Thursday, April 12, 2012

Catatan gempa bumi 11 April 2012

4.40pm Gegaran kuat selama 5 minit dirasai oleh keluargaku di Taman Jana Setia 2, Kamunting. Semua penduduk yang terlibat gegas keluar. Kelihatan cermin tingkap dan pagar bergoyang.

5.00pm Hafizah melayari internet untuk mengetahui perkembangan gempa bumi. Ianya berlaku di laut hitam berdekatan Samutera. 8.9 skala Ritcher. Aku menelefon rakan sekerja di Kuala Sepetang untuk mengetahui keadaan di sana dan mereka juga menyatakan ada juga berlaku gegaran.

6.10pm Aku bersama Azli berkereta ke Kuala Sepetang untuk menguruskan tempahan yang telah dibuat.

6.30pm Khairul Afendi menelefon dan menasihati agar tidak turun ke laut serta memerhatikan tingkahlaku binatang seperti burung, dan haiwan ternakan.

7.00pm Jumpa En Yusof yang membuat tempahan. Beliau merupakan pelancong istimewa kerana membawa satu nota berkaitan pelancongan kelip-kelip yang dipetik dari blog ini. Jarang rasanya dapat pelancong yang membuat persediaan yang begitu rapi sepertinya, Pn. Ros dan Liyana. Kami berbual di kedai kopi dan En Yusof juga memberitahu tentang perbidalan orang Sumatera mengenai tsunami yang antaranya menyebut tentang kelaku binatang. Burung berterbangan, gajah lari ke bukit dan sebagainya.

Aku juga bergegas jumpa ketua rombongan melihat kelip-kelip kumpulan cina yang datang dengan bas. Demi keselamatan semua pakej lawatan dibatalkan.

Pihak polis Kuala Sepetang membuat pengumuman amaran tsunami dengan kereta peronda. Semestinya datang dari Taiping.

7.30pm Aku meninggalkan Kuala Sepetang bersama dengan 7 ekor ketam nipah gred A seberat sekilo RM15

10.00pm Dapat maklumat amaran tsunami ditarik balik.

No comments:

Post a Comment