

Pusat maklumat pelancongan Taiping yang menyediakan kios interaktif amat menarik lagi dan diharap pada masa hadapan akan pihak zoo akan menyediakan kios di tempat kaunter tiket kerana pengunjung biasanya berkumpul di situ sebelum membeli tiket. Pusat maklumat itu juga seharusnya mempunyai layar besar untuk slideshow dan taklimat atau apa saja dalam bentuk kuliah kepada kumpulan yang inginkan penerangan lanjut atau khusus.
Pagi ini bersama Norafifah, Norhafizah Salleh, Noraa Salleh dan Amirul pergi ke perasmian Festival Taiping yang di adakan di Pavilion Zoo Taiping. Letak kereta di parkir Casurina Inn dan berjalan kaki melalui taman permainan Bank Rakyat ( Taman Adudu, kata Amirul dipetik dari bentuk kapal angkasa dalam siri Boboyboi) Berjalan kaki dalam suasana pagi amat selesa dengan disambut oleh kicauan burung dan sekumpulan Dusky Leaf Monkey yang sedang menjamu selera dengan pucuk daun muda. Oleh kerana masih awal, ketiga anakku masuk dalam zoo dahulu.
Thanks for your grateful informations, am working in Tourism Portal ,
ReplyDeleteso it will be a better information’s for me. Try to post best informations like this always.