Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts
Showing posts with label kuala kangsar. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Kem Motivasi Tanjung Harapan

Kem Motivasi Tanjung Harapan terletak di Tasik Chenderoh, Raban Kuala Kangsar, Perak.
Tasik Chenderoh merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Asia Tenggara. Jarak dari Tol Kuala Kangsar hanya 16km sahaja.
Kem ini mula beroperasi sejak tahun 1998
Call 012 5145023


Kereta boleh sampai hingga ke jeti tetapi jika datang dengan bas kena menapak 400 meter. Tempat parking pun luas boleh menempatkan hingga 20 kereta jika disusun dengan rapat.






Pelbagai aktiviti boleh dijalankan terutamanya sukan air bermula dengan water confident, berakit, berkayak, tubing dan berenang. Bagi kaki pancing di sinilah syurga ikan pemangsa seperti peacock bass, sebarau, toman dan haruan. Anda boleh menyewa bot untuk aktiviti casting manakala keluarga anda boleh menjalankan aktiviti perkhemahan dengan anak-anak.


Jarak dari jeti hingga ke chalet hanya 400 meter sahaja. Biasanya peserta kem motivasi akan membuat rakit di jeti dan berakit hingga ke chalet. Mereka juga boleh berkayak dari jeti ke chalet.
Terdapat 10 A shape chalet. Setiap chalet menempatkan 2 katil bujang tetapi boleh memuatkan hingga 4 orang pada satu masa. Ada satu kipas meja untuk keselesaan penghuninya. Bilik air faham-faham lah di luar ye.
Gambar ini ialah bilik fasi ataupun guru. Oleh kerana kem ini baru dilanda banjir awal 2015 lalu, keadaan di dalamnya amat tidak menyenangkan untuk saya letakkan gambarnya di sini. Namun kedatangan anda pasti akan membantu kem ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada anda semua.
Terdapat banyak pokok hutan yang dijadikan sebagai naungan bagi meredupkan kem ini.
Kawasan padang yang luas untuk aktiviti perhimpunan dan pelbagai aktiviti sukan padang boleh dijalankan di sini. Jangan lupa untuk membawa peralatan sukan anda ke sini.
Dewan terbuka ini juga terkesan dengan banjir dan belum dikemaskan semasa gambar ini diambil. Dewan ini boleh memuatkan hingga 200 orang.
Suasana damai yang tak dapat ku ungkapkan.
Inilah jeti pendaratan kem ini di pinggir tasik.
Dari sini saja sudah boleh melontar tali pancing bagi menduga nasib anda. Minum petang sambil menghirup udara segar Tasik Chenderoh bersama keluarga tercinta..... pehhh..
Terdapat 10 unit kayak dan jika perlu kami akan menyewa dari pengusaha lain bagi memenuhi keperluan aktiviti team building yang dirancang.
Ni... anak saya cuba untuk sampai ke rumah pokok... nun di atas tu..
Dari atas sini akan nampak permandangan seperti gambar di bawah ini.
Tasik Chenderoh dengan ketenangan air dan banjaran Titiwangsa melatarinya.
Masa untuk balik, pilot bot ialah Caca yang berkata akan jadi pengurus kem motivasi ini suatu hari nanti. Insyaallah.
Selamat tinggal Kem Motivasi Tanjung Harapan.
Akan datang lagi ke sini dengan program team building dan kem motivasi.
So saya menjemput semua yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini untuk mencuba kem ini pula. saya pasti bahawa aktiviti sukan air dan keyakinan air yang dibuat di sini akan menarik ramai penuntut IPTA  IPTS.



Pakej Team Building & Survival       
Tarikh: 27 hingga 29  Mac 2015                                              
Bilangan Peserta : 100 orang
Aturcara:                                                                             
27 Mac 2015                                                               
12.00 Naik bot ke Chalet, Taklimat Program dan Check-in Chalet/ Makan tengah hari buffet.   

14.30 Outdoor individu. Membina model rakit yang boleh membawa selipar dengan 2 botol air 500ml dan lidi sate.  
Outdoor kumpulan. Membina rakit dari 10 botol air 500ml dan boleh membawa kesemua selipar ahli kumpulan.                             
17.00 Water confident, Keselamatan Air &  Asas Kayak.                                                        
18.00 Memasak Perkhemahan                                         
21.00 Teambuilding indoor                                                  
22.30 Kuliah persediaan mereka bentuk dan aktiviti rakit.       
                  
28 Mac 2015                                                                    
07.00 Sarapan                                                                   
08.00 Membuat , Pemeriksaan & Pengujian Rakit                                               
10.00 Selamat berakit ke Jeti                                 
12.00 Makan tengah hari dan rehat di rumah keluarga angkat.
                                                    
14.00 Taklimat dan aktiviti membuat pekasam.  Ucap selamat tinggal kepada keluarga angkat                       
17.00 Berakit ke Chalet                                                       
19.00 Memasak survival. Setiap kumpulan seekor ayam, 2 pancing dan 1.5 kg kentang.       
7:00 pm   Aktiviti kerohanian.                        
21:00 BBQ   
                                                                         

29 Mac 2915                                                              
06.00 Sarapan                                                            
07:00 Pertandingan memancing                                       
10.00 Refleksi                                                                     
11.00 Selamat Tinggal Chalet Tanjung Harapan   
12.00 Makan tengah hari di Restoran Tasik Raban Lauk kampong (Ikan Talipia Bakar dll)                                                   

Saturday, January 12, 2013

Penginapan Asrama Taiping

20 unit Bilik berdua RM30 seorang

Menawarkan penginapan di Asrama Taiping dengan kadar RM20 seorang untuk satu  malam. Terbuka kepada semua sekolah, IPTA / IPTS, serta sebarang pertubuhan atau organisasi yang ingin mengadakan lawatan ke Taiping Bandar Warisan. Bagi memastikan tempat, sila buat tempahan seawal yang boleh.
(Hanya 5km ke Bandar Taiping)
Kemudahan yang disediakan ialah
BLOK ASRAMA LELAKI
4 unit Asrama  8 orang      32 orang
2 unit Asrama 10 orang     20 orang
10 unit Bilik Berdua          20 orang (RM30)
BLOK ASRAMA PEREMPUAN
4 unit Asrama  8 orang      32 orang
2 unit Asrama 10 orang     20 orang
10 unit Bilik Berdua          20 orang (RM30)
Asrama Berhawa Dingin
Sila pasang cadar dan sarung bantal sendiri ye.....
Setiap penghuni akan dibekalkan cadar dan sarung bantal sahaja. Pasang sendiri.  Perlu dikembalikan semasa check out.
Jangan simpan barang berharga di dalam asrama.
Bilik air di luar asrama.

Kemudahan lain yang disediakan ialah
Bilik Mesyuarat
Bilik Kuliah
Bilik Komputer
Gelanggang sukan
Kafeteria

Asrama 8 orang
Tertakluk kepada tempahan awal dan kekosongan.
 4°53'53"N   100°44'4"E
  • Alamat: Jalan Bukit Jana, 34600, Kamunting, Perak
  • Kamunting
Kuliah









Aktiviti

Asrama 10 orang








Surau dan Ruang makan






Wednesday, July 25, 2012

Tentatif Lawatan IPG Kampus Sultan Abdul Halim


Day 1 September 2012

10:00am       Muzium Arkeologi Lenggong

12:00noon    Galeri Sultan Azlan Shah, Masjid Ubudiah, Istana Kenangan
Makan tengah hari sendiri di gerai pesisir Sungai Perak dekat bot penambang.

2:00pm        Check in Homestay Pakai pakaian lusuh

4:00pm        Mee Banjir Udang Mak Teh.

5:00pm        Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Kuala Sepetang
5:30pm        Bot aktiviti nelayan: Menangkul ketam, memancing, menyauk kerang, memerhati burung dan banyak lagi.                   

http://fireflyzone.blogspot.com/2011/12/pelancongan-aktiviti-nelayan-di-kuala.html

7:30pm        Makan malam nasi ayam termasuk air dan buah                   http://fireflyzone.blogspot.com/2012/05/institute-of-biological-science.html

10:00pm      BBQ (Chicken with french fries and corn and soft drink)
Day 2 September 2012

Pakai pakaian lusuh

7:00am         Sarapan pagi Nasi Lemak bungkus dan air teh 0.

9:00am         Dapur Arang Kayu Eco Challenge.
http://fireflyzone.blogspot.com/p/charcoal-tour.html

11:00am       Minum Pagi di SK Kg Dew

12:00noon    Lawatan ke Pusat Ternakan Ikan Arowana, Bukit Merah                  

Mandi, solat makan tengah hari di RR Gunung Semanggol.

2:00pm        Rehat di Homestay4:00pm        Muzium Matang
5:00pm        Kuala Sepetang Heritage Trail

http://fireflyzone.blogspot.com/2012/04/kuala-sepetang-heritage-trail.htmlhttp://fireflyzone.blogspot.com/2012/04/kuala-sepetang-dahulunya-dikenali.html

7:00pm        Makan Malam sendiri di Kuala Sepetang

8:00pm        Bot Melawat kelip-kelip.
Day 3 September 2012

Pakai pakaian lusuh

Sarapan pagi di tapak pasar malam Kamunting: sendiri

9:00am         Explorasi Gua Kelambu, Batu KurauMinum pagi di warung tepi gunung: sendiri1

2:00noon    Muzium Taiping
1:00pm        Taiping First Galeria RM5 seorang (Guided Tour)
Selamat Tinggal.


Amirul firefly

Kuala Sepetang Eco Tourism IP0373243-P