Saturday, March 27, 2021

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang

Di Matang (KUALA SEPETANG, PERAK) pun ada hutan simpan yang berusia lebih 100 tahun, wow menarik kan.

Pusat Eko-Pelajaran Hutan Paya Laut Matang


• 15 km dari Bandar Taiping
• Terletak di dalam Hutan Paya Laut Matang (Hutan Simpan)
• Harga tiket RM5 Dewasa RM2 Kanak kanak RM15 Pelancong asing RM2 Parking kereta 
• Dibuka dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Hutan Simpanan Kekal Negeri Perak berkeluasan 995,215 hektar (MAMPU 2017).

Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 40521 hektar, simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar pernafasan jangkang, kon, pensel dan lutut yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara
(Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang. Pusat EkoPelajaran Hutan Paya Laut Matang, aktiviti penternakan kerang, kilang arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. 
Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Pentas dan dewan serbaguna
Cafeteria. 
Tapak khemah
Tapak semaian (Penyelidikan)
Boardwalk
Papan maklumat
Penginapan
Pengangkutan Bot Pelancongan (Air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Bot river cruise dan Pemandu Pelancong

Tahukah Anda?
Sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia genap 100 tahun pada bulan 2014.
Kawasan hutan pokok bakau diurus secara berkekalan dan diiktiraf sebagai pengurusan hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan untuk penghasilan arang kayu dan kayu jaras.

Patuhi SOP yang telah ditetapkan

Pemandu pelancong Mohd Jusri Yusof, Khairul Salleh Ahmad, Khairul Azman Ahmad  dan Pak Abu.
Mohd Yussainy Md Yusop
Pusat Eko Matang Mangrove Forest Reserve, Kuala Sepetang