Vortex banner

Saturday, March 24, 2012

Eksplorasi Gua Kelawar

Gua Kelawar terletak di Gunung Batu Kapur Sempeneh Batu Kurau. PERAK
Sebelum aktiviti pelancongan dijalankan, tempat ini hanya dikunjungi oleh pencari baja tahi kelawar. Terdapat bekas guni plastik bagi mengisi baja ditinggalkan di beberapa bahagian gua.

Gua TapaGua Pintas
Kesan tapak bergayut jelas kelihatan dari bumbung Gua Kelawar ini.
Ribuan dari mereka berterbangan dalam ruang gua yang sempit namun tiada satu pun kemalangan berlaku. Betapa hebatnya teknologi pengemudian mereka. Aku cuba meniru teknologi pengemudian kelawar untuk sistem perhubungan jalan raya kita.
 Di samping itu juga kelawar merupakan ejen pendebungaan terutamanya raja buah Durian. Tidak syak lagi daya usaha semua kelawar ini telah menjadikan durian Batu Kurau durian terbaik di Malaysia. Aku cadangkan agar gua ini tidak digunakan untuk tujuan pelancongan kerana tidak mahu mengganggu mimpi di siang hari semua kelawar di sini.
Cave Nectar Bat (Eonycteris spelaea)
 Kebanyakan batuan di Gua Kelawar ini diliputi lumut kesan dari pembajaan kelawar.








No comments:

Post a Comment