Showing posts with label Lawatan Sehari. Show all posts
Showing posts with label Lawatan Sehari. Show all posts

Saturday, December 29, 2012

Homestay Seri Taiping 3

Hari Biasa                   Harga RM200 semalam   RM230 dua kereta 

 Peta Homestay Seri Taiping 3 in a larger map
Alamat
No 6, Jalan 1, Taman Jana Setia,
34600 Kamunting,
Taiping, PERAK.
(Mercu Tanda: Hotel SSL Traders)
Keterangan (2 aircond)
Sebuah rumah teres 3 bilik dengan 10 tempat tidur dan 2 bilik air yang terletak di belakang Hotel SSL Traders, Kamunting.
Homestay ini juga berdekatan dengan Homestay Seri Taiping 1 dan  Homestay Seri Taiping 2.
Berdekatan 5km dengan tempat-tempat pelancongan menarik di Taiping seperti Zoo, Muzium, Taman Tasik, Bukit Larut
1 km Tempat perkelahan air terjun Bukit Jana, 5km Taman Suria,
Bukit Merah dan Kuala Sepetang.
Penginapan keluarga untuk penjaga murid sekolah berasrama penuh SERATAS, MRSM, SMK Taman Tasik
(Kami mensasarkan pengunjung tinggal dua malam kerana ada kemudahan dapur yang lengkap)
Deposit RM100 ke akaun MBB 108056486884 (108-056-486-884) Khairul Salleh bin Ahmad
SMS ke 012-5145-023 Nama tetamu, tarikh penginapan, tarikh deposit dibayar dan jumlah untuk direkodkan dalam tempahan homestay.

Ruang Tamu
Set sofa 6 tempat duduk
2 kipas siling dan 2 lampu kalimantang
TV
Ruang baring tikar buluh yang boleh menempatkan tilam tambahan.
Hiasan gambar-gambar tempat pelancongan Tourism Malaysia.
3 kerusi malas plastik
1 seterika elektrik dan papan seterika
4 gang trailing socket untuk charge telefon
1 jam dinding
1 bakul sampah kering

Bilik Tidur Utama
1 katil queen dengan tilam spring dan 2 bantal
Dua tilam bujang tambahan
1 kipas siling
1 aircon
Hiasan gambar tempat pelancongan Tourism Malaysia.
Ampaian
1 tuala
Sejadah
Bilik air tandas duduk, sinki, shower dan cermin muka

Bilik Tidur Kedua
2 katil bujang diletak selari dan boleh memuatkan 3 tempat tidur.
Kipas Meja
Lampu Kalimantang
Ampaian

Bilik Tidur Ketiga
Katil Queen, Katil bujang dan 1 tilam tambahan
Aircond
Lampu Kalimantang
Kipas Meja
Ampaian

Dapur.
Alatan memasak dua penunu
Meja makan dengan enam kerusi
Kabinet
1 Peti Sejuk
1 periuk nasi elektrik 2.8 l
1 jug elektrik
10 pinggan  melamin
7 gelas melamin
7 cawan melamin
2 mangkuk melamin
2 besen plastik
1 kuali
2 periuk aluminium
Sudu 10, garfu 10, pisau 2, sudip, senduk 3, lesung batu, alas memotong.
Bekas garam dan kunyit
1 bakul sampah basah

Bilik air kedua
Tandas cangkung
Kolah air
Mesin basuh semi auto

Tuesday, May 1, 2012

Pakej 2 hari 1 Malam SMK Dato Mahmud Paduka Raja 2, Tanah Merah, Kelantan

Tanah Merah - Taiping - Kuala Sepetang - Bukit Merah
26 & 27 April 2012

Seawal 8.00 am acara dimulai dengan memohon restu ibu-bapa dan doa agar segalanya berjalan lancar.

Berhenti rehat di Puncak Banjaran Titiwangsa, merasai kedinginan dan kesegaran udara yang nyaman.

Sampai saja ke Kuala Sepetang para peserta dibahagi kepada 2 kumpulan besar. Kumpulan pertama dibawa belayar memerhati flora dan fauna hutan paya laut. Dengan menggunakan 2 bot laju, lancar membelah ombak untuk ke Kuala Sanggar. Di sini peserta dapat melihat pelbagai jenis burung hijrah dan tempatan. Helang menjunam menangkap mangsa, kawasan ternakan kerang, perkampungan nelayan, Chalet Terapung dengan alunan karaoke lagu-lagu mandarin yang dimainkan pengunjungnya.

                                 
Satu kumpulan lagi bersama En Wan yang saya bawakan khas dari Kuala Lumpur untuk menjelajah Hutan Eko Pelajaran Paya Laut Matang dan menjamu selera di Resoran Mee Udang Mak Jah. Peserta diberikan Pek Aktiviti dan taklimat tentang penyesuaian kepada persekitaran berlumpur dan berair masin. Bagaimana tumbuhan meneruskan kemandirian spesis masing-masing.

Sedapnya makan mee Udang Kuala Sepetang
Saya amat terpegun dengan jati diri orang Kelantan yang tetap mengatakan mee udang di Kg Teh, Kelantan lebih sedap lagi.


Kumpulan ini mengakhiri hari pertama dengan aktiviti melihat kelip-kelip yang turut disertai oleh Puan Pengetua Pah Fatimah dan En Shafie.





Aktiviti hari pertama diakhiri dengan lawatan ke Night Safari, Taiping.
Seronoknya tengok mereka semua bergambar dengan saudara-saudara yang lama tidak berjumpa seperti seladang, orang utan, buaya, badak air.




Peserta bermalam di empat buah homestay di Taman Jana Setia, Kamunting, Perak. Dari riak muka dapat ditelah bahawa mereka semua tidur nyenyak malam tadi.



Tempat kami bersarapan pagi berdekatan dengan kawasan air terjun yang jernih dan menyejukkan, Lain kali nak mandi pagi di sini lah.





Hari kedua dimulakan dengan lawatan ke Kilang Arang Kayu Kampung Dew. Ingat 5 proses itu
1. Memasukkan kayu bakau
2. Api besar
3. Api kecil
4. Penyejukan
5. Punggah kayu arang

Saya memohon maaf kerana ketika melawat ke kilang beras petugas yang memberi penerangan tidak dapat menyampaikan maklumat kepada kesemua peserta. Moral of the story ialah mesti ada pembesar suara dan akan melatih petugas ini dalam memberi penerangan yang lebih menyeluruh.
Selepas itu terus pergi ke Taman Tema Air Bukit Merah, En. Khairul sudah menunggu kedatangan kami dengan tag tangan tiket  masuk ke taman tema air itu. Kenapa tak ada gambar aktiviti extreme  




Ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua Pah Fatimah, Cikgu Wan Latifah, Pemandu Bas, Peserta yang mesra dan seluruh warga SMKDPR2 yang telah menjayakan misi ini.






Pakej 3 hari 2 malam.
Kuala Kangsar, Taiping, Kuala Sepetang & Bukit Merah


Butiran
Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Istana Kenangan Kuala Kangsar
Masjid Ubudiah Kuala Kangsar
Minum petang (sendiri) di gerai-gerai pesisir Sg Perak
Check in homestay untuk 1 malam. RM16 seorang
Night Safari 50%
BBQ (Chicken with french fries and corn & soft drink)
Sarapan pagi Nasi Lemak bungkus dan air teh 0.
Santai Taman Tasik
Bukit Larut Tambang Jeep
Kolam renang Kemahkotaan. Kaki Buit Larut
Minum Pagi sendiri di Bazar Bandar Taiping
Taiping Heritage Trail. 
Makan Mee Banjir Udang Kuala Sepetang Saiz Kecil
Lawatan ke Hutan Eko Pendidikan Kuala Sepetang
Bot aktiviti nelayan: Menangkul ketam, memancing, menyauk
Makan malam nasi ayam termasuk air dan buah
Bot Melawat kelip-kelip. 
Sarapan pagi Bihun Goreng, 2 kuih dan teh 0
Dapur Arang Kayu Eco Challenge. (Lawatan sahaja RM3)
Minum Pagi di SK Kg Dew
Lawatan ke sawah padi. Semanggol
Lawatan ke Tasik Bukit Merah
Lawatan ke Pusat Ternakan Ikan Arowana, Bukit Merah
Bukit Merah Waterpark (Normal price RM32)
Cendera hati





Saturday, March 24, 2012

Gua Pintas, Gunung Batu Kapur Sempeneh, Batu Kurau

Gua Pintas, Gunung Batu Kapur Sempeneh, Batu Kurau. PERAK
Jarak: 50 meter
Kesukaran: Sederhana
Mempunyai Stalagtit dan Stalitmit yang banyak dan menarik.
Perlu panduan dari fasilitator sebagai juru pandu. Di akhir perjalanan akan menemukan dengan Gua Kelawar
Gua KelawarGua Tapa Gua Pintas
Penthetor lucasii. The Dusky Fruit Bat roosts. 


Gua Pintas. Aku hanya mengetahui reflek retina ini ketika upload gambar. Siapakah penunggu itu?





Mungkinkah inilah penunggunya?

Eksplorasi Gua Kelawar

Gua Kelawar terletak di Gunung Batu Kapur Sempeneh Batu Kurau. PERAK
Sebelum aktiviti pelancongan dijalankan, tempat ini hanya dikunjungi oleh pencari baja tahi kelawar. Terdapat bekas guni plastik bagi mengisi baja ditinggalkan di beberapa bahagian gua.

Gua TapaGua Pintas
Kesan tapak bergayut jelas kelihatan dari bumbung Gua Kelawar ini.
Ribuan dari mereka berterbangan dalam ruang gua yang sempit namun tiada satu pun kemalangan berlaku. Betapa hebatnya teknologi pengemudian mereka. Aku cuba meniru teknologi pengemudian kelawar untuk sistem perhubungan jalan raya kita.
 Di samping itu juga kelawar merupakan ejen pendebungaan terutamanya raja buah Durian. Tidak syak lagi daya usaha semua kelawar ini telah menjadikan durian Batu Kurau durian terbaik di Malaysia. Aku cadangkan agar gua ini tidak digunakan untuk tujuan pelancongan kerana tidak mahu mengganggu mimpi di siang hari semua kelawar di sini.
Cave Nectar Bat (Eonycteris spelaea)
 Kebanyakan batuan di Gua Kelawar ini diliputi lumut kesan dari pembajaan kelawar.