Tuesday, February 24, 2015

Kem Motivasi Tanjung Harapan

Kem Motivasi Tanjung Harapan terletak di Tasik Chenderoh, Raban Kuala Kangsar, Perak.
Tasik Chenderoh merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Asia Tenggara. Jarak dari Tol Kuala Kangsar hanya 16km sahaja.
Kem ini mula beroperasi sejak tahun 1998
Call 012 5145023


Kereta boleh sampai hingga ke jeti tetapi jika datang dengan bas kena menapak 400 meter. Tempat parking pun luas boleh menempatkan hingga 20 kereta jika disusun dengan rapat.






Pelbagai aktiviti boleh dijalankan terutamanya sukan air bermula dengan water confident, berakit, berkayak, tubing dan berenang. Bagi kaki pancing di sinilah syurga ikan pemangsa seperti peacock bass, sebarau, toman dan haruan. Anda boleh menyewa bot untuk aktiviti casting manakala keluarga anda boleh menjalankan aktiviti perkhemahan dengan anak-anak.


Jarak dari jeti hingga ke chalet hanya 400 meter sahaja. Biasanya peserta kem motivasi akan membuat rakit di jeti dan berakit hingga ke chalet. Mereka juga boleh berkayak dari jeti ke chalet.
Terdapat 10 A shape chalet. Setiap chalet menempatkan 2 katil bujang tetapi boleh memuatkan hingga 4 orang pada satu masa. Ada satu kipas meja untuk keselesaan penghuninya. Bilik air faham-faham lah di luar ye.
Gambar ini ialah bilik fasi ataupun guru. Oleh kerana kem ini baru dilanda banjir awal 2015 lalu, keadaan di dalamnya amat tidak menyenangkan untuk saya letakkan gambarnya di sini. Namun kedatangan anda pasti akan membantu kem ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada anda semua.
Terdapat banyak pokok hutan yang dijadikan sebagai naungan bagi meredupkan kem ini.
Kawasan padang yang luas untuk aktiviti perhimpunan dan pelbagai aktiviti sukan padang boleh dijalankan di sini. Jangan lupa untuk membawa peralatan sukan anda ke sini.
Dewan terbuka ini juga terkesan dengan banjir dan belum dikemaskan semasa gambar ini diambil. Dewan ini boleh memuatkan hingga 200 orang.
Suasana damai yang tak dapat ku ungkapkan.
Inilah jeti pendaratan kem ini di pinggir tasik.
Dari sini saja sudah boleh melontar tali pancing bagi menduga nasib anda. Minum petang sambil menghirup udara segar Tasik Chenderoh bersama keluarga tercinta..... pehhh..
Terdapat 10 unit kayak dan jika perlu kami akan menyewa dari pengusaha lain bagi memenuhi keperluan aktiviti team building yang dirancang.
Ni... anak saya cuba untuk sampai ke rumah pokok... nun di atas tu..
Dari atas sini akan nampak permandangan seperti gambar di bawah ini.
Tasik Chenderoh dengan ketenangan air dan banjaran Titiwangsa melatarinya.
Masa untuk balik, pilot bot ialah Caca yang berkata akan jadi pengurus kem motivasi ini suatu hari nanti. Insyaallah.
Selamat tinggal Kem Motivasi Tanjung Harapan.
Akan datang lagi ke sini dengan program team building dan kem motivasi.
So saya menjemput semua yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini untuk mencuba kem ini pula. saya pasti bahawa aktiviti sukan air dan keyakinan air yang dibuat di sini akan menarik ramai penuntut IPTA  IPTS.



Pakej Team Building & Survival       
Tarikh: 27 hingga 29  Mac 2015                                              
Bilangan Peserta : 100 orang
Aturcara:                                                                             
27 Mac 2015                                                               
12.00 Naik bot ke Chalet, Taklimat Program dan Check-in Chalet/ Makan tengah hari buffet.   

14.30 Outdoor individu. Membina model rakit yang boleh membawa selipar dengan 2 botol air 500ml dan lidi sate.  
Outdoor kumpulan. Membina rakit dari 10 botol air 500ml dan boleh membawa kesemua selipar ahli kumpulan.                             
17.00 Water confident, Keselamatan Air &  Asas Kayak.                                                        
18.00 Memasak Perkhemahan                                         
21.00 Teambuilding indoor                                                  
22.30 Kuliah persediaan mereka bentuk dan aktiviti rakit.       
                  
28 Mac 2015                                                                    
07.00 Sarapan                                                                   
08.00 Membuat , Pemeriksaan & Pengujian Rakit                                               
10.00 Selamat berakit ke Jeti                                 
12.00 Makan tengah hari dan rehat di rumah keluarga angkat.
                                                    
14.00 Taklimat dan aktiviti membuat pekasam.  Ucap selamat tinggal kepada keluarga angkat                       
17.00 Berakit ke Chalet                                                       
19.00 Memasak survival. Setiap kumpulan seekor ayam, 2 pancing dan 1.5 kg kentang.       
7:00 pm   Aktiviti kerohanian.                        
21:00 BBQ   
                                                                         

29 Mac 2915                                                              
06.00 Sarapan                                                            
07:00 Pertandingan memancing                                       
10.00 Refleksi                                                                     
11.00 Selamat Tinggal Chalet Tanjung Harapan   
12.00 Makan tengah hari di Restoran Tasik Raban Lauk kampong (Ikan Talipia Bakar dll)                                                   

1 comment:

  1. bang detail pasal chalet nih x de ke..contact no. ke..sy berminat nk g nih

    ReplyDelete