Sunday, December 9, 2018

Pakej Percutian Ke Pulau Songsong Kedah.


Waktu perjalanan bot jam 10:00 pagi, balik jam 3:00pm
Day Trip Full Package Adult RM85 Children RM65
Including 2 meals and BBq. Snorkeling set, Guide & Water confident for beginners.
Free Flow Drink.
2 Days 1 Night Camping RM140 with 5 meals.
Call Khairul 0125145023

Waktu perjalanan bot jam 4:00pm, balik jam 9:00am





Ketinggian pulau anggaran 80 meter dengan cerun curam.Berkeluasan 500m persegi dengan pantai berpasir putih sepanjang 400 meter menghadap ke tanah besar. 
Kemudahan
Terdapat 4 wakaf
Kaunter watersport

Sebuah surau
Dewan kecil
2 telaga
15 tiang lampu sonar 100 watt
4 pintu tandas
15 pokok Rhu tempat lindungan berkhemah
10 pokok kelapa tinggi di tengah.
Pokok-pokok kelapa yang baru ditanam.
Catatan Pengembaraan.
Dari tol Sg Petani Selatan saya mengambil laluan Merbok melalui jeti Semelin, Sg. Batu, kaki Gunung Jerai hingga masuk Yan.
Tidak ada banyak papan tanda tempat menarik Kedah. Ketika hampir ke jeti Sg Udang pun tidak ada papan tanda Pulau Songsong.
Dari jeti LKIM kelihatan banyak bot nelayan ikan temenung yang berwarna warni. Jumpa dengan Boatman Tokwan di sebuah warung yang menawarkan banyak sarapan pagi.
Kelihatan juga beberapa pemancing bersedia untuk pergi memancing.
Kawasan parking memang banyak tetapi perlu dibuat petak.
Jarak dari Jeti Sg Udang ke Songsong anggaran 7km. 
Terdapat sedikit pokok bakau di sepanjang sungai terutama spesis api-api. Ketika bot keluar air sedang surut dan jelas kelihatan ikan belacak dan burung air seperti seriap, bangau, kedidi di dataran lumpur.
Walaupun kami sampai jam 10 pagi sudah terdapat 4 kumpulan pengunjung yang berkhemah di sini. 
Aktiviti
Snorkeling pantai Utara dari dewan kecil hingga ke boya kuning yang menempatkan rangka binaan untuk terumbu karang tanduk rusa. Beberapa pencandat sotong meranduk hingga ke paras dada. Kawasan ini hanya jumpa terumbu keras saja. 
Namun kehidupan marinnya sangat lumayan. Misi pertama Finding Nemo gagal.
Balik ke wakaf dan mandi air perigi yang dalam, jernih dan sangat sejuk. (Teringat zaman kanak-kanak)
Lepas kudapan jumpa Tokwan boatman.
Dapat lokasi soft coral di pantai Selatan saya turun snorkeling sekali lagi. 
Hampir hujung terumbu baru jumpa Nemo. Saya suka ikan ini kerana dia berani jaga kawasannya. Territorial animal.
Saya selam dan mereka mengacah hingga depan cermin mask saya. 
Saya suka namakan pulau ini sebagai Songsong The Red Island of Kedah kerana batuan merahnya. Ini juga satu penjenamaan nama antarabangsa. Pelancong Jepun saya Hemmi Dai sudah menyatakan hasrat untuk berkunjung ke sini. Hemmi Dai on your next visit we camping and bbq here. 
POTENSI.
1. Jika tempat ini dijaga dengan baik oleh Komuniti Bot Songsong dan disokong dengan bantuan oleh Sultan, MB, JPS, Perhutanan, JPS dan Majlis Daerah Yan ianya akan menjadi satu tarikan kepada pelancong tempatan.
2. Jabatan Laut, MOTAC dan Tourism Malaysia perlu melatih pemandu bot dan pemandu pelancong seterusnya mempromosi di peringkat antarabangsa.
3. Pada masa depan perlu hadkan pelancong kerana tempat yang kecil. Pelancong perlu mendaftar untuk masuk dan bayaran perkhidmatan perlu diselaraskan dengan hanya beberapa pakej sahaja.
4. Pengunjung perlu membawa keluar bungkusan/sampah yang dibawa dan perkara ini perlu dinyatakan dalam pakej.
5. Buat bbq di tempat yang dikhaskan sahaja. Dilarang bbq di atas tanah.
6. Tempat pembuangan sampah perlu ditimbus kerana terlalu dekat dengan perigi dan air larut resap dari sampah akan mencemarkan air perigi.
7. Untuk group besar mohon mereka buat khidmat masyarakat memungut sampah terapung yang terdapar di pulau ini.
8. Pihak majlis perlu letak tong sampah besar di jeti Sg Udang dan jeti-jeti lain yang membawa pelancong ke Songsong.

Sangat sesuai untuk perkhemahan kokurikulum, outdoor camping, teambuilding, khidmat masyarakat, CSR, pembersihan pulau.  
Hubungi Khairul 0125145023 untuk merancang program percutian anda.


Penginapan Homestay Banglo Zamani’s Place mempunyai 8 bilik secara keseluruhan. 
3 Double Bedrooms, 
3 Twin Sharing Rooms  
2 Deluxe Rooms

Pengunjung boleh juga menyewa kesemua bilik di Zamani’s Place jika anda ingat bercuti bersama keluarga besar anda. Berikut adalah pakej bilik di Zamani’s Place :


Kesemua Bilik - 24 Pax (8 Bilik @ MYR 2000- Termasuk Sarapan Pagi)