3 spesis iaitu . Dua yang hanya bersaiz sebutir beras berwarna keperangan tetapi dibezakan dari tempat berkumpul untuk mengawan. Spesis Pteroptyx tener berkumpul di pohon berembang dan hampir dengan air manakala satu spesis lagi pula berkumpul di pokok bakau yang lebih tinggi. Spesis Pteroptyx tener mendominasi 90 % populasi kelip-kelip di sini. Satu spesis lagi hinggap di puncak pokok berkelip terang dengan kadar 1 kelipan sesaat dan bersaiz biji kacang panjang.

Sunday, July 3, 2011

My Beautiful Lake Garden, Taiping


Permandangan yang menyejukkan mata di satu pagi berhampiran dengan Flaminton Hotel Taman Tasik Taiping


Sempat juga merakam beberapa gambar aktiviti yang dijalankan oleh penduduk Taiping setiap pagi.