Saturday, May 21, 2011

Pakej 7 jam

Selamat sejahtera Mr Ng,

Terima kasih kerana sudi membuat rancangan datang melakukan aktiviti disini.
Berikut ialah jadual lawatan untuk anda dan rakan-rakan

2.00 pm
Lawatan ke Kilang Arang
Peserta akan dibawa melawat ke kilang arang serta merasa pengalaman berada dalam dapur arang yang panas seperti di dalam SPA. Anda juga boleh mencuba melakukan sendiri kerja-kerja memproses arang seperti mengangkat kayu bakau, membuang kulit kayu bakau, dan menggred arang.

2.30 pm
Taklimat keselamatan dan latihan menggunakan set pancing, mengenali umpan dan teknik memancing udang galah.

2.50 pm
Pelayaran dimulakan. Peserta dapat melihat kawasan sugai air tawar dan kawasan sungai air payau (tawar + masin) serta melihat hidupan liar yang ada seperti monyet, biawak, burung raja udang.

3.00 pm (Stesen 1)
Aktiviti memancing udang galah dimulakan.
Peserta akan dibawa berpindah ke beberapa stesen lagi untuk mencuba tempat baru sekiranya tidak mendapat udang galah.

5.00 pm
Aktiviti menangkul ketam
Peserta akan diajar cara memasang tangkul, meletakkan umpan dan melabuhkan tangkul ke dalam air, tangkul akan dibiarkan beberapa jam supaya ketam boleh masuk ke dalamnya.

5.30 pm
Lawatan ke Hutan Pendidikan Paya Laut Matang
Peserta akan berpeluang pergi ke tandas dan berjalan kaki melalui laluan dalam hutan bakau. Peserta dapat melihat dari dekat pokok-pokok bakau, tanah lembab dah hidupan yang terdapat di situ.

5.30 pm (Kalau dah rasa lapar anda boleh terus minta dan kami akan buat)
Makan petang juga kami sediakan.
Menu: Cucur udang dan air. Cucur udang akan digoreng semasa peserta melawat ke Hutan Pendidikan. Peserta juga boleh menggoreng sendiri jika mahu. Kita makan di atas bot atau di atas jeti Hutan Pendidikan. Sos cili @ sos tomato yang mana satu pilihan anda.... atau kedua-duanya.

6.30 pm
Melawat Perkampungan Nelayan.
Semasa menyusuri sungai peserta akan dapat melihat keunikan rumah-rumah nelayan yang didirikan di atas air sepanjang sungai. Pelbagai aktiviti nelayan boleh dilihat seperti membersihkan pukat, menggred kerang dan membuat ikan masin.
Kita juga akan memancing ikan duri di sini untuk dijadikan umpan bagi burung helang merah (Brahminy Kite) menyambar ikan tersebut. Jika sambaran dibuat berhampiran dengan bot, peserta dapat mendengar bunyi sayap helang dengan begitu menarik sekali. Zoomkan kamera anda pada ikan dan cuba shoot ketika helang itu menyambar ikan. Jika dapat saya pasti itu merupakan shoot terbaik anda. (Saya pun nak bawa kamera juga)
Jika ada nelayan sedang mengumpul kerang kita akan tengok mereka melakukan pekerjaan tersebut. Kita juga akan mendekati sangkar peternakan ikan. Sekiranya ingin memakan ikan segar anda mungkin dapat membelinya terus dari pengusaha sangkar ikan tersebut. Jika nak goreng ikan tersebut saya boleh bawakan sedikit garam dan kunyit @ anda hendak memasak resepi sendiri.

7.30 pm
Melihat matahari terbenar (Sunset)
Kalau yang datang dengan kekasih ini merupakan saat yang paling indah.....Kita akan menyaksikan keindahan alam ciptaan tuhan.

8.00 pm
Kita mungkin singgah sebentar di restoran untuk makan malam ini terpulang kepada anda semua. Segala kos makan adalah tanggung jawab anda. (Tidak termasuk dalam kos)

9.00 pm
Mengangkat tangkul ketam & Aktiviti melihat kelip-kelip
Cubalah nasib kita... Adakah ketam yang dapat ditangkap atau tangkul ketam kosong sahaja.
Kelip-kelip di sini terdiri dari tiga spesis. Saaya akan terangkan lebih lanjut semasa lawatan kita nanti. Tunggu.................................

No comments:

Post a Comment