Tuesday, February 28, 2017

Kem Motivasi Alam Draco Nature Camp, Kampar, Perak

Kem Motivasi Alam Draco Nature Camp, Kampar, Perak
DRACO NATURE CAMP
                                    



PENGENALAN
        Draco Nature Camp terletak di Daerah Chenderiang, Perak. Sekitar 2 kilometer dari Lata Kinjang, menyusuri jalan lama ke arah Kuala Dipang dari Pekan  Tapah. Jarak dari pekan Tapah sekitar 20 kilometer. Banyak tempat yang menarik di sekitar Chenderiang, bangunan-bangunan lama di pekan kecil Chenderiang, bekas tinggalan lombong, lata kinjang yang menarik dan pelbagai lagi.




       Draco Nature Camp telah menjalani pelbagai perubahan sejak tahun 2007. Sebelumnya Draco Nature Camp dikenali sebagai River Sound Cottage dan hanya dibuka pada hujung minggu dan hanya membuat pakej aktiviti basic camping survival dan menerima tidak lebih dari sepuluh peserta. Perubahan nama dari River Sound Cottage tercetus apabila banyak aktiviti melibatkan pengunjung dan alam semulajadi hutan menjadi semakin aktif. Nama Draco Nature Camp dipilih kerana terdapat banyak species cicak terbang berlegar dan bermain di sini. Pada awal tahun 2013, Draco Nature Camp telah membuka pintu seluas-luasnya pada pengiat dan peminat alam semulajadi hutan untuk belajar dan menimba ilmu berkaitan alam semulajadi hutan.  
    Kini Draco Nature  Camp telah berjaya menarik pelbagai lapisan masyarakat termasuk dari dalam dan luar negara, keluarga, pelajar-pelajar universiti, pelajar-pelajar kolej, pelajar-pelajar sekolah menengah dan rendah serta menjadi tempat  mencari ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi hutan dan beriadah.

SUASANA DRACO NATURE CAMP



       Suasana persekitaran Draco Nature Camp amatlah menarik, dikelilingi oleh sungai dimana sesuai dan selamat bagi semua peringkat untuk mandi manda dan bermain air, dikelilingi hutan hujan tropika dan pemandangan sekeliling dikelilingi oleh tanah tinggi gunung dan bukit bukau.


KONSEP PENGINAPAN
       Draco Nature Camp hanya menyediakan penginapan berkonsepkan nature atau penginapan di dalam khemah. Draco Nature Camp menyediakan khemah-khemah yang boleh disewa atau harga sewa yang sudah termasuk didalam pakej-pakej di Draco Nature Camp.

       Selain dari konsep perkhemahan, pengunjung juga boleh menginap secara menggantung hammock, hammock boleh disewa dari Draco Nature Camp.
                    
FASILITI
     Terdapat fasiliti-fasiliti asas yang bersih dan kemas di Draco Nature Camp untuk keselesaan para tetamu yang datang berkunjung, seperti bilik air, tandas, kawasan pakir kenderaan ringan, tapak khemah, perpustakan mini, peralatan BBQ dan juga ruang serbaguna.
                  Kawasan perkhemahan

                  Kawasan pakir kenderan

                  Ruang serbaguna
AKTIVITI
    Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik, sambil  beraktiviti tetamu juga dapat membawa pulang ilmu pengetahuan tentang alam semulajadi hutan dan yang berkaitan tentang nature. Aktiviti menarik di Draco Nature Camp seperti Educational Nature WalkEducational Night WalkRiver Trekking, Berkhemah di kampung orang asli, melihat bunga rafflesia serta melawat air terjun dan lata.
                           



KEUNIKAN HAIWAN-HAIWAN KECIL DAN SERANGGA

       Draco Nature Camp sememangnya amat bertuah oleh kerana terdapat khazanah yang unik dan jarang-jarang dilihat di tempat-tempat lain di Malaysia. Di Draco Nature Camp, serangga-serangga ini agak mudah dijumpai dan dilihat. Antara serangga yang unik adalah serangga kedua terberat di dunia dan belalang ranting yang terbesar di dunia. Pemandu pelancong alam smulajadi yang berkemahiran akan membantu anda mengenal pasti, menerangkan, bercerita dan mencari serangga-serangga ini dihabitatnya.
  
PROGRAM TEAM BUILDING
      Draco Nature Camp ingin mengajak anda merasai kelainan menjalani program team building. Di sini, Draco Nature Camp menerapkan budaya dan nilai-nilai melestarikan alam sekitar dan mengadaptasikan alam semulajadi hutan kepada peserta-peserta yang menjalani program team buiding. Kelas-kelas untuk modul dan subject juga diajar dalam suasana alam semulajadi.





ILMU BERKAITAN ALAM SEMULAJADI HUTAN
     Draco Nature Camp juga dikenali sebagai Nature School oleh kerana sering dan juga mempunyai pengalaman di dalam memberi pengetahuan dan pendididkan berkaitan flora dan fauna. Ada tetamu-tetamu dari luar negara yang datang ke Draco Nature Camp semata-mata ingin mengetahui khazanah flora dan fauna yang terdapat berhampiran kawasan Draco Nature Camp serta hutan hujan tropika yang berada disekelilingnya. Draco Nature Camp juga menjadi tempat pelajar-pelajar universiti serta kolej mempelajari dan melakukan praktikal intrepretasi dan juga mempelajari teknik-teknik menjadi seorang pemandu pelancong alam semulajadi.   

MENDAKI GUNUNG DAN MENDAKI KE KESAN SEJARAH
       Segalanya ada berkaitan alam semulajadi hutan di Draco Nature Camp, termasuklah gunung-gunung. Antara tarikan kepada pendaki-pendaki yang berminat mendaki gunung melalui Draco Nature Camp, adalah mendaki Gunung Relau dan Gunung Bujang Melaka yang menyimpan banyak sejarah. Laluan pendakian melalui Draco Nature Camp agak mencabar oleh kerana laluan di sini jarang-jarang dibuka kepada pendaki oleh kerana Draco Nature Camp menitik beratkan penjagaan alam semulajadi hutan. Terdapat juga lokasi kesan sejarah di mana terdapat sebuah kapalterbang perang kepunyaan Tentera Udara British telah terhempas tidak jauh dari Draco Nature Camp.
      



MELIHAT BURUNG/BIRD WATCHING
   Salah satu aktiviti di Draco Nature Camp adalah aktiviti melihat burung atau bird watching. Terdapat lebih kurang 200 species burung di sekitar Draco Nature Camp.


SANTUARI IKAN TENGAS

          Untuk memperkayakan khazanah alam semulajadi, Draco Nature Camp sedaya upaya menambah dan cuba membiak ikan tengas liar yang ada di Sungai Cincin bagi tatapan dan sebagai kelansungan supaya tidak pupus oleh aktiviti penangkapan ikan.


BAGAIMANA KE SINI
       Jika menaiki kereta mengunakan Lebuhraya PLUS dari arah selatan keluar tol Tapah dan dari Utara keluar tol Gopeng menuju ke Chenderiang/Lata Kinjang/PLKN Kem Sentosa. Draco Nature Camp berhampiran PLKN Kem Sentosa.


SERBA SEDIKIT MENGENAI PEMILIK DRACO NATURE CAMP

             Draco Nature Camp dimiliki oleh En. Ahmad Hisham bin Panjang Karim, brumur 50 tahun. Banyak pengalaman berkaitan latihan dan berpengetahuan tentang alam semulajadi hutan, flora dan fauna. Beliau mengutamakan aspek keselamatan dari apa jua segi aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
   
    Beliau aktif dalam melakukan kerja-kerja amal, menyertai dan memegang jawatan dalam NGO, aktif melakukan konservasi menjaga alam sekitar, berjuang dan mendidik generasi sekarang dalam penjagaan alam sekitar.
    Antara kursus-kursus yang telah dihadiri beliau dan kegiatan beliau:

             1. Training Development di SMTT Australia.
             2. Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 3.
             3. Kursus Pemandu Pelancong Alam Semulajadi Tahap 2.
             4. Kursus Menyelamat Nyawa.
             5. Kursus Penyediaan Makanan.
             6. Tenaga pengajar dan fasilitator pelajar-pelajar sekolah antarabangsa.    
             7. Exco Pendidikan Gerakan Pecinta Alam Rakyat Malaysia (GERAK-NGO).

     Oleh kerana jasa-jasa beliau yang ditaburkan pada alam sejagat khasnya dan negara amnya, beliau telah dianugerahkan Pingat Jasa Malaysia (PJM), Pingat Pangkuan Negara (PPN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung Tunku Mizan Zainal Abidin pada tahun 2007. 


PAKEJ-PAKEJ YANG TERDAPAT DI DRACO NATURE CAMP
Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera. Di Sini Saya Sertakan Pakej-Pakej Yang Terdapat Di Draco Nature Camp Untuk Perhatian Pihak Tuan.

Pakej Aktiviti dan Harga di Draco Nature Camp ( DNC )
1- Family Chillout
RM10++/night/pax

2- Educational Nature Walk
RM25/pax, bermula jam 0900 setiap hari
Minimum 5 pax

3- Educational Night Walk
RM20/pax, bermula jam 0930 pm setiap hari
Minimum 5 pax

Pakej Berkumpulan
1- Camping 2 Hari 1 Malam
RM95++/pax
Minimum 25 pax
Termasuk : Khemah, Makan 3 Kali Sehari + Simple Bbq & Aktiviti
Add on;
* Pakej Bbq Kambing ( Wild Grill )
RM195/Per Head
* Pakej Kuzi
RM220/Per Head
* Pakej Normal Grill
RM135/Per Head

2- Camping 3 Hari 2 Malam
RM165++/Pax
Minimum 25 pax
Termasuk : Khemah, Makan 3 Kali Sehari + Simple Bbq & Aktiviti
Add on;
* Pakej Bbq Kambing ( Wild Grill )
RM245/Per Head
* Pakej Kuzi
RM270/Per Head
* Pakej Normal Grill
RM185/Per Head
Pakej Team Building
1- Pelajar Sekolah Rendah
2 Hari 1 Malam : RM80++/pax
3 Hari 2 Malam : RM145++/pax
Minimum 40 pax

2- Pelajar Sekolah Menengah/Kolej/Universiti
2 Hari 1 Malam : RM90++/pax
3 Hari 2 Malam : RM170++/pax
Minimum 40 pax
3- Pekerja Korporat
2 Hari 1 Malam : RM115++/pax
3 Hari 2 Malam : RM210++/pax
Minimum 30 pax

* Backpacker RM35/Per Day
Includes : Breakfast + Khemah + Basikal + Map

Pakej Berkhemah di Kampung Asli, Melihat Rafflesia dan Santai di Lokasi Air Terjun
3 Hari 2 Malam
RM250/pax (All in)
Minimum 20 pax

* Aktiviti-Aktiviti Yang Terdapat Di Draco Nature Camp :
1- Educational Nature Walk
2- Night Walk
3- Hiking
4- Nature Talk
5- Nature Walk
6- River Trekking
7- Melawat Kampung Orang Asli : Minum Petang & Menyumpit


Selain Itu, Kami Ada Menawarkan Beberapa Pakej Mendaki Gunung Di Sekitar Draco Nature Camp.
1- Pakej Gunung Relau Via Draco Nature Camp ( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM135/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
* Santai DNC + Extra Aktiviti

2- Pakej Gunung Bujang Melaka + Lokasi Serpihan Pesawat British Via Draco Nature Camp ( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM150/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
* Santai DNC + Extra Aktiviti

3- Pakej Circle Gunung Relau, Gunung Bujang Melaka + Lokasi Serpihan Pesawat British Via Draco Nature Camp( 3 Hari 2 Malam )
Min 10 Paxs
Max 25 Paxs
RM180/Pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
*Santai DNC + Extra Aktiviti

4- Pakej Gunung Kinjang Via Draco Nature Camp (3 Hari 2 Malam)
Min 10 paxs
Max 25 paxs
RM190/pax
Termasuk : Permit, Guide Berlesen, Peralatan, Makan 3 Kali Sehari
*Santai DNC + Extra Aktiviti

Untuk Sebarang Pertanyaan dan Kemusykilan Dari  Pihak Tuan, Boleh Menghubungi Talian :

012 5145023 Khairul 
012 4363272 atau email ke
ksecotours@gmail.com

Terima Kasih.


Sunday, February 19, 2017

Kurau Inn Homestay & Family Guest House

Kurau Inn Homestay & Chalet 
Unit 102
Bathrooms: 2
Bedrooms: 3
Beds: 3

Call Cikgu Rabain 0192407332


Unit 102 mempunyai 3 bilik tidur, 2 bilik mandi, dapur, ruang makan dan ruang tamu.
Kemudahan yg terdapat di unit ini:
Bilik Tidur Utama
Kurau Inn Homestay Unit 102: Master Bedroom ensuite
Katil saiz Queen
Bilik mandi beserta alat pemanas air
Penghawa dingin
Kipas siling
Bilik Tidur Kedua
Kurau Inn Homestay Unit 102: Bedroom 2
Katil saiz Queen
Penghawa Dingin
Kipas Siling
Bilik Tidur Ketiga
Kurau Inn Homestay Unit 102: Bedroom 3
Katil saiz Queen
Penghawa Dingin 
Kipas siling
Dapur
Kabinet
Dapur Gas
Mini Bar/ Fridge
Ruang Makan
Set Meja Makan
Ruang Tamu
Set Sofa
TV 50 inci dan Astro
Ban Pecah Tanjung Piandang 3km
Mee Udang Berasap 3km
Kuala Kurau 2km
Kuala Gula Seafood 6km
Kuala Gula Birds Sanctuary 6km
Sawah Padi 10m
Parit Sawah 10m
Ikan Puyu 10m
Ikan haruan 10m
Jalan utama 1km
Jalan kampung 10m
Kesibukan 5%
Ketenangan 95%

The hall
  
Dinning Area






Check In: 2PM - 10PM
Check Out: 12PM (noon)
Room type: Entire home/apt


Opposite view

Front view

Evening chats at the Gazebo 

Lets explore Kampung life

Homestay view from afar

Sunset view from Homestay