Showing posts with label chalet. Show all posts
Showing posts with label chalet. Show all posts

Monday, December 14, 2015

Chalet Hotel Sport Fishing Teluk Bahang Penang

Hotel Chalet Sport Fishing terletak di Pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang. 5 km dari Batu Feringgi dan merupakan jalan mati paling utara di Pulau Pinang.  SMS @ Whatapps 012 514 5023

Berdekatan dengan Taman Negara Pulau Pinang National Park.
Mempunyai 38 bilik. Semua bilik air cond.
Bilik Standard  Twin Bed RM108 2 paxs
Bilik Superior Twin Bed RM140 3 paxs
Bilik Deluxe King Bed RM130 2 paxs

Amat sesuai sebagai penginapan keluarga dan rombongan sekolah yang membuat lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang.

Amat bersesuai untuk aktiviti berkumpulan seperti reunion, hari keluarga dan sukan.

Kemudahan lain ialah dewan mesyuarat dan dewan makan.
Tempat untuk BBq juga disediakan.

Tetamu boleh membeli ikan segar dari jeti nelayan yang terletak bersebelahan dengan chalet.

Pertandingan memancing boleh di anjurkan dari atas jeti persatuan, jeti kayu dan jeti USM.

Aktiviti sukaneka pantai juga boleh dianjurkan untuk kumpulan anda.

Berenang di pantai berdekatan chalet dan hotel amat tidak digalakkan kerana terkesan dengan air kumbahan dari manusia.

Jika hendak berenang dan berkelah adalah dinasihatkan menggunakan perkhidmatan bot ke Pantai Muka Head ataupun Monkey Beach.

Di sana terdapat perkhidmatan sukan air dan berkuda. Juga terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman.




 Budak kecil pun dapat ikan.

Semangat nak memancing dan lupakan mereka yang pergi ke Penang Hill.

Ikan ini nelayan tu offer aku free saja.
Siapa yang rajin menyiang ikan semasa percutian?
 Permandangan jeti dari pantai chalet.
Pantai Monkey Beach Muka Head.
45 minit hiking dari chalet dan hotel. 10 minit dengan bot 
Aktiviti berkuda 







Tuesday, May 19, 2015

Pakej Lawatan Ke Lumut, Pangkor Perak



Pakej Lawatan 2 Hari 1 Malam Ke TLDM Lumut, Perak.

1. Pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia Lumut Perak
Makan Tengah Hari di restoran
2. Menaiki kapal perang
3. Terminal Jeti Lumut, Dataran Putra, Jaluran Lumut Waterfront
4. Singgah di KFC atau Mc Donald atau 7 Eleven
5. Penginapan chalet di Teluk Senangin @ Teluk Batik @ Homestay
6. Seafood BBq Dinner
7. Sukaneka tepi pantai. (Tidak melibatkan aktiviti air)
Sarapan Pagi
8. Taman Paya Bakau, Lumut.
9. Jambatan Raja Permaisuri Bainun.
10. Lawatan ke Pusat Penetasan dan Konservasi Penyu Segari
11. Balai Pencerapan Anak Bulan

Surat menyurat kepada pihak terbabit akan kami bantu.

Kami juga boleh menganjurkan pakej teambuilding kepada sektor IPT / IPTS, organisasi kerajaan dan swasta.

 



Tuesday, February 24, 2015

Kem Motivasi Tanjung Harapan

Kem Motivasi Tanjung Harapan terletak di Tasik Chenderoh, Raban Kuala Kangsar, Perak.
Tasik Chenderoh merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Asia Tenggara. Jarak dari Tol Kuala Kangsar hanya 16km sahaja.
Kem ini mula beroperasi sejak tahun 1998
Call 012 5145023


Kereta boleh sampai hingga ke jeti tetapi jika datang dengan bas kena menapak 400 meter. Tempat parking pun luas boleh menempatkan hingga 20 kereta jika disusun dengan rapat.






Pelbagai aktiviti boleh dijalankan terutamanya sukan air bermula dengan water confident, berakit, berkayak, tubing dan berenang. Bagi kaki pancing di sinilah syurga ikan pemangsa seperti peacock bass, sebarau, toman dan haruan. Anda boleh menyewa bot untuk aktiviti casting manakala keluarga anda boleh menjalankan aktiviti perkhemahan dengan anak-anak.


Jarak dari jeti hingga ke chalet hanya 400 meter sahaja. Biasanya peserta kem motivasi akan membuat rakit di jeti dan berakit hingga ke chalet. Mereka juga boleh berkayak dari jeti ke chalet.
Terdapat 10 A shape chalet. Setiap chalet menempatkan 2 katil bujang tetapi boleh memuatkan hingga 4 orang pada satu masa. Ada satu kipas meja untuk keselesaan penghuninya. Bilik air faham-faham lah di luar ye.
Gambar ini ialah bilik fasi ataupun guru. Oleh kerana kem ini baru dilanda banjir awal 2015 lalu, keadaan di dalamnya amat tidak menyenangkan untuk saya letakkan gambarnya di sini. Namun kedatangan anda pasti akan membantu kem ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada anda semua.
Terdapat banyak pokok hutan yang dijadikan sebagai naungan bagi meredupkan kem ini.
Kawasan padang yang luas untuk aktiviti perhimpunan dan pelbagai aktiviti sukan padang boleh dijalankan di sini. Jangan lupa untuk membawa peralatan sukan anda ke sini.
Dewan terbuka ini juga terkesan dengan banjir dan belum dikemaskan semasa gambar ini diambil. Dewan ini boleh memuatkan hingga 200 orang.
Suasana damai yang tak dapat ku ungkapkan.
Inilah jeti pendaratan kem ini di pinggir tasik.
Dari sini saja sudah boleh melontar tali pancing bagi menduga nasib anda. Minum petang sambil menghirup udara segar Tasik Chenderoh bersama keluarga tercinta..... pehhh..
Terdapat 10 unit kayak dan jika perlu kami akan menyewa dari pengusaha lain bagi memenuhi keperluan aktiviti team building yang dirancang.
Ni... anak saya cuba untuk sampai ke rumah pokok... nun di atas tu..
Dari atas sini akan nampak permandangan seperti gambar di bawah ini.
Tasik Chenderoh dengan ketenangan air dan banjaran Titiwangsa melatarinya.
Masa untuk balik, pilot bot ialah Caca yang berkata akan jadi pengurus kem motivasi ini suatu hari nanti. Insyaallah.
Selamat tinggal Kem Motivasi Tanjung Harapan.
Akan datang lagi ke sini dengan program team building dan kem motivasi.
So saya menjemput semua yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini untuk mencuba kem ini pula. saya pasti bahawa aktiviti sukan air dan keyakinan air yang dibuat di sini akan menarik ramai penuntut IPTA  IPTS.



Pakej Team Building & Survival       
Tarikh: 27 hingga 29  Mac 2015                                              
Bilangan Peserta : 100 orang
Aturcara:                                                                             
27 Mac 2015                                                               
12.00 Naik bot ke Chalet, Taklimat Program dan Check-in Chalet/ Makan tengah hari buffet.   

14.30 Outdoor individu. Membina model rakit yang boleh membawa selipar dengan 2 botol air 500ml dan lidi sate.  
Outdoor kumpulan. Membina rakit dari 10 botol air 500ml dan boleh membawa kesemua selipar ahli kumpulan.                             
17.00 Water confident, Keselamatan Air &  Asas Kayak.                                                        
18.00 Memasak Perkhemahan                                         
21.00 Teambuilding indoor                                                  
22.30 Kuliah persediaan mereka bentuk dan aktiviti rakit.       
                  
28 Mac 2015                                                                    
07.00 Sarapan                                                                   
08.00 Membuat , Pemeriksaan & Pengujian Rakit                                               
10.00 Selamat berakit ke Jeti                                 
12.00 Makan tengah hari dan rehat di rumah keluarga angkat.
                                                    
14.00 Taklimat dan aktiviti membuat pekasam.  Ucap selamat tinggal kepada keluarga angkat                       
17.00 Berakit ke Chalet                                                       
19.00 Memasak survival. Setiap kumpulan seekor ayam, 2 pancing dan 1.5 kg kentang.       
7:00 pm   Aktiviti kerohanian.                        
21:00 BBQ   
                                                                         

29 Mac 2915                                                              
06.00 Sarapan                                                            
07:00 Pertandingan memancing                                       
10.00 Refleksi                                                                     
11.00 Selamat Tinggal Chalet Tanjung Harapan   
12.00 Makan tengah hari di Restoran Tasik Raban Lauk kampong (Ikan Talipia Bakar dll)                                                   

Thursday, May 2, 2013

Pelancongan Terbaik Di Kuala Sepetang

Tarikh: 1 Mei 2013 Hari Pekerja
Kumpulan: Dyson Manufacturing (RDD Analysis Team)
Ahli: Khizir, Ariffin, Faiz Saadah, Aidah, Zulhilman, Leman, Ashraf, Yati, Ira dan Nabilah.

Lawatan ke Hutan Pendidikan dipimpin oleh En. Nasaruddin seorang pegawai perhutanan di situ.

Aku mengambil alih dan sempat bergambar di pondok menunggu.
Aku katakan pelancongan terbaik kerana segalanya berjalan begitu lancar sekali dan kepuasan tidak terhingga bila terjumpa 3 kumpulan dolphin. Salah seekor darinya timbul hanya bersebelahan bot dan mengejutkan kami semua dengan hembusan udara yang kuat. Pada sebelah malamnya mereka disertai oleh 8 orang pelancong dari China untuk melihat kelip-kelip. Nasib baik tak jumpa si mata merah.
Bergambar dalam tanur arang
Akhir lawatan mereka semua menyatakan kepuasan dan aku menyeru mereka datang semula tahun hadapan untuk aktiviti di Bukit Larut pula.
Anjing laut


Pekena mee banjir udang













aktiviti melihat helang

aktiviti menyauk kerang

aktiviti memancing

minum petang

aktiviti menangkul ketam
time to release the crabs