Vortex banner

Thursday, April 5, 2012

F.M.S.R - Taiping - Port Weld Railway Line Kuala Sepetang Heritage Trail

Kuala Sepetang dahulunya dikenali sebagai Port Weld dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld (Kuala Sepetang adalah nama asal sebelum dinamakan semula). Terletak berhampiran kuala sungai dan berada dalam daerah Taiping di Perak , ia bermula sebagai tempat perkampungan nelayan.

Tujuan utama landasan dibina adalah untuk menghubungkan antara kawasan perlombongan di Larut dengan pelabuhan terdekat iaitu Port Weld. Landasan keretapi juga telah memudahkan perjalanan keluar masuk buruh dan pelombong ke tempat bekerja.Ia menjadikan Stesyen Taiping sebagai stesyen keretapi pertama di negara ini. 
Tujuan utama British membina landasan kereta api dari Taiping ke Port Weld ialah bagi mengangkut bijih timah yang banyak di kawasan Larut, Taiping dan Matang. Kawasan hutan paya laut yang luas pula membekalkan bahan kayu api untuk enjin jentera wap keretapi dan pam air di kawasan lombong bijih timah. Sebelum adanya landasan kereta api, bijih timah diangkut melalui Sungai Larut dan terus ke Pulau Pinang. Menerusi Pelabuhan Pulai Pinang, bijih timah akan dieksport ke Britain.
Sungai Larut tidak lagi sesuai dengan jumlah bijih timah yang banyak. Perang Larut berlaku antara kumpulan Ghee Hin dan Hai San menyebabkan pengangkutan sungai Larut tidak cukup selamat. Muara Sungai Larut juga semakin cetek untuk kapal-kapal masuk dan rapat ke tepian.

Enjin yang digunakan dalam pembinaan landasan Port Weld-Taiping
PERAK (nama awal) adalah lokomotif pertama sekali diperkenalkan dalam sistem rangkaian keretapi di Tanah Melayu. Lokomotif berkuasa wap ini dibawa masuk melalui 'The Crown Agents' (Straits Settlements) , di datangkan dari England oleh pembuatnya 'Ransomes and Rapier, pada 18 May 1881 untuk Keretapi Kerajaan Negeri Perak (Perak State Railway). 


Rumah-rumah awal sekitar tebing sungai Port Weld
 Pembinaan landasan keretapi Taiping - Port Weld adalah permulaan kepadaperubahan utama yang mengubah landskap Semenanjung Tanah MelayuIa juga telah membawa kepada kemasukan pertama masyrakat keturunan Indiaterutamanya Tamil serta keturunan Sri Lanka ke Perak. (p/s: sejarah ni ada dlm Novel Interlok). Sir Frederick Weld sekali lagi berada di Taiping pada tahun 1883 bagi melihat dan memeriksa sendiri perkembagan kawasan ini. Beliau menghabiskan masa melawat landasan keretapi Port Weld, melihat perjalananpembinaan dan juga menaiki trak. Beliau juga telah melaksanakan rancanganuntuk membina talian telegraf di sepanjang jalan yang menghubungkanTaiping dengan Seberang PeraiIa hampir siap dan selepas itu kereta api disepanjang jalan yang sama akan dibina. Jika pembinaan landasan pertama ialah Port Weld, Stesen Keretapi Ipoh dicatatkan sebagai laluan keretapi penumpang pertama Malaya iaitu pada 17 Julai 1896. Keretapi ini membawa rombongan sultan Perak yang berlepas dari Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Conference of Chiefs of the Federated Malay States. 
 




  • Landasan dibuka pada : 1 Jun 1885
  • Pembukaan rasmi : Sir Hugh Low, Residen British Perak
  • Pembiayaan : £7000 ditanggung oleh Kerajaan Negeri Perak.
  • Status : sudah dibongkah WW II
  • Panjang landasan : 13.1 Km
* Difahamkan, setiap landasan milik KTM Berhad (KTMB) mesti mempunyai tanah rizab seluas 20 kaki (6.6 meter) di kedua-dua belah rel. Ini bermakna, semua bangunan dan deretan rumah serta kedai di situ dibina di atas tanah milik KTMB.*
Mungkin di bawah laluan lori ini terdapat landasan lama keretapi Port Weld
Alamat lama



































Gambar dirakam pada Jun 1885 apabila landasan sepanjang 8 batu dibuka secara rasmi dari Taiping ke Port Weld.










Stesyen Simpang Stesyen / Perhentian (Halt)
TAIPING 0.0 Km - SIMPANG 4.0 Km - MATANG ROAD 8.0 Km - PORT WELD 13.1 Km. 

Kini menjadi sebuah kuil yang besar di simpang halt

Taiping Station 1885
Stesyen Port Weld

Ini saja yang tinggal

Tiada usaha memelihara nilai sejarah laluan keretapi pertama negara.


Gudang KTM pada hari ini
Papan tanda dikatakan sudah dialih dari kedudukan asal selepas tiangnya patah. Penduduk tempatan mengambil inisiatif membina semula tiang konkrit baru setinggi kira-kira dua meter dan diletakkan di depan Kedai Kopi Guang Ming, kira-kira 20 tahun lalu.Asalnya, kedai itu adalah Stesen Kereta api Port Weld menempatkan bilik pejabat, kaunter tiket tetapi kini dijadikan kedai kopi. Bagaimanapun, struktur asal bangunan itu masih dikekalkan termasuk tiang kayu utama yang dicat semula.Sehingga kini, semua rel landasan sudah dibongkah, saki baki yang ada sudah tenggelam di dalam simen bangunan, gudang dan deretan rumah kedai di pekan kecil Kuala Sepetang.

* FMSR - Federated Malay States Railway sebelum nama KTMB.


Balai Polis Lama Kuala Sepetang
Gambar Daripada : KTMRFC

1 comment: