Saturday, May 7, 2011

Lawatan MNS 6 MEI 2011

Seramai 7 wakil MNS diketuai oleh En Clifford Clement, Sonny Wong, Lim Kim Chye, Neal Nirmal, Stefhenie Aloysiv, Elena Koshy dan Maye Yap tiba di Kampung Dew tepat jam 3 petang. Mereka juga disertai oleh wakil pengarah Kementerian Pelancongan En. Mohd Nazri b Noman. Kedatangan mereka disambut oleh AJK KECAP di Dewan Kampung Dew. Perbincangan ialah mengenai Stakeholder Meeting pada 13 JUN 2011, Latihan Pengendalian Pelancong 14 & 15 Mei, Pesta Kelip-Kelip pada 17 JUN 2011 dan berkaitan dengan penubuhan Kelab Pecinta Alam (KPA) di sekolah berhampiran.
Selepas itu kami semua bertemu dengan Datuk See, Penyelaras DUN Kuala Sepetang di jeti. Sempat juga saya menunjukkan plan perancangan ekopelancongan dan jadual tempahan pelancong untuk beberapa bulan kehadapan. Beliau amat berpuas hati dengan pencapaian dan kemajuan yang dikecapi penduduk kampung.


Para peserta dibawa melihat keadaan sungai, penerokaan tanah serta flora dan fauna yang terdapat di sini.








Maye Yap menjadi model kepada pelancongan kelip-kelip Kg Dew. Beliau juga banyak menyumbangkan idea semasa perbincangan kami.





Pemancing ini menggunakan daun nipah sebagai pelindung panas mentari.





Tuntung. Sejenis reptilia yang banyak terdapat di sungai ini seolah-olah menyambut kedatangan wakil MNS.






Satu lagi pose menarik dari ratu kelip-kelip kami.







Perbincangan hangat dari Clifford, Neal dan Sonny.







Akhirnya, menjamu selera dengan udang galah dan air nira nipah.
Tq guys for your time.

1 comment:

  1. Terima kasih kepada KECAP, Kg Dew.

    Sonny Wong

    ReplyDelete