1. Pendahuluan
Pendedahan dan pendidikan
mengenai penjagaan alam sekitar di peringkat usia muda sangat penting kerana kanak-kanak
merupakan barisan pelapis dan pemimpin masa hadapan yang akan memastikan alam
sekitar kita ini terpelihara, tidak tercemar dan dapat dinikmati oleh generasi
akan datang.
Dengan adanya
program kesedaran alam sekitar seperti ini, generasi muda akan dapat mengetahui
dan mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti-aktiviti yang menerapkan
amalan hijau seterusnya dapat mempraktikkan peranan memelihara bumi kita.

Sehubungan
dengan itu, Kuala Sepetang Eco Track (K-SET) mengemukakan kertas cadangan “Program Kesedaran Alam Hutan Paya Laut” sebagai
satu sumbangan bagi membantu para peserta mengetahui, memahami dan mengamalkan
kitar semula bagi menanam kesedaran terhadap kelestarian alam sekitar.
2. OBJEKTIF PROGRAM
Di
akhir program ini para peserta diharap dapat
a. Mengetahui
konsep kitar semula
b. Menanam
kesedaran betapa perlunya kitar semula
c. Mengamalkan
ilmu kitar semula dalam kehidupan seharian.
d. Menyebarkan
ilmu yang diperolehi di kalangan keluarga dan rakan-rakan.
3. KANDUNGAN PROGRAM
Program
yang dijalankan memberi penekanan kepada:
a. Memahami diri dan kumpulan.
b. Faktor-faktor
yang menyebabkan pencemaran alam.
c. Asas-asas pengekalan alam sekitar.
d. Kepemimpinan
dan komunikasi
e. Permainan dan Kesenian
f. Mendekati kerjasama berpasukan
Untuk 10 peserta berumur 6 hingga 14 tahun | ||
MASA | BIL | KANDUNGAN |
10:00am-10:30am | 1 | Pendaftaran/Pembahagian Kumpulan/Memperkenalkan fasilitator |
10:30am-11:00am | 2 | Perasmian dikendalikan sepenuhnya oleh SYARIKAT |
3 | Tea Break | |
11:30am-4:30pm | 4 | Pit Stop Games/Educational |
Station 1: Mangrove Forest | ||
Station 2: Mangrove Trees | ||
Station 3: Mangrove seedling and reproduction | ||
Station 4: Mangrove animals | ||
Station 5: Making your own omelet | ||
Station 6: Fisherman | ||
Station 7: Charcoal Factory | ||
Station 8: Charcoal Art | ||
Station 9: Telematch | ||
Station 10: Mangrove Theatre | ||
Packed Lunch at each station at 12:00 noon | ||
Nap for 15 minutes in an air condition chalets | ||
Station 11: Boat Ride to Mangrove Forest and Fisherman Village | ||
Station 12: Mee Udang | ||
Station 13: Planting a tree | ||
8:00pm-10:00pm | Station 14: Fireflies | |
4:30pm-5:00pm | 5 | Majlis Penutup |
Cenderahati | ||
Alat tulis |
Program ini akan
dijalankan secara interaktif di mana terdapat keseimbangan di antara syarahan
dan penglibatan peserta. Bagi mengendalikan peserta yang ramai, peserta akan
diagihkan kepada kumpulan-kumpulan kecil dan setiap aktiviti dijalankan secara
berstation. Para
peserta akan bergerak dalam kumpulan dan melakukan aktiviti di setiap station
yang mereka lawati. Secara khususnya teknik latihan yang akan digunakan ialah
seperti berikut:
5. PENERIMAAN KERTAS CADANGAN
- Pengesahan bertulis mengenai penerimaan (atau jika terdapat pindaan) terhadap kertas cadangan ini hendaklah dibuat kepada K-SET seberlum program ini dapat dijalankan. Pengesahan tersebut hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 14 hari bekerja atau dari tarikh program hendak dijalankan.
6. TENAGA
PENGAJAR
Fasilitator yang
akan mengendalikan program ini ialah Green Badge Nature Guide, Guru, Zoo Renjer
dan tenaga pengajar yang dilantik oleh K-SET.
7. KETERANGAN LANJUT
Kuala Sepetang
Eco Track (K-SET) IP0373243-P
Kamunting Baru
Tambahan,
34600 KAMUNTING,
Perak Darul
Ridzuan.
(U/P: Cik Lisa bt Amirul)
Email:
amirulisa@yahoo.com.my
No comments:
Post a Comment