Tuesday, October 29, 2013

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P) KANGAR

TARIKH LAWATAN : 28 & 29 OKTOBER 2013
CADANGAN TENTATIF PROGRAM
28 OKTOBER 2013
MASA
AKTIVITI
7.45 PAGI
BERTOLAK DARI SMKAP KE KUALA SEPETANG, PERAK
2.30 PETANG
DIJANGKA SAMPAI KE KUALA SEPETANG, PERAK
CHECK-IN (ASRAMA RAKAN TAIPING)
MAKAN TENGAHARI
4.00 PETANG
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 1
NAIK BOT MELAWAT PERKAMPUNGAN NELAYAN, BURUNG, DOLPHIN (2 JAM) 
6.30 PETANG
MAKAN MALAM
SOLAT MAGHRIB
8.30 MALAM
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 2
NIGHT SAFARI
11.00 MALAM
KUMPUL DAYA
29 OKTOBER 2013
MASA
AKTIVITI
6.00 PAGI
URUS DIRI, SARAPAN PAGI
8.00 PAGI
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 3
LAWATAN KE HUTAN EKO PENDIDIKAN PAYA LAUT MATANG KUALA SEPETANG
10.00 PAGI
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 4
LAWATAN KE DAPUR ARANG KAYU ECO CHALLENGE 
12.00 T/HARI
LAWATAN SAMBIL BELAJAR 5
LAWATAN KE MUZIUM PERAK
RIADAH DI TAMAN TASIK TAIPING
4.30 PETANG
BERTOLAK PULANG 
9.00 MALAM
DIJANGKA SAMPAI DI SMKAP

SMK Perlis

TENTATIF LAWATAN:
HARI PERTAMA (JUMAAT – 30 OGOS 2013)
0645AM PELAJAR BERKUMPUL
0700AM BERTOLAK KE TAIPING
0800AM BERHENTI UNTUK MINUM PAGI DI R&R GURUN, KEDAH

0815AM PERJALANAN KE TAIPING
1200PM TIBA DI PERASA AUTOCAMP,CHANGKAT JERING
1215PM DAFTAR MASUK PENGINAPAN
1230PM MAKAN TENGAHARI/ REHAT DIRI/ SOLAT ZUHUR
1430PM BERTOLAK KE HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU LARUT- 
                  MATANG, KUALA SEPETANG, TAIPING.
1500PM LAWATAN KE HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU KUALA SEPETANG  
                        
1515PM MENAIKI BOT/ BOAT RIDE KE HUTAN PAYA  BAKAU , PERKAMPUNGAN NELAYAN, MELIHAT LUMBA-LUMBA & DLL
1715PM SOLAT ASAR @ HUTAN PENDIDIKAN PAYA BAKAU  K.SEPETANG & LAWATAN KE DAPUR ARANG 
1830PM PULANG KE PERASA AUTOCAMP
     1930PM      REHAT DIRI & SOLAT MAGHRIB 
     2000PM      MAKAN MALAM  & BARBEQUE @ PERASA AUTOCAMP
     2130PM      KELIP – KELIP BOAT TOUR @ KUALA SEPETANG (OPTIONAL)
     2400PM      BERSURAI & REHAT JASMANI

SMKA Al-Irshad

 JADUAL PROGRAM SELEPAS PMR DAN KHIDMAT MASYARAKAT)
TINGKATAN 3
TENTATIF PROGRAM
Tarikh
Masa
Aktiviti
24/10/13
(Khamis)
7.30 pg
Bertolak dari sekolah ke Taiping
10.00 pg–12.00 tgh 
Melawat Zoo Taiping
1.00  ptg
Rehat dan Solat Zohor
2.00 – 6.00 ptg
Treasure Hunt – Taman Tasik Taiping
8.00 -10.00mlm
Acara Bebas
11.00 mlm
Penginapan Pusat Latihan Telekom Taiping
25/10/13
(Jumaat)
6. 00 pagi
Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.30 pagi
Sarapan
8.00pg
Berkunjung ke Dapur Arang Kayu Eco Challenge
10.00pg
Muzium Ngah Ibrahim, Matang
12. 00 tgh
Rehat, makan tengah hari dan solat Jumaat/solat Zohor
2.00 ptg-6.00 ptg
Naik bot untuk melawat perkampungan nelayan, burung, dolphin, memancing, menyauk kerang dll
7.00 malam
Solat Maghrib
8.00 malam
Malam Kebudayaan
Majlis Penutupan-penyampaian hadiah
11.00 malam
Solat Isyak dan rehat
26/10/13
(Sabtu)
6. 00 pagi
Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.30 pagi
Sarapan
8.00pg-
Aktiviti Khidmat Masyarakat di Perkampungan Nelayan-sukaneka dan gotong-royong
1.00 ptg
Rehat, makan tengah hari, solat zohor
2.00 ptg
Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang Kuala Sepetang.
-Tambahan untuk menyemai beih bakau ialah RM2
5. 00 ptg
Bertolak pulang

Tuesday, October 22, 2013

Jemputan lagi


Umum sudah tahu bahawa Taiping ialah Bandar Warisan dengan ikon pelancongan utamanya Taman Tasik, Zoo dan Zight Safari, Muzium Perak dan Bukit Larut. Mempunyai 33 perkara pertama di Malaysia Taiping juga bandar paling lembab dengan hujan dua kali lebih banyak dari purata tempat lain di Malaysia. 
Majlis Perbandaran Taiping melalui Zoo dan Night Safari mengambil langkah proaktif dengan mewujudkan program Zoo Renjer yang mana pengunjung boleh mendapatkan lebih ilmu mengenai binatang dan binatang nocturnal melalui penerangan mereka. Zoo Renjer dan para belia yang berminat juga dilatih untuk menjadi pemandu pelancong yang berilmu, ramah dan bermotivasi tinggi untuk menaikkan nama Taiping dalam bidang pelancongan.

Masih terdapat banyak lagi tempat menarik yang terdapat di Taiping dan sekitarnya yang masih belum diketahui umum.
Sebagai contohnya pekan Kuala Sepetang hanya 15 km dari Taiping menjadi terkenal dengan hidangan mee udang dan makanan laut yang segar. Di situ juga terletaknya Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang yang mempunyai pelbagai kemudahan untuk para pelawat mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ekosistem hutannya dan bagaimana pokok bakau menyesuaikan diri dengan keadaan air laut masin, berlumpur dan air pasang surut. Di sini juga terdapat banyak kilang arang kayu yang mana tidak ramai orang tahu bagaimana proses pembuatannya.
Bagi mengetahui lebih lanjut tentang hutan paya laut dan khazanah flora dan faunanya, pelancong boleh mendapatkan perkhidmatan pemandu pelancong Alam Semulajadi dari Kuala Sepetang Eco Track melalui sesawang www.kualasepetang.com untuk pakej-pakej lawatan menarik melibatkan aktiviti menaiki bot menyusuri sungai untuk melihat perkampungan nelayan, aktiviti nelayan, memerhati burung, burung helang, dolfin jika bernasib baik, menyauk kerang, memancing ikan, menangkul ketam. Waktu malam juga tidak sunyi di Kuala Sepetang. Setiap malam minggu terdapat pasar malam yang menyediakan pelbagai perniagaan dan aktiviti pelancongan diteruskan dengan aktiviti melihat kelip-kelip. Biasanya pelancong memilih aktiviti bot waktu siang, berehat sambil makan malam di restoran makanan laut dan selepas itu meneruskan aktiviti melihat kelip-kelip.

Satu Malaysia tahu akan kelazatan durian yang datang dari dusun-dusun tradisional di Batu Kurau. Namun ramai yang tak tahu di Batu Kurau juga menyediakan kawasan perkelahan jeram dan air terjun yang jernih dan menyejukkan. Terdapat 4 buah chalet yang menawarkan penginapan budget iaitu Chalet Kurau Stone, Chalet Seri Cempaka, Chalet Teratak Afrina dan yang terbaru Chalet Nor Cahaya Kg Repoh. 
Pelbagai aktiviti homestay kampung boleh dicuba seperti memasak lemang, ikan rempah, memetik ulam-ulaman yang tumbuh melata di sekeliling kampung, bermain dengan anak kambing sambil mengenalilah masyarakat Melayu Pattani yang peramah dan baik hati. 
Bagi yang menggemari sukan mendaki pula, anda boleh berkolobrasi dengan belia proaktif Batu Kurau bagi melalui pengalaman mendaki Banjaran Bintang dari Batu Kurau hingga ke Puncak Bukit Larut sambil melawat kawasan gua perlombongan bijih timah.
Pekan pagi Selasa sentiasa saja sesak dengan orang kampung membeli belah keperluan dapur hingga peralatan elektrik.

Zoo Taiping n Night Safari Tel: 605 - 8086577     Fax: 605 - 806 6025 
Kuala Sepetang Eco Track 012 5145023
Belia Proaktif Batu Kurau 013 4623827