"Kg Dew boleh bertolak sekarang...."
Lawatan ini bertujuan memberi peluang kepada para peserta seminar yang berminat untuk melihat dan merasai pengalaman melihat kelip-kelip dengan dengan lebih dekat dan nyata. Melalui pengalaman ini diharap para peserta lebih prihatin dan menghargai keindahan fenomena dan kewujudan hidupan kelip-kelip ini. Lawatan teknikal ini dijayakan dengan kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Larut Matang dan Selama dan Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang. Sejumlah 7 buah bot milik Pejabat Hutan Daerah Larut dan Matang dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak disediakan. Kami menyusuri Sungai Sepetang sepanjang lebih kurang 7 km untuk menikmati pemandangan kelip-kelip yang hinggap di Pohon Berembang di sepanjang tebing sungai tersebut.
Memandangkan tarikh melihat kelip-kelip adalah pada bulan mengambang penuh,
maka fenomena tersebut tidak dapat dirasai sepenuhnya kerana cahaya bulan yang terlalu terang menyamarkan cahaya yang dikeluarkan oleh kelip-kelip tersebut. Walau
bagaimanapun kami dapat melihat kewujudan hidupan kelip-kelip di sepanjang sungai
tersebut. Kami menikmati pemandangan kelip-kelip mengeluarkan cahaya secara serentak
dan beritma seperti pokok krismas yang indah pada waktu malam. Lawatan ini berakhir pada pukul 10.30 malam dan ini akan menjadi satu pengalaman yang berharga pada setiap peserta.