|
Let's Visit Sepetang |
|
Tidak lengkap percutian anda ke Taiping jika tidak pergi ke Kuala
Sepetang. Terletak hanya 15km dari bandar Taiping, Kuala Sepetang
menawarkan aktiviti pelancongan yang sangat menarik. Restoran makanan
laut menyediakan pelbagai juadah makanan laut yang segar seperti mee
udang dan kerang-kerangan,
|
BBq |
|
Heritage Trail |
Hutan Eko Pelajaran menyediakan maklumat penting perihal hutan paya laut
dan khazanah yang ada di dalamnya. Laluilah laluan pejalan kaki
membelah hutan paya laut yang penuh dengan pokok bakau sambil
mempelajari peranannya melalui papan-papan kenyataan yang disediakan.
|
Fishing at floating Chalet |
|
Fisherman village |
Asalnya nama Kuala Sepetang tetapi kehadiran Inggeris telah menukar ke
Port Weld sempena nama Govenor Federick Weld. Kini, setelah kepulangan
Inggeris namanya bertukar kembali ke Kuala Sepetang. Ianya merupakan
pelabuhan yang sibuk ketika penemuan biji timah. Jalan keretapi pertama
di Malaysia di antara Taiping ke Port Weld memudahkan kerja memindahkan
biji timah dari lombong di Taiping ke pelabuhan.
|
Charcoal factory |
|
Eagles |
Kehadiran Inggeris yang mengambil alih kerja pentadbiran negeri telah
menyebabkan Ngah Ibrahim seorang pembesar Melayu yang mendapat autonomi
mentadbir kawasan Matang telah kehilangan punca pendapatan hasil
pungutan cukai timah dan ini adalah salah satu sebab bermulanya
penentangan pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu. Kini kediaman Ngah
Ibrahim telah menjadi muzium yang memaparkan sejarah penemuan biji timah
dan kronologi sejarah Daerah Matang sebagai kawasan pelombongan bijih
timah.
Industri arang kayu telah bermula dari tahun 1930 dan kekal sehingga
kini dengan modus operasi yang tidak banyak berubah. Kebanyakan kerja
masih lagi dengan tulang empat kerat dan para pekerja membanting tulang
mencari rezeki yang halal.
|
Beautiful sunset |
|
Cockles harvesting |
Industri perikanan menyediakan pelbagai pekerjaan kepada para nelayan.
Di Kuala Sepetang pelancong akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi
kerja para nelayan di pelantar. Aktiviti mengred ikan, udang, ketam dan
kerja-kerja membersihkan kerang. Ikan kering disusun kemas di bawah
terik mentari dan sekali-sekali motosikal roda tiga yang menggunakan
tayar kereta mengangkut hasil nelayan ke lori yang siap menunggu.
Bagi mengalami suasana sebenar kerja nelayan, para pelancong boleh
menyewa bot yang kami sediakan bagi menjelajah kawasan perkampungan
nelayan dan melihat aktiviti mereka dari sungai. Ini lebih mudah lagi
kerana para pelancong tidak perlu berjalan kaki dari satu pelantar ke
satu pelantar. Di samping itu juga pelbagai aktiviti pelancongan lain
seperti memerhati burung, helang, kelip-kelip, dolphin, sunset boleh
dirasai. Aktiviti nelayan seperti memancing ikan, menyauk kerang dan
menangkul ketam juga boleh dijalankan dengan perkhidmatan kami.
Pandora Outlet
ReplyDeletePandora Charms
Air Jordan
Air Jordan Retro 11
Jordan 11
Nike Air Max 270
Pandora Jewelry Official Site
Pandora Outlet
Jordan 4