Showing posts with label mee udang. Show all posts
Showing posts with label mee udang. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Percutian Mewah Boat House Kuala Sepetang



Alami percutian terhebat bersama keluarga tercinta dalam satu pelayaran eko pelancongan terhebat yang kami sediakan.

Kemudahan:
Sebuah bot mewah 30 kaki, tiga tingkat.
Sebuah kabin aircond selesa untuk penginapan 5 orang.
Sebuah bilik air dan tandas di dalam kabin.
Sebuah dapur memasak.
Pelantar boat yang luas, selesa dan berbumbung

Bagi para pelancong yang mengalami kesulitan mencari hotel, homestay atau resort di Taiping, Kuala Sepetang dan di Kuala Gula boleh mencuba percutian terhebat bersama kami.

Makanan dan minuman untuk 2 hari 1 malam
Makan tengah hari di Restoran Terapung Kuala Gula (Ketam Lembut)

Aktiviti:
River cruise perkampungan nelayan Kuala Sepetang.
Memerhati kelip-kelip, helang, burung, hidupan paya laut, memancing, menyauk kerang, lucky dolphin, sunrise at Strait of Malacca.

Lawatan:
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut
Kilang Arang Kayu
Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
Perkampungan Nelayan Kuala Gula
Kuala Gula Sanctuary Resort
Kuala Gula Birds Sanctuary

Pakej bernilai RM1500


Sunday, November 17, 2013

Pakej Lawatan Pendidikan 3 hari 2 Malam Taiping 2014

HARI PERTAMA
Check-ini rumah penginapan Taiping
- Pengurusan diri
- Solat
- Makan malam
8.30 malam - Bertolak ke Zoo Taiping 
9.00 malam  Night Safari. 
Pemandu pelancong akan memberi penerangan mengenai binatang nocturnal. Peserta dibawa berjalan kaki sejauh 1km  dan masuk ke kandang kelawar dan kandang hutan paya laut. Selepas itu kembali semula ke stesen tram dan menaiki tram ke seluruh kawasan zoo.   
- Pengurusan diri
- Solat 
- Rehat minda

HARI KEDUA
6.00 pagi - Pengurusan diri
- Solat 
- Sarapan pagi
8.00 pagi - Bertolak ke Taman Tasik untuk aktiviti Morning Walk.
Peserta akan dibawa berjalan kaki untuk menikmati ketenangan taman tasik sambil melihat flora dan faunanya. Para peserta juga akan dikenalkan dengan binatang-binatang dan burung yang ditemui serta mengenali pokok-pokok yang terdapat di taman tasik.
-Menjelajah Taiping Heritage Trail.
Peserta akan dapat melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah peninggalan Inggeris di Taiping.
-Belajar cara membuat kopi campuran di Kilang Kopi Antong.
-Lawatan pendidikan ke Muzium Perak.
12.00 tengah hari - Makan tengah hari
- Pengurusan diri
- Solat 
3.00 petang - Lawatan pendidikan Muzium Ngah Ibrahim
4.00 petang - Lawatan pendidikan dan menanam benih bakau di Hutan Eko Pendidikan Paya Laut Matang
5.00 petang - Mee Banjir Udang Mak Teh. Kuala Sepetang.
8.00 malam - Kelip-kelip Kuala Sepetang (menaiki bot dan tayangan slaid)
10.00 malam - Makan malam
11.00 malam - Pengurusan diri
- Solat
- Rehat minda

HARI KETIGA
6.00 pagi - Pengurusan diri
- Solat 
- Sarapan pagi
8.00pagi-Belajar cara membuat  arang kayu dan Dapur Arang Kayu Eco Challenge 
9.30 pagi Bertolak ke Kuala Kangsar (Industri Labu Sayong)
10.00 pagi - Belajar membuat labu sayong. (Tamat program)
12.00 - Berehat di Dataran Kuala Kangsar (Gerai makanan, kraf tangan, bot persiaran, taman permainan)
Pakej tidak termasuk pengangkutan.

Saturday, November 9, 2013

Pakej Pendidikan Zoo Taiping & Night Safari

Pendidikan lapangan sebenar yang paling bermakna sekali bagi pelajar-pelajar cilik yang datang dari jauh dan dekat ke Zoo Taiping n Night Safari. Jika di kelas mereka hanya mengenali binatang dari buku atau video yang dipaparkan tetapi di Zoo Taiping n Night Safari, pelajar cilik ini bukan hanya dapat melihat sendiri binatang liar dari dekat malah mereka dapat berinteraksi serta mengetahui diet dan tingkah binatang tersebut. Renjer Zoo yang mengendalikan program lawatan ini amat terlatih dalam mengendalikan pelajar-pelajar cilik anda. 
Ramai yg bertanyakan tentang Pakej Lawatan Pendidikan Zoo Taiping n Night Safari. 
Utk makluman Zoo taiping menawarkan 4 pakej iaitu :-
1. Edu Fun @ RM15 per pax (untuk tadika dan sekolah rendah)
2. Edu Fun n Learn @ RM25 per pax (utk tadika dan sekolah rendah)
3. Pakej Renjer (utk semua peringkat umur)
4. Pakej Orienteering (Utk. Sek. menengah, IPT dan belia)
Utk keterangan lanjut, sila hubungi KS Eco Tours 012 5145023.
Bagi aktiviti lain pakej pelancongan sekitar Taiping boleh dapatkan maklumat dari ksecotours@gmail.com.

Maklumat pakej dan harga tertakluk kepada perubahan semasa.








Thursday, May 2, 2013

Pakej Budget Perkhemahan Sekolah di Taiping

Pakej Budget RM110 seorang 3H 2M Sekolah Rendah untuk tahun 2013 sahaja
Hari 1
1.00pm Check-in Asrama Taiping
2.00pm Lawatan bot ke Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
3.00pm Lawatan jalan kaki ke Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
4.00pm Solat, minum petang dan rehat di Masjid Kuala Sepetang
6.00pm Singgah di Mc Donald Drive Thru
7.00pm Balik ke Asrama Taiping.
9.00pm BBQ Dinner di Kolam Renang Kemahkotaan.
10.00pm Night Safari

Hari 2
7.00am Sarapan pagi
8.00am Santai Taman Tasik / Memerhati burung
9.00am Mendaki Bukit Larut hingga pondok rehat 3 dan minum pagi di sana.
10.30am Mandi air pancur dan tukar pakaian di Kolam Renang Kemahkotaan.
11.00am Lawatan ke Taiping Heritage Trail
12.00pm Lawatan ke Muzium Perak
1.00pm Makan tengah hari di  Kolam Renang Kemahkotaan.
2.00pm Solat dan rehat di Asrama Taiping.
4.00pm Orienteering @ Mencari harta karun di Asrama Rakan: 10 orang sekumpulan
(Terdapat arahan-arahan tertentu untuk persediaan malam kebudayaan)
8.00pm Makan malam
9.00pm Malam Kebudayaan.(Tema: Masyarakat zaman purba nak meminang Puteri Gunung Ledang)

Hari 3
8.00am Sarapan pagi
9.00am Check-out Asrama Taiping
10.00am Lawatan ke Tasik Bukit Merah
11.00am Lawatan ke Ladang Ternakan Ikan Arowana
12.00pm Lawatan sawah padi
1.00pm Makan Tengah Hari di R&R Gunung Semanggol dan selamat tinggal.

*Keselamatan perkara utama yang sangat dititik beratkan.
*Semuanya tertakluk kepada cuaca dan program boleh diubah mengikut kesesuaian yang dipersetujui bersama.
*Sila dapatkan insurans perjalanan berkelompok.
*Pakaian yang sesuai untuk aktiviti.
*Aktiviti Orienteering dan Malam Kebudayaan memerlukan penglibatan guru.
*Bilik aircond untuk 4 orang guru. 



Wednesday, April 24, 2013

Matang Mangrove Reserve Tour






2015 GIT Rates (Price Per Person)
1. Guided Mangrove Park Tour 1 hour  RM20 (2 km walking distance)
2. Guided Mangrove Park Tour + plant mangrove seedling 1 hour  RM30
3. Guided Charcoal Factory Tour 30 minutes RM10
4. Guided Fisherman Village River Cruise 30 minutes RM30
5. Guided Mangrove River Cruise 30 minutes RM30
6. Guided River Cruise to Kuala Sangga, Strait of Malacca, fisherman activities, lucky dolphin, beautiful sunset etc 2 hours RM60


7. Guided Firefly Tour  90 minutes RM60
8. Lucky Dolphin Super Hunt RM120 4 hours.

Panduan kepada Tour Guide (Pemegang MyCard lain harga)
1. Memperkenalkan diri dan mengalu-alukan kedatangan tetamu
2. Menerangkan keluasan hutan paya dan unjurannya dari Utara Ke Selatan.
3. Menerangkan bagaimana pokok bakau menyesuaikan diri dengan air masin, pasang surut air laut dan tanah yang berlumpur.
4. Bagaimana akar, akar bergantung, daun dan buah mengadaptasi kepada ciri-ciri tersebut.
5. Menunjukkan contoh bunga, buah dan biji benih pokok bakau.
6. Mencari moluska seperti siput, ketam ataupun kulit kepah untuk ditunjukkan kepada pelawat.
7. Menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada ekonomi, sosial dan pelancongan.
8. Menunjukkan setiap binatang yang dikesan semasa lawatan dan penerangan mengenainya.
9. Menunjukkan spesis bakau yang berlainan yang terdapat di hutan pendidikan dan ciri-ciri perbezaannya.
10. Menerangkan prosedur menyewa chalet.

Saturday, January 26, 2013

Kuala Sepetang Destinasi Pelancongan


Let's Visit Sepetang
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee udang dan kerang-kerangan,
BBq 
Heritage Trail
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
Fishing at floating Chalet
Fisherman village 
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
Charcoal factory
Eagles
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang mencari rezeki yang halal.
Beautiful sunset
Cockles harvesting
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan. Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu. 
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh menyewa  bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.

Monday, December 24, 2012

Jalan-jalan cari makan: Mee Banjir Udang Mak Teh

Sejarah:
Mee Banjir Udang Mak Teh merupakan pengasas keagungan mee udang di Kuala
Sepetang yang sudah terkenal di seluruh Malaysia. Menjadi lebih terkenal lagi
apabila terbit dalam pelbagai program Majalah 3 TV3, RTM, NTV7, ASTRO dan
rencana dalam pelbagai penerbitan massa.

Sos pekat secukup rasa menjadi pelengkap kepada timbunan udang yang menutup
mee.
Terdapat dalam 3 saiz udang dengan harga antara 7-17 Ringgit Malaysia.

Rombongan yang menempah secara berkumpulan akan diberikan air berperisa
percuma.

Juga terdapat pelbagai menu lain seperti nasi goreng udang & ayam, sate dan
western food.

Setiap pelancong yang berkunjung ke Kuala Sepetang semesti mencuba kelazatan
mee banjir udang mak teh.

Juga menyediakan perkhidmatan penginapan, bot untuk menjelajah hutan paya
laut, dolfin dan kelip-kelip.


Price: RM 12

Saturday, November 10, 2012

KUALA SEPETANG RIVER CRUISE


KUALA SEPETANG ECO TOURISM 
RIVER CRUISE 2013
www.kualasepetang.com 
PACKAGE
SCHOOL
IPTA
PUBLIC
Fisherman village
Variety of boats
Kampong Seberang
Mangrove forest
Cockle farm                    (30 minutes)
Eagle feeding
Seafood Restaurant
Prawn Fisherman
Birds Watch
Charcoal Factory

RM 10
SK, SRJK


RM 12
SMK
SMJK




RM14

RM15
Adult

 RM10
Child

Min
RM80 
Kuala Sangga Day trip         (2 hours)
Dolphin, fishing and Cockles Harvesting
RM20
RM25
RM30 Min RM200
Fireflies Trip and Educational Slideshow
RM20
RM25
RM30 Min RM200
Day trip and Fireflies         (4 hours)
RM40
RM50
RM60 Min RM400