Sunday, May 1, 2011

Lawatan Dato Hamidah Osman 28 April 2011

Ketibaan disambut dengan paluan kompang






Dato Hamidah Osman diiring oleh wanita UMNO dan Pengarah Tourism Perak





Sebelum dibenar masuk ke jeti Dato di halang oleh pahlawan kampung dan terpaksa berbalas pantun





Hidangan mee udang galah yang sangat menyelerakan.






Persembahan dari brass band SK Kg Dew yang sangat menghiburkan,





Semua sedang asyik mendengar muzik yang didendangkan.






Khairul sedang memberi penerangan semasa lawatan ke Dapur Arang.





Entah apa yang melucukan sehingga senyum sampai ke telinga.






Dato cuba menjadi orang kampung dengan menyiapkan atap nipah.





Selepas balik dari melihat kelip-kelip Dato melengkapkan carta organisasi persatuan. Maka lengkaplah sudah pertubuhan kami
Kelip-kelip Cahaya Alam Perak (KECAP)

RM50,000 diluluskan naiktaraf kemudahan eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew

E-mailCetakPDF
Kerajaan Perak meluluskan peruntukan RM50,000 bagi menaiktaraf kemudahan eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew, dekat Taiping yang diperkenalkan sejak lima tahun lalu.

Exco Pelancongan negeri, Datuk Hamidah Osman, ketika mengumumkan berita gembira itu berkata, masyarakat kampung itu cukup bertuah kerana dianugerahkan tarikan eko-pelancongan kelip-kelip yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Katanya, selain bekerja sebagai nelayan dan terbabit dalam industri pembuatan kayu arang, penduduk boleh menambah pendapatan sedia ada dengan menjadi jurupandu pelancong atau menyewakan bot mereka untuk membawa pelancong melihat kelip-kelip yang hinggap dan menjadikan pokok barembang di tebing Sungai Sepetang sebagai habitat semulajadinya.

Katanya, kerajaan negeri yakin eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew berpotensi dikomersilkan hingga ke peringkat antarabangsa jika penduduk tempatan dan agensi bertanggungjawab seperti Tourism Malaysia dapat memberi bekerjasama dengan baik.

“Promosi secara besar-besaran antara aspek penting yang perlu difikirkan untuk memajukan eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew termasuklah dengan menerbitkan brosur yang lebih bermaklumat serta meletakkan papan tanda besar di tempat strategik bagi memudahkan pelancong berkunjung ke sini.

“Selain itu, masyarakat tempatan juga perlu bersedia menerima kehadiran pelancong dengan menjaga kebersihan persekitaran kampung serta memastikan habitat semulajadi kelip-kelip terus kekal terpelihara bagi mengelak ia diancam kepupusan,” katanya ketika berucap selepas melawat eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew, malam tadi.

Terdahulu, Hamidah bersama rombongan media turut berpeluang menikmati mee rebus udang galah dan melawat industri pembuatan kayu arang yang dimasukkan dalam pakej eko-pelancongan kelip-kelip Kampung Dew.

Dalam perkembangan sama, Hamidah berkata, pakej eko-pelancongan kelip-kelip itu juga diharap dapat dimasukkan dalam kalendar pelancongan negeri untuk dipromosikan sempena Tahun Melawat Perak 2012.

Sebagai permulaan, Pesta Kelip-Kelip Kampung Dew akan diadakan sekitar Julai depan bagi mempromosikan eko-pelancongan itu yang turut boleh disaksikan di Kuala Selangor yang terletak di persisiran pantai barat Semenanjung Malaysia, katanya.

“Saya begitu terpegun melihat keunikan kelip-kelip ini yang mengeluarkan cahaya secara serentak dan ia adalah satu anugerah yang perlu dihargai, dipelihara dan dimanfaatkan sebaik-baiknya.

“Selain menjaga kebersihan Sungai Sepetang ini, kawasan daratan yang terletak 30 hingga 90 meter dari tepi sungai tidak boleh diusik dengan pembangunan kerana dibimbangi kelip-kelip yang hidup di sekitar pokok barembang akan pupus,” tambahnya lagi.

Pada majlis itu juga, Hamidah turut menyaksikan majlis pelancaran persatuan Kelip-kelip Cahaya Alam Perak (KECAP) yang mana Adun Trong yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Husin dipilih sebagai penaung kelab berkenaan.

1 comment:

  1. indeed it was a wonderful trip with the villagers hospitality, thx KECAP for organizing the trip and much more to learn from you all

    ReplyDelete