Friday, August 31, 2012

Jabatan Senibina Landskap (JSLP) UiTM Perak.

UiTM Perak. 

Pakej Kuala Sepetang EcoTourism

Kami amat berbesar hati mengalu-alukan kedatangan pelajar dan pensyarah dari UiTM Perak. 
Tarikh: 30.08.2012 12.00 tghari (Khamis) -                                                 
                31.08.2012 3.00ptg (Jumaat)
Jumlah Pelajar 42 org
Jumlah Pensyarah Pengiring:  3 org
Berikut ialah perincian perbelanjaan anda semua

30.08.2012 12.00 tghari (Khamis)
Makan tengah hari                         Nasi Tomato, Ayam Merah, Dalca and Jelatah serta Air
Lawatan Pusat Eko Pelajaran     (Pek aktiviti Hutan Paya Laut dibekalkan setiap kumpulan)
Mee Banjir Udang Mak Teh          Saiz besar
Boat Ride and Fireflies               Sandwish dan air kotak atas bot serta peralatan nelayan
Makan malam      Nasi Ayam

31.08.2012 
Sarapan sendiri di Gerai Makan Pasar Kamunting
Lawatan Kilang Arang     
Cenderahati percuma untuk setiap peserta




 Seramai 42 pelajar dan pensyarah dari Jabatan Lanskap melalui pengalaman unik di hutan paya laut dengan pelbagai aktiviti yang menarik, makanan yang lazat dan pengalaman baru yang amat berharga. Apa yang lebih penting mereka dapat merehatkan minda dengan melupakan sebentar beban pembelajaran. Kumpulan yang mengikuti saya berpeluang melihat dolphin yang bermain air kira-kira 50 meter dari chalet tempat kami memancing. Kumpulan yang mengikuti bot Mr Lim menang acara memancing dengan ikan-ikan yang bagak dengan 4 batang pancing

The best from UiTM Students

Pengerusi Koop sedang memberi ucapan

Rumah Baru pelajar UiTM

Jemputlah masuk ke rumah baru kami

Jejak kaki Fatin angkasawan negara ke 2 di planet Marikh

Tua Guide baru sedang beraksi
Tua guide Khairul sedan menahan nafas bagi menyembunyikan perutnya yang boroi

Bot baru Mr Lim

Hilang 20 helai uban saya setelah berinteraksi dengan orang muda

Aktiviti menyakat budak-budak

Kalau lu mahu naik ini jetty bayar 20 sen dulu

 Sedang berehat sambil memancing di chalet terapung. Kumpulan kami nampak sekumpulan dolfin sedang bermain air kira-kira 50 meter. Kesempatan ini kami ambil dengan bersorak kepada kumpulan dalam bot lain untuk berkongsi pengalaman.



Wednesday, August 22, 2012

Program Kesedaran Alam Sekitar Hutan Paya Laut




Program Kesedaran Alam Sekitar
Hutan Paya Laut
15 September 2102
Di Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang, Taiping, Perak

Nama:___________________________________________
Kumpulan:_______________________________________
Pembimbing:_____________________________________
Telefon Penjaga:__________________________________

Objektif:
Program ini secara amnya bertujuan memberi kesedaran kepentingan hutan paya laut kepada geografi, ekonomi dan sosioekonomi. Adalah diharapkan diakhir program ini nanti para peserta akan dapat memahami peranan yang dimainkan oleh hutan paya laut kepada ekonomi dan seterusnya berusaha untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang tidak ternilai ini.

Kaedah:
Melalui kaedah permainan, syarahan, latihan dalam kumpulan, main peranan, dan lakonan para peserta diajar tentang alam sekitar dan kepentingan penjagaannya dalam suasana yang menyeronokkan. Aktiviti lapangan luar bilik darjah ini akan mencetuskan suasana pembelajaran yang paling berkesan dalam menyampaikan mesej yang bakal diterima oleh para peserta.

Melalui teknik litar, para peserta diagihkan kepada kumpulan kecil yang diiringi oleh seorang pembantu. Mereka akan bergerak dalam kumpulan dan melakukan setiap tugasan yang diberikan. Setiap kumpulan mempunyai ketua masing-masing dan mereka akan dilatih bagaimana untuk mengucapkan selamat kepada fasilitator yang mengendalikan tugasan yang akan mereka jalankan.

Fasilitator akan menjalankan aktiviti untuk setiap kumpulan di stesen yang ditetapkan. Mereka juga akan menguji pemahaman peserta dan memeriksa nota atau latihan yang diberikan. Fasilitator juga akan memilih peserta dan kumpulan terbaik dengan pemberian token untuk dicalonkan bagi menaikkan motivasi para peserta dan mereka berpeluang mendapat hadiah .
Hadiah
  1. Kumpulan terbaik
  2. Peserta lelaki terbaik
  3. Peserta perempuan terbaik
  4. Kumpulan pilihan fasilitator terbaik (Lakonan, Tanaman, Seni Arang, Layang-layang)
  5. Ketua kumpulan terbaik
  6. Pembantu kumpulan terbaik
Diakhir program para peserta atau kumpulan menang yang akan menunjukkan lakonan atau hasil tangan yang dibuatnya.

Stesen 1: Hutan Paya Laut
Namakan 2 hutan paya laut yang terdapat di Malaysia

1.__________________________________________________________

2. __________________________________________________________
Nyatakan kepentingan hutan paya laut

1.__________________________________________________________

2.__________________________________________________________

3.__________________________________________________________

4.__________________________________________________________

5.__________________________________________________________

Stesen 2: Membuat layang-layang dari beg plastik yang telah digunakan.
Bahan-bahan
1.___________________________________________
2.___________________________________________
3.___________________________________________
4.___________________________________________
5.___________________________________________
Cara membuatnya.

Stesen 3: Lawatan ke Kilang Arang Kayu
Namakan 5 proses untuk membuat arang kayu.

Proses 1: _______________________________________________
Proses 2:_______________________________________________
Proses 3:_______________________________________________
Proses 4:_______________________________________________
Proses 5:_______________________________________________

Apakah bahan-bahan yang digunakan untuk membuat tanur.
________________________________________________________
________________________________________________________
Lukisan tanur saya

Stesen 4: Seni Arang
Nyatakan kegunaan arang kayu
1.___________________________________________________
2.___________________________________________________
3.___________________________________________________
4.___________________________________________________
5.___________________________________________________
6.___________________________________________________

Apakah tajuk lukisan arang anda.

____________________________________________________
Berapakah markah yang anda dapat:______________________

Stesen 5: Menyemai benih bunga keembung
Sila lukis bekas semaian yang anda buat.

Stesen 6: Penyesuaian pokok bakau terhadap air masin dan lumpur.
Keistimewaan daun bakau
_________________________________________________________
Keistimewaan kayu bakau
_________________________________________________________
Keistimewaan akar pokok bakau
Keistimewaan benih bakau

Stesen 7:Lukisan beg surat khabar yang saya buat
Stesen 8: Teater Hutan Paya Laut
Watak saya:________________________________________________
Ceritakan tentang watak anda
Autograf
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

Thursday, August 16, 2012

Recycle Reduce Reuse



3R Activities
All participants needs to bring newspaper, shopping plastic bag and 1.5 l drinking bottle

  1. Shopping bag from newspaper- kesedaran alam sekitar

Para peserta akan diterangkan penggunaan kertas yang mesra alam. Dengan membuat beg shopping mereka sendiri. Adalah diharapkan para peserta akan memahami bahawa kepentingan penggunaan beg kertas dan beg mesra alam lain dalam memelihara alam sekitar. Para peserta akan membawa pulan beg kertas yang mereka buat untuk ditunjukkan kepada ibu-bapa dan rakan-rakan di sekolah.






2. Plastic bag kite-

Gembira bermain bersama rakan-rakan dan membina perhubungan yang baik.
Penggunaan beg plastik yang mendominasikan beg mesra alam amat membimbangkan. Para peserta akan didedahkan akan mudarat penggunaan beg plastik kepada alam sekitar dan hidupan marin. Dengan mengguna semula beg plastik dan menjadikan layang-layang akan menaikkan motivasi peserta terutama sekali apabila melihat layang-layang yang dibuat dapat membuat penerbangan yang tinggi. Para peserta akan membawa balik layang-layang yang dibuat dan diharapkan agar dapat mengajar rakan-rakan yang lain membuat layang-layang beg plastik dan mengadakan pertandingan diantara mereka. Bahan yang diperlukan untuk membuat layang-layang ini ialah beg plastik, lidi penyapu 4 bilah, pita pelekat dan benang.




  
  1. Bottle Seedling _ Mengeratkan hubungan kekeluargaan.

Ini merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh kanak-kanak. Mereka akan berasa amat bangga apabila melihat benih yang disemai mula bercambah dan mengeluarkan pucuk baru. Para peserta akan membawa pulang semaian benih bunga keembung yang diajar dan merekod perkembangannya. Setelah anak pokok mencapai ketinggian 10 cm. Mereka akan menyuruh ibu-bapa mereka untuk memindahkan anak pokok ini ke pasu yang lebih besar atau ditanam di taman rumah masing-masing.




Teatre Mangrove (Lakonan)
  
Para peserta akan diberikan 4 watak utama
  1. Akar pokok bakau
  2. Batang Pokok bakau
  3. Daun pokok bakau
  4. Benih pokok bakau
Mereka akan memakai costume mengikut watak masing-masing.
Peserta lain akan bertanya apakah keistimewaan setiap watak. Watak utama akan menerangkan keistimewaan masing-masing dengan rasa bangga.
Kumpulan terbaik akan menerima hadiah dan membuat persembahan semula di majlis penutupan.

Charcoal Art

Para peserta diminta membuat lukisan mudah seperti gelas, botol ataupun bunga.