Sunday, May 15, 2011

Bengkel Kesedaran Eko-Pelancongan


Tarikh: 14 dan 15 Mei 2011
Tempat: Dewan Orang Ramai Kampung Dew Seberang
Seramai 40 peserta dari Kampung Dew dan kampung-kampung berdekatan telah menjalani bengkel ini. Matlamat utama ialah sebgai amalan pengurusan lestari dalam aktiviti ekopelancongan memerhati kelip-kelip oleh masyarakat tempatan sebagai sebahagian daripada pemeliharaan dan pemuliharaan sungai dan hutan bakau di sepanjang Sungai Sepetang. Di antara pengisian bengkel ialah mengenai pengurusan dan perkhidmatan eko-pelancongan. Peserta telah didedahkan teknik perkhidmatan kepada pelancong dan ilmu ikon-ikon semulajadi pelancongan seperti kelip-kelip, burung, hidupan sungai serta ikon dapur arang dan industri berkaitan Sungai Sepetang seperti memancing udang galah, menangkul ketam, serta kehidupan seorang nelayan. Akitiviti yang paling menarik ialah praktikal pemandu pelancong di mana peserta diberikan tugasan sebagai pemandu pelancong untuk beberapa tempat seperti Lanskap Kampung, Dapur Arang, Ekologi Sungai, Aktiviti Masyarakat Kampung dan Pemandu Pelancong Kelip-kelip. Fasilitator terdiri dari ngo Malaysian Nature Society (MNS) dan Global Environment Centre (GEC) disokong oleh Kementerian Sumber Asli dan ditaja oleh Ramsar Regional Centre East Asia (RRC EA). Bengkel ini telah dirasmikan penutupannya oleh Dato See Tean Seng, Penyelaras Dun Kuala Sepetang dan diakhiri dengan penyampaian sijil.











8 comments:

  1. hello Cikgu
    Your front page introduction, please edit .... the firefly larvae do not live inside the snail... the firefly bites on to the snail, then release the toxin to paralyse and digest the snail internally. After that it will suck the digested juice and leave the shell empty. Cheers Sonny

    ReplyDelete
  2. Another one Cikgu, the adult male fireflies congregate on the leaf of the berembang tree at night to attract females..... edit from 'to drink dew'... Cheers
    sonny

    ReplyDelete
  3. replica bags reddit hop over to these guys w1k84u8p91 replica bags philippines greenhills replica bags south africa replica gucci bag z2u05w8d83 replica bags aaa replica bags canada replica hermes handbags k1f15p9g41 replica bags lv

    ReplyDelete