Saturday, January 5, 2013

Telaga Air Panas Perubatan Bt 9 Trong Hot Spring, Taiping Perak


Telaga Air Panas Trong  

Samsudin Hj. Ahmad

05-8553990
Kolam Air Panas,
Batu 9, Jalan Trong,
34850 Changkat Jering,
Perak.
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kolam Air Panas, Batu 9, Trong 34800, Changkat JeringTaiping ini seluas 1 ekar merupakan kolam air panas perubatan yang pertama di Taiping. Mula beroperasi pada 2002 ini sesuai untuk dijadikan rawatan kesihatan tubuh badan dan kulit. Tarikan utama kolam air panas ini ialah mandian herba, merendam kaki dan perkhidmatan mandi. Keunikan kolam air panas semulajadi ini ialah ketinggian paras airnya melebihi bumi dan suhunya tetap dan kekal walaupun cuaca sejuk.

ARKIB : 27/08/2008

Telaga Air Panas Perubatan



SAMSUDIN (kiri) mengambil air panas dari salah sebuah kolam di situ untuk diberikan kepada pengunjung.


TAIPING 26 Ogos - Walaupun tidak terkenal seperti 48 kolam air panas lain di negara ini, namun Telaga Air Panas Perubatan (TAPP) di Kampung Batu 9, Jalan Trong, Changkat Jering di sini terbukti setanding dengan kolam air panas sedia ada.
Malahan, boleh dikatakan telaga tersebut mungkin lebih baik dan menarik jika dibandingkan dengan beberapa kolam air panas lain berikutan pelbagai kemudahan disediakan termasuk landskap indah yang penuh warna-warni.
Antara kolam air panas yang popular di Malaysia ialah Wet World Pedas, Negeri Sembilan; Kampung Air Hangat, Langkawi; Resort Air Panas, Kampung Yok Lin, Ipoh; Kuala Woh, Tapah, Perak; Air Panas Parit Gerisik, Johor; Air Panas Setapak dan Gombak di Selangor dan Air Panas Poring di Sabah.
Apa yang menakjubkan pengunjung, air di tiga buah kolam di sini dikatakan mampu mengubati pelbagai penyakit berjangkit.
Tidak hairanlah sekiranya kolam air panas itu dinamakan TAPP sejajar dengan fungsi dan kelebihannya mengubati pelbagai penyakit.
Mengikut catatan sejarah, kolam air panas itu telah wujud sejak 100 tahun lalu dan diwarisi dari satu generasi ke generasi berikutnya.
Bagaimanapun, ia hanya dimajukan untuk menerima kunjungan ramai secara komersial pada Januari 2002 lalu oleh salah seorang ahli keluarga generasi keempat; Samsudin Ahmad, 63.
Sebelum itu, kolam air panas berkenaan dijaga oleh Mydin Nana Ibrahim (generasi kedua) dan Ahmad Mydin (generasi ketiga).
Samsudin berkata, beliau telah membelanjakan kira-kira RM6,000 pada peringkat awal untuk memajukan kolam air panas berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, sehingga kini jumlah itu meningkat lebih RM140,000, sebahagian besarnya dari wang persaraan beliau ketika berkhidmat di salah sebuah bank di Ipoh, Perak.
"Masih banyak lagi keperluan dan kemudahan asas yang harus disediakan untuk keselesaan pengunjung.
"Insya-Allah semuanya dapat disediakan secara berperingkat dan bergantung kepada sumber kewangan yang mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.
Katanya, buat masa ini, beliau baru menyiapkan lima bilik mandi tertutup untuk kegunaan pengunjung berendam dalam takungan yang disalirkan air panas dari kolam sedia ada.
Beliau berkata, apa yang menarik, tiga kolam di situ mengandungi air panas yang berlainan tahap suhunya.
Samsudin berkata, pengunjung hanya dikenakan bayaran RM3 sejam untuk menggunakan bilik mandi: kolam biasa (RM2); bilik mandi 'VIP' (RM10 sejam) dan kolam khas (RM30 sejam) yang boleh memuatkan kira-kira 10 pelanggan pada satu masa.
''Bagi kemudahan pelanggan saya juga menawarkan perkhidmatan urut tradisional bagi lelaki dan wanita.
''Pelanggan juga boleh mendapatkan rawatan resdung, mandi luluh dan mandi herba dengan bayaran yang berpatutan,'' katanya.
Beliau berkata, orang ramai yang ingin berkunjung ke situ boleh menghubunginya dengan menelefon 012-5040196 atau 05-8553990 atau terus sahaja ke Batu 9, Jalan Trong, 34850 Cahangkat Jering, Taiping.
Katanya, TAPP dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 12 malam termasuk pada hari cuti kelepasan (kecuali pada cuti hari raya).


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0827&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_01.htm#ixzz2H4cKE3SJ
© Utusan Melayu (M) Bhd 












No comments:

Post a Comment