Sunday, September 29, 2013

Eko Tourism di Kuala Sepetang

Jemputan mengikuti program
Eko Tourism di Kuala Sepetang.
14 Sept 2013                  
SK Panchor 40 paxs Hutan bakau, menyemai benih dan kilang arang.
18 Sept 2013                   
SK Convent Bukit Mertajam Pakej dolphin, mee udang dan arowana bukit merah
21 Sept 2013                   
SK Bertam Indah SP. 66 paxs Pakej 2 hari 1 malam
22 Sept 2013                   
Eric Chan Hong Kong. Pakej dolphin & firefly
25 Sept 2013                   
SK Trolak Selatan 70 paxs Hutan bakau, menyemai benih dan kilang arang.
30 Sept 2013                   
MMU Cyberjaya 40 pax Floating Chalet 2 hari 1 malam
30 Sept 2013                   
SK Nakhoda Mohd Taib Lumut, 80 pax Hutan bakau, menyemai benih dan kilang arang.

Khairul Salleh

Thursday, September 26, 2013

Selamat Datang Ke Langkawi

Hotel Bahagia
Aturcara Lawatan 3 hari 2 malam Langkawi
Hari Pertama.
Feri dari Kuala Perlis ke Kuah
Bas dari Jeti Kuah ke Hotel Bahagia
Check in hotel 
Buffet Dinner di hotel
Free and easy. Jalan kaki ke Langkawi Parade 

Hari Kedua
Langkawi Parade
Sarapan di hotel
Jelajah Langkawi dengan kereta sewa pandu sendiri.
(5 buah kereta diguna secara bergilir)
Kopun 10% makan di Restoran Su. Mesti melebihi RM50 setiap kereta.

Hari Ketiga
Sarapan di hotel
Check out hotel
Bas dari hotel ke jeti
Feri ke Kuala Perlis.
RM170 seorang

Tuesday, September 24, 2013

Selamat Datang Kami Ucapkan

JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM VISIT SEPETANG: TAIPING BANDAR
WARISAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa program tersebut akan diadakan pada ketetapan
seperti yang berikut :
Tarikh : 25 – 26 Oktober 2013
Hari : Jumaat hingga Sabtu
Masa : Sepenuh masa
Tempat : Batu Ampar Resort, Kampung Paya Lintah, 33700 Padang Rengas, Perak
3. Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh berhubung dengan Khairul Salleh
Tel 0125145023.
Kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan amat dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

Sunday, September 22, 2013

21&22 September 2013 SK Bertam Indah, Kepala Batas


  



MASA / HARI6.30 - 8.00am8.30 - 10.30am10.30 - 11.00am11.00 - 1.00pm1.00 -2.30pm2.30 - 4.30pm4.30 - 5.00pm7.00 - 8.00pm8.30 - 10.30pm10.30pm
28.9.2013 (SABTU) Bertolak dari SKBI ke Stesen Kereta Api ButterworthSampai di Kuala Sepetang / Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang Kuala Sepetang & Taklimat oleh Pegawai Hutan / Program Tanam Pokok Bakau / Makan tengah hari / SolatLawatan ke Muzium Ngah Ibrahim, MatangCheck in Chalet / Minum petang /   Solat  Makan malam / Solat Melawat Night Zoo TaipingPulang ke Chalet / Rehat / Tidur
29.9.2013 (AHAD) Urus diri / Solat / SarapanLawatan ke Dapur Arang Kayu Eco Challenge / Aktiviti Jungle Tracking di Kawasan Hutan Paya Laut, Kuala SepetangMakan tengahari / Solat / *Bertolak pulang Sampai di SKBI

Monday, September 16, 2013

PAKEJ GROUP LANGKAWI

Lawatan  Berpandu Sekolah Rendah 3 HARI 2 MALAM

1. Tiket Feri Kuala Perlis- Pulau Langkawi – Kuala Perlis
2. Pengangkutan bas di Pulau Langkawi
3. Pemandu Pelancong (Green Badge Nature Guide)
4. Penginapan di Pantai Cenang @ Pekan Kuah, Langkawi
Sebilik katil Queen kongsi bertiga
5. Island Tours (8 Jam) . 

Aturcara 
Hari Pertama
11.00 am  Naik feri dari Jeti Kuala Perlis
(Makan bekalan dari rumah di dalam feri. Boleh beli KFC di Jeti Kuala Perlis jika tak bawa  bekal)
1.00 pm  Sembahyang di Langkawi
3.00 pm Check in Grand Beach Motel Pantai Cenang.
4.00 pm Minum petang di Grand Beach Motel. (Sandwish dan minuman panas) Window shopping kedai, restoran, souvenir shops, fast food restaurant,  Underwater World, Duty Free Shops.
6.00 pm Makan Malam di Grand Beach Motel 
8.00 pm Aktiviti Sekolah

Hari Ke 2
7.00 am  Sarapan di Grand Beach Motel
8.00 am Sukaneka di Pantai Chenang (Pihak sekolah sediakan hadiah)
10.00 am Lawatan dengan bas 8 jam. Pihak sekolah boleh menyenaraikan tempat yang  hendak dikunjungi dan kami akan menyediakan pemandu pelancong.
Makam mahsuri. Idaman Suri, Haji Ismail Group,Kilang memproses minyak gamat
Beras terbakarMembeli belah di pekan kuah, Hutan Paya Laut Kilim.
4.00 pm Singgah di pasar malam untuk membeli belah dan membeli makan malam.
6.00 pm Sampai di Grand Beach Motel
8.00 pm Aktiviti sekolah

Hari Ke 3
7.00 am Sarapan
8.00 am Check out Grand Beach Motel
9.00 am Lawatan ke Dataran Lang
11.00 am Selamat tinggal Langkawi dan Tour Guide.

Aturcara adalah tertakluk kepada perubahan

MareCet Matang Dolphin Research Project


This year, MareCet embarks on a new research project
in the world famous Matang Mangrove Forest Reserve
in the state of Perak, focusing on the comprehensive
ecology and conservation of coastal cetaceans in an
area well-known as "the world's best managed
mangrove production forest" and is a commercially
important fisheries area for Malaysia.
We had the opportunity to conduct some rapid
surveys in the area in 2011 and 2012, and found it to be
a viable site for the study of Indo-Pacific humpback
dolphins (Sousa chinensis)
An Indo-Pacific humpback dolphins (Sousa
chinensis) swimming near the mangroves in Matang.







 and Irrawaddy dolphins
(Orcaella brevirostris). Components of this project will
include estimation of abundance of the animals within
the study site, investigation of habitat preferences,
habitat use and movements of the dolphins, study of
dolphin-fisheries interactions and to provide advisory
File:OrcaellaBrevirostris.JPG
(Orcaella brevirostris)
for any upcoming plans for the development of a
small-scale dolphin-watching industry in the area.
Cetaceans have never been studied in this ecologically
important and diverse area, and we are very excited to
be doing so.
Photo: MareCet Photo: MareCet
Photo: MareCet




Sunday, September 15, 2013

SK Panchor Seremban

Senang sungguh bawa budak sekolah rendah. Lawatan pun berjalan lancar walaupun mulanya risau keadaan cuaca. Aktiviti bersama saya ialah melawat pusat eko pelajaran hutan paya, laut, menyemai benih bakau, melawat kilang arang, makan mee udang, dan night safari. Esok akan ke Bukit Merah main air.
Keadaan di pusat eko pelajaran pun bertambah baik dengan laluan patah telah dibaiki, tandas dibuka walaupun tekanan air begitu rendah sekali.


Salam....kami baru selesai mandi manda di bt merah.. Lepas ni berhenti di bt gantang dan terus balik ke seremban.... terima kasih di atas layanan yg sgt cemerlang...via sms 3:32pm

Friday, September 13, 2013

KUALA SEPETANG ECO TOURISM

1.       Eko—Tourism merupakan salah satu komponen tourism yang penting di GKC. Semasa FGD and

Technical Committee Meeting, isu kelip-kelip Kg Dew dan hutan bakau Kuala Sepetang telah ditimbulkan. Kelip-kelip, bird sighting, dolphin sighting, hutan bakau dan lain-lain merupakan tarikan penting kepada bukan sahaja pelancong tempatan, malah juga tarikan penting kepada pelancong antarabangsa. Pandangan pengusaha-pengusaha Eko-Tourism adalah penting kerana kita memerlukan penyertaan sektor swasta (kecil dan besar) bagi memanafaatkan anugerah semulajadi yang boleh menghasilkan pulangan yang lumayan kepada penduduk setempat.

2.       Pihak DO telah mengambil inisiatif untuk membuat tapak mee udang bagi menarik pelancong. Rasanya, pandangan pengusaha-pengusaha Eko-Tourism di Kuala Sepetang juga (selain Batu Kurau, Bukit Gantang & Selama) perlu diambil kira, malah patut melihat bagaimana kita mampu membantu mereka menarik lebih banyak pelancong.

3.       Salah seorang pengusaha Eko-Tourism di Kuala Sepetang adalah En Khairul Salleh Ahmad yang menjalankan Kuala Sepetang Eco Track (www.kualasepetang.com) (Tiada dalam Laporan Interim)

4.       Saya mencadangkan pihak tuan dapat menemubual beliau dan beberapa pengusaha Eko-Tourism di kawasan tersebut. Banyak pandangan mereka yang berguna.

Assalammualaikum En Amirul,

1.       Pihak Koridor Utara bersama Kerajaan Negeri Perak telah melantik Perunding untuk membuat Kajian Pembangunan di Daerah Larut Matang. Antara bidang yang dikaji adalah Pelancongan, termasuk Eko-Tourism.

2.       Boleh saya tau samada pihak perunding, RMA Perunding ada datang menemualbual En Amirul? Tourism adalah di bawah Prof (UTM).

3.       Kalau belum, boleh saya datang menemubual pada waktu yang sesuai? Tujuan saya ialah untuk mengetahui bagaimana NCIA dan Kerajaan Negeri boleh    membantu meninigkatkan industri eko-tourism di Larut Matang. Bagaimana untuk menarik lebih banyak pelancong asing yang berminat dengan eko-tourism ke Larut Matang.

Harap mendapat kerjasama di pihak tuan demi memajukan eko-tourism di Larut Matang. Sekian, terima kasih.

Wednesday, September 11, 2013

PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN KUALA SEPETANG

PERSATUAN PENGUSAHA PELANCONGAN KUALA SEPETANG
Bersama-sama memajukan industri pelancongan Kuala Sepetang




Pengerusi En.. Chuah (Kilang Arang Kayu Chuah)
Naib Pengerusi En Ah Ann (Seafood Xin)
Setiausaha En Khairul Salleh bin Ahmad (Eco Tourism)
Penolong Setiausaha Pn. Racheal (Boat)
Bendahari En. Lau (Boat)
Ahli Jawatankuasa Biasa.
 Mee Banjir Udang
Mee Udang Mak Jah
CJ (Boat)
Eng Wan (Floating Chalet)
Mohd Jusri Mohd Yusof (Guide)
En. Nasaruddin (Renjer)

Mr Lee (Sepetanginn)

Tuesday, September 10, 2013

2014- 6 juta pelancong ke Perak

IPOH - Kerajaan negeri menyasarkan enam juta pelancong melawat Perak sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 dengan kerjasama kerajaan pusat supaya limpahan ekonomi sektor itu dapat disalurkan untuk pembangunan negeri dan rakyat.
    
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Perak mempunyai produk pelancongan berkualiti dan istimewa yang boleh dilancarkan pada peringkat antarabangsa untuk menarik para pengunjung luar negara.
    
Antaranya ialah Hutan Negeri Royal Belum, Tapak Warisan Dunia Lembah Lenggong yang diiktiraf Unesco serta Hutan Paya Laut Matang yang diiktiraf kerana mempunyai pengurusan terbaik di dunia yang boleh dilawati, katanya.
    
"Saya berharap jumlah itu lebih daripada kunjungan pelancong semasa Tahun Melawat Perak 2012. Kerajaan negeri akan bersama-sama membantu kerajaan pusat supaya agenda nasional itu dapat dijayakan dan Perak akan menjadi sebuah negari yang menyumbang untuk TMM 2014," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di sini.
    
Katanya kerajaan negeri Perak turut berharap Kementerian Kewangan memberi pertimbangan sewajarnya terhadap cadangan untuk menjadikan kawasan Pulau Pangkor sebagai Zon Bebas Cukai bagi memacu pertumbuhan ekonomi, terutama dalam sektor pelancongan.

Bagaimanapun, Zon Bebas Cukai yang dicadangkan itu tidak akan mempunyai penjualan arak dan rokok di mana konsep bebas cukai yang dikemukakan Perak adalah berbeza berbanding Pulau Langkawi serta kawasan lain.
    
"Kita berharap kerajaan Pusat memberi pertimbangan Pangkor sebagai pulau bebas cukai, kita sedang berusaha walaupun kerajaan Pusat sebelum ini tidak memberi respons positif, mungkin sebab tidak mahu memberi persaingan di tempat lain. Kita tiada rokok dan arak, kita mahu berbeza," katanya.
    
Sambil mengakui bahawa usaha kerajaan negeri mempromosi produk pelancongan dilihat tidak begitu agresif, Zambry berkata sudah tentu pelbagai inisiatif terutama program pemasaran perlu digerakkan dengan lebih banyak.
    
Beliau berkata bagi melonjakkan semula sektor pelancongan Perak yang pernah terkenal, kerajaan negeri ada mengemukakan beberapa cadangan serta pendekatan kepada agensi berkaitan bagi memudahkan para pelancong menikmati keindahan negeri Darul Ridzuan.
    
"Kita memahami bahawa kawasan Lebuh Raya Utara-Selatan lebih panjang di negeri Perak berbanding negeri lain. Sebab itu kita merangka pelbagai pendekatan yang antaranya bagi membolehkan pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan singgah atau bermalam di Ipoh atau kawasan yang berada di sepanjang lebuh raya itu.
    
Difahamkan tidak kurang sejuta pengguna lebuh raya itu melintasi negeri Perak," katanya.
    
Katanya satu cadangan penambahan persimpangan keluar bertingkat dari Lebuh Raya Utara-Selatan telah dikemukakan kepada Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) supaya ia memudahkan kenderaan keluar-masuk ke kawasan sekitar lebuh raya itu selain cadangan kepada pihak PLUS untuk mewujudkan kawasan persinggahan di kawasan Gua Tempurung.
    
"Selain itu, Perak sebenarnya mempunyai lokasi menarik di kawasan lebuh raya untuk pengunjung singgah dan menikmati keindahannya. Sebagai contoh, kawasan berhampiran Gua Tempurung di mana kita dapat menyaksikan air terjun Lata Kinjang namun masalahnya tiada kemudahan untuk kenderaan berhenti di laluan itu," katanya.
    
Zambry berkata kerajaan negeri juga sedang merancang mewujudkan kawasan pertumbuhan baharu berhampiran sepanjang lebuh raya itu bagi membolehkan pengunjung singgah dan bermalam di kawasan berkenaan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
    
"Satu perkara penting yang perlu diambil perhatian ialah kedudukan geografi Perak yang hanya sekadar menjadi tempat persinggahan untuk makanan dan  sebagainya dan ini tidak memberi gambaran baik terhadap keseluruhan potensi pelancongan yang ada di negeri ini," katanya. - Bernama



Maklumat Produk Pelancongan Kuala Sepetang


PERMOHONAN BAGI MAKLUMAT TERKINI BAGI SEMUA PRODUK PELANCONGAN TERBARU UNTUK DIMASUKKAN DI DALAM LAMAN WEB PELANCONGAN YANG BARU – DISCOVER PERAK 2013
Dengan segala hormat dan takzimnya saya diarah untuk merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Perak melalui Tourism Perak akan menerbitkan sebuah laman web yang baru dengan imej dan pembaharuan keseluruhan rekabentuk dan pengisian terperinci serta terkini berkenaan industri pelancongan di Negeri Perak Darul Ridzuan seiring dengan Tahun Melawat Malaysia 2014 akan datang dan Discover Perak 2013-2015.
3.         Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini dengan sukacitanya memohon kerjasama pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan bagi memberikan maklumat dan keperluan kepada pentadbiran ini  bagi penyelarasan dan perlaksanaan seterusnya berkenaan dengan penyediaan laman web pelancongan yang baru seperti ketetapan berikut :
            3.1       Maklumat terkini dan terbaru di dalam produk pelancongan masing-masing;
            3.2       Logo syarikat / produk pelancongan masing-masing yang berkenaan;
3.3       Video pelancongan yang menarik untuk tontonan pengguna / bahan promosi ke luar dan dalam Negara; dan
3.4       Gambar-gambar menarik tempat / produk pelancongan masing-masing
(risolusi tinggi)
4.         Oleh yang demikian, segala maklumat tersebut bolehlah diberikan kepada pihak kami di alamat Tourism Perak Aras 1, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan di talian 05-2531957 atau talian faksimili 05-2410671 ataupun email kami iaitu perak_tourism@yahoo.com
5.         Kerjasama, perhatian serta tindakan seterusnya daripada pihak Y.Bhg.Dato’/Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.
‘1 MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’
‘JOM TEROKAI PERAK’

Saya yang menurut perintah,

(AIDA HAZLYN BINTI HASSAN)
Ketua Pegawai Eksekutif
Tourism Perak