Vortex banner

Sunday, March 31, 2013

Jom Berlakon Bersama TV Hijrah


28 Mac 2013
Per: Amirul
Pengarah Kuala Sepetang Eco Track Lot 7262, Jalan Sg Ranting Hilir, Kamunting Baru Tambahan, 34600 KAMUNTING, Perak Darul Ridzuan.
Tuan,
PER: PROGRAM ‘DESTINASI CUTI-CUTI 1 MALAYSIA’ TERBITAN KEMENTERIAN PELANCONGAN MALAYSIA DENGAN KERJASAMA TV AL-HIJRAH
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama TV Al-Hijrah akan menerbitkan sebuah program kembara untuk musim kedua yang memfokuskan kepada “eco-tourism, adventure & nature” sebagai destinasi utama dengan meneroka ke destinasi-destinasi hijau, menikmati keindahan alam semulajadi, kehijauan dan kecintaan kepada alam.
3. Di samping itu ia turut memaparkan tempat-tempat pelancongan bercirikan Islam seperti masjid-masjid dan juga monumen-monumen sejarah berkaitan Islam. Program ini juga tidak ketinggalan memaparkan tempat-tempat makan yang terkenal, unik dan lazat yang boleh dijadikan panduan kepada pelancong-pelancong tempatan mahupun luar. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai asas untuk mempromosikan program Tahun Melawat Malaysia 2014 yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pelancongan Malaysia.
4. Untuk makluman Tuan, destinasi yang dicadangkan di Perak adalah menikmati pengalaman percutian keluarga . Sehubungan dengan ini, pihak TV Al-Hijrah memohon kerjasama dan tajaan daripada pihak Kuala Sepetang Eco Track yang merangkumi pemandu pelancong, serta aktiviti dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat penggambaran adalah seperti berikut:
Tarikh Penggambaran : 11 Mei 2013 ( Sabtu )
Bilangan Krew : 10 Orang (Krew + Host + Artis Jemputan )
Aktiviti : ‘Mangrove Cruise’ , Sauk Kerang dan lain-lain aktiviti
5. Sebagai pulangan pihak kami akan memberi promosi kepada Kuala Sepetang Eco Track seperti berikut :
1. Temuramah dengan wakil penaja
2. Establish visual/ skrip tentang hotel / pakej di dalam program
3. Host mention
4. Paparan Logo di akhir rancangan
6. Pihak kami amat berharap mendapat sokongan tajaan daripada pihak tuan dalam melancarkan perjalanan penggambaran ini. Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Farah  (Penolong Penerbit) di talian 014-230**** dan email farah@tvalhijrah.com
7. Di lampirkan bersama merupakan jadual aktiviti di Kuala Sepetang. Di atas segala kerjasama dan perhatian pihak Tuan, kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Yang benar,
TV AL-HIJRAH
………………………………….
NOOR HARLIDA ABU BAKAR
Penerbit Kanan
019-258****
Jadual Aktiviti Kuala Sepetang
10.00 pagi Check out hotel
11.00 pagi Melawat hutan pendidikan
12.00 th Makan Tengahari di Restoran Mee Banjir Udang Mak Teh
1.00 pm Rehat di surau Jabatan Hutan
3.00 pm Melawat Kilang Arang Chuah
4.30 pm Rehat di masjid Kuala Sepetang
5.00 pm Aktiviti menangkul ketam, menyauk kerang, memancing, memberi helang makan, memerhati burung dan lain-lain.
7.00 pm Aktiviti Tamat

No comments:

Post a Comment