Sunday, July 22, 2012

Lawatan Lapangan ke Kampung Orang Asli Ulu Geroh, Gopeng Perak


Kepada para pelancong yang ingin mengalami pengalaman sebenar berada di Perkampungan orang asli datanglah ke kampung orang asli Ulu Geroh. Gopeng Perak. Berikut ialah catatan saya bersama keluarga yang ke sana pada 15 mac lalu. Ianya merupakan satu pembelajaran luar bilik darjah baru bagi saya dan keluarga.
Keistimewaan yang ada di sini ialah bunga rafllesia dan rama-rama Rajah Brooke
Tiba di Gopeng jam 11 pagi. Gambar ini ialah palong besar paip air zaman British dahulu. Dapat dilihat dari jalan besar Pekan Gopeng






Papan tanda yang cantik dan menarik memberikan petunjuk jelas kepada para pelancong.






Terpaksa parking kereta di my Gopeng Resort dan memulakan perjalanan sejauh 8km. Latihan olahraga kata anakku Norhafizah


Cendawan hutan yang hidup subur di sisa kelapa sawit yang dijadikan baja.

Rama-raya hinggap di tangan Amirul menyebabkannya berjalan dengan perlahan supaya tidak mengejutkan rama-rama itu.


Selepas itu terbang ke tudung Ifah pula. Kemungkinan bau hangit Ifah mendorong rama-rama itu mendekatinya.



Jumpa spider gergasi. Sesiapa nak jadi spiderman boleh cuba menangkapnya





Jalan singkat ke Cameron Highland. Sila ikut kiri Kampung Ulu Kampar.






Setelah 1 jam perjalanan yang memenatkan, maka jumpa perkampungan orang asli.






Kenderaan lama Land Rover. Nampak macam boleh beroperasi lagi.






Pohon durian sedang berbuah, mungkin 40 hari lagi dapatlah hasilnya. Yang istimewanya buah-buahan di sini tidak diganggu monyet. Pisang berbuah dengan tandan yang panjang.













Pemuda Semai ini dalam perjalanan pulang selepas bekerja di ladang kelapa sawit. Perhatikan pokok yang dipegangnya. Tongkat Ali Batin







Setelah penat berjalan dan dijanjikan dengan aktiviti renang Amirul tidak menunggu lama untuk menuntut janjinya.



Kanak-kanak orang asli yang pada mulanya memerhati dari jauh dan penuh rasa malu akhirnya tidak tahan godaan merasa kesejukkan air sungai.









Rama-rama Raja Brooke, Dewan Orang ramai, dapur memasak dan sessi bergambar seterusnya


Isteriku sedang memberikan sentuhannya pada masakan yang disediakan.
Amirul yang kelapar
an sempat memberikan post istimewanya.


















Tarian sewang juga dipersembahkan. ribuan terima kasih kepada Insan, Ngah Teroq dan makcik2 sekelian atas layanan dan keramahan anda semua

























Currently, there are only two MNS appointed orang asli Semai guide for Ulu Geroh Jungle Trekking. They are Ngah Teroq 017 569 1227 and Bah Ihsan 012 400 7564. You will find it hard to get through the number due to the poor reception at their village.

1 comment:

  1. Salam..mane nak dapatkan contacts untuk pergi berkunjung ke perkampungan orang asli ni?

    ReplyDelete